Panduan Berniaga di Shopee

1

Panduan Berniaga di Shopee | Menjual di Shopee adalah pilihan terbaik di pada masa kini. Platform ini percuma buat semua dan senang digunakan. Selain itu, Shopee memiliki jutaan pengunjung setiap bulan. Jadi peluang untuk anda mendapatkan pelanggan adalah tinggi. 

Namun, tak bolehlah main hentam je. Anda perlu belajar cara untuk menjual di Shopee dengan betul.  


Dalam artikel ini saya akan terangkan secara ringkas tetang perkara asas seperti:

  1. Setup kedai Shopee
  2. Cara terima dan urus order
  3. Cara tingkatkan jualan
  4. Kelebihan berniaga di Shopee

 

1. Cara setup kedai Shopee

Langkah 1: Daftar akaun Shopee di > https://shopee.com.my/. Abaikan langkah ini sekiranya anda sudah memiliki akaun. 

Langkah 2: Login ke Seller Center. Guna email & password yang sama. Kemudian, anda akan di bawa ke dashboard dan di sinilah anda akan uruskan segala urusniaga kelak. 



Langkah 3: Tetapkan 'Shop Profile' kedai anda. Isi nama kedai, gambar/logo, dan 'Shop Description' iaitu perkara berkaitan produk yang anda jual. Butiran ini haruslah menarik dan boleh menyakinkan pelanggan.  

 

Langkah 4: Masukkan gambar produk berserta diskripsi yang lengkap. Nyatakan butiran seperti jenama, saiz, warna, dan lain-lain. 

Untuk lebih detail soal setup barang, anda boleh baca di artikel sebelum terdahulu >> BACA DI SINI


2. Cara terima dan urus order

Sekiranya ada pelanggan membeli produk anda, Shopee akan menghantar email supaya menguruskan penghantaran barang. Anda juga akan menerima notifikasi melalui applikasi Shopee pada telefon.  

Soal urus order, anda boleh buat melalui komputer atau telefon sahaja. 

Langkah 1: Pergi ke My Sales, lihat jumlah order di bahagian 'To Ship'. 

Teliti kuantiti, saiz, dan warna produk. Pastikan anda bungkus produk sama seperti yang ditempah. 


Langkah 2: Isi butiran pelanggan pada slip pos.

Isi detail pelanggan seperti nama, alamat, dan nombor telefon dengan tepat. Sekiranya anda mendaftar Shopee Support Logistic (SSL), anda perlu memiliki sebuah printer untuk cetak airway bill. Airwaybill ini berfungsi seperti slip pos.  

*Thermal Printer for Shopee Airway Bill (RM268) - Beli di sini


Sekiranya anda jual produk dropship, caranya agak berlainan dan anda tidak perlu pos barang kepada pelanggan. 

Baca: Cara Jadi Dropship Shopee Malaysia


3. Cara tingkatkan jualan Shopee

Persaingan di Shopee memang tinggi bila terdapat beratus seller lain yang jual produk sama. Jadi, produk anda perlu stand out dari yang lain. Terdapat beberapa kaedah untuk lariskan jualan antaranya:

  1. Buat diskaun 
  2. Sertai Shopee Free Shipping Program
  3. Boost produk
  4. Letak nama produk yang menarik
  5. Buat berniaga di Shopee sebagai dropship
  6. Shopee ads

Kesemua 6 perkara ini penting untuk pastikan pelanggan beli produk anda berbanding yang lain. Saya dah explain panjang lebar dalam artikel - Cara Naikkan Sales di Shopee



4. Kelebihan berniaga di Shopee

  • Ada sebab mengapa rakyat Malaysia lebih memilih Shopee berbanding e-commerce lain. Sebab itulah ramai usahawan kecil cenderung untuk berniaga di Shopee. And you should too!
  • Shopee adalah e-commerce nombor 1 di Malaysia dan terima jutaan pengunjung setiap bulan. Jadi Peluang untuk produk anda terjual amat tinggi. 
  • Harga barang di Shopee jauh lebih murah dari kedai fizikal. Lebih jimat!
  • Paling digemari pelanggan adalah voucher free shipping. Shopee tawar sejumlah voucher setiap bulan untuk beli barang tanpa perlu bayar kos penghantaran. Anda sebagai penjual juga tidak perlu tanggung kos penghantaran sekiranya menyertai Free Shipping Program. 
  • Berniaga di Shopee tak perlu SSM. Cuma daftar sebagai seller, upload gambar produk, and you are good to go!
  • Susun atur laman web dan aplikasi Shopee ringkas dan mudah digunakan. Menjadikan ia sesuai untuk semua peringkat umur.
  • Shopee amat menitik beratkan ciri keselamatan dan hak pelanggan. Senang untuk return & refund. Jadi kepercayaan pelanggan untuk beli barang di Shopee amat tinggi. 
  • Anda boleh menjual secara dropship di mana tidak perlu simpan stok atau pos barang kepada pelanggan. Lebih jimat dan tak 'renyah'. Boleh baca selanjutnya di artikel- Cara Jual Barang Dropship di Shopee.



Apa yang saya terangkan dalam artikel ini cuma sedikit sahaja. Anda boleh rujuk ebook/ buku Panduan Bisnes Shopee untuk lebih detail. Panduan ini ajar step by step, dari setup kedai sampailah teknik rahsia buat sales 4 angka seminggu. 

Antara intipati panduan ini seperti:

  1. Cara urus airway bill dan lain-lain.
  2. Cara selesaikan masalah barang rosak atau pelanggan tidak terima barang
  3. Cara promosi barang ketika 'Shopee events', buat voucher
  4. Sumber pembekal dropship
  5. Tips cari barang laku keras di Shopee


Panduan ini berbaloi untuk beginners dan mereka yang nak tingkatkan jualan. Baca di - Panduan Bisnes Shopee

Semoga artikel Panduan Berniaga di Shopee ini bermanfaat dalam mengembangkan bisnes online anda!

Post a Comment

1Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Bagus bagi mereka yang buat bisnes di shopee. Perlu panduan yang betul, barulah income berlipat kali ganda.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top