Tips Muka Glowing, Guna Produk Ini Sahaja!

0

Tips Muka Glowing | Siapa tak nak muka glowing kan? Kulit licin dan flawless bak kulit telur. Tidak kiralah apa warna kulit sekali pun sama ada putih, sawo matang, atau gelap. 

Memiliki kulit flawless buat kita lebih yakin di khalayak ramai. Bukan itu sahaja, anda juga tidak memerlukan makeup tebal. Cukup dengan solekan nipis, anda sudah kelihatan berseri-seri. 


Namun, bagaimana cara memiliki muka glowing? Tips muka glowing tanpa skincare memang takde. Disiplin, konsisten, dan guna produk yang betul adalah kunci dalam mendapatkan kulit flawless. Ikut 6 rutin di bawah untuk mendapatkan muka glowing.

  1. Cuci muka DUA kali sehari
  2. Pakai moisturizer untuk jaga kelembapan kulit
  3. Exfoliate untuk buang sel kulit mati
  4. Pakai sunscreen
  5. Pakai serum (optional)
  6. Minum air yang mencukupi



Baca: Skincare untuk Kulit Berminyak

1. PENCUCI MUKA

Pencuci muka adalah langkah pertama dalam mendapatkan kulit bersih. WAJIB cuci setiap hari sekurang-kurangnya dua kali sehari. Mana tidaknya kulit kita terdedah kepada kotoran, habuk, dan pemakaian pelbagai jenis produk. 

Oleh itu, wajah harus dibersihkan setiap pagi untuk memberi laluan kepada produk skincare untuk bertindak dengan baik. Cuci muka pada waktu malam untuk bersihkan kulit dari makeup agar liang pori bersih untuk elak daripada masalah jerawat. 

Cosrx Low pH Good Morning Cleanser

Apa yang menarik tentang produk dari Korea ini adalah kandungannya yang ringan dan ideal untuk semua jenis kulit. Selain itu ia mengandungi BHA yang boleh keluarkan sel kulit mati dan bersihkan liang pori agar kulit sentiasa bersih dan segar.  

 

Nilai pH nya cuma sekitar 4 - 5 sahaja which is nice! Ia juga ada tea tree oil yang terkenal dengan keberkesanan dalam menyembuhkan jerawat. 

Harga: RM22

Beli di sini: https://invol.co/cl5477h

Hada Labo Hydra & Whitening Face Wash

Guna pencuci muka ini sekiranya ingin mendapatkan kulit yang cerah, bersih, dan memiliki kelembapan sempurna. Kandungan hyaluronic acid amat membantu dalam melembapkan kulit anda.  

 

Pencuci muka ini mengurangkan kekusaman dan dark spots. Ramai yang memiliki kulit flawless guna cleanser ni tau! Harganya pun berpatutan, lebih murah dari produk Hada Labo yang lain.

Harga: RM21

Beli di sini: https://invle.co/clcfbbp

 

Baca: 7 Pencuci Muka Untuk Kulit Kering di Watsons

 


2. MOISTURIZER / PELEMBAP

Langkah seterusnya adalah pemakaian moisturizer atau pelembap. Fungsi utama moisturizer adalah untuk memberi kelembapan yang seimbang. Jadi moisturizer harus 'lock' air semula jadi dari hilang dan tambah kelembapan agar sesuai dengan persekitaran. 

Caranya, pilih moisturizer yang ada kandungan best contohnya hyaluronic acid, ceramide, aqua, atau ektrak aloe vera. 

Hada Labo Hydrating Water Gel

Moisturizer yang tidak asing lagi dalam arena pelembap muka. Biarpun harganya agak mahal, tetapi ramai yang sanggup memilikinya sebab memang berkesan. Hada Labo Hydrating Water Gel ini cepat meresap pada kulit.  

 

Kandungan aqua oil volume matrix yang memberikan nutrien terus ke dalam pori. Jadi, ia bukan sahaja boleh mengawal minyak tetapi boleh memperbaiki tona kulit. 

Harga: RM59

Beli di sini: https://invle.co/clcffta

Neutrogena Hydro Boost Water Gel

Pelembap ini mengandungi hyaluronic acid yang boleh melembap dan melembutkan kulit sepanjang hari. Ia juga pelembap non-comedogenic (won't clog pores) untuk kulit berjerawat.  

 

Jenis gel, maka ia amat sesuai untuk mereka yang memiliki kulit berminyak dan kombinasi. Hasilnya, kulit jadi lebih sihat, glowing, dan tampak cerah. 

Harga: RM48

Beli di sini: https://invle.co/clcfijc

Baca: Tips Memilih Pelembap Muka 



Simple Kind To Skin Hydrating Light Moisturizer

Ramai yang guna moisturizer ini berpuas hati dengan hasilnya. Produk popular dari UK ini tidak mengandungi paraben, mudah meresap dan memberi kelembapan pada kulit selama 12 jam. Kandungan best yang ada dalam ni adalah  pro-vitamin B5, Vitamin E, Borage Seed Oil and Glycerin.  

 

Ia buat kulit bersih, lembut, tidak melekit, dan perfectly hydrated. Cleanser ni paling basic di pasaran. Kalau anda cari tips muka flawless lelaki, cleanser ni yang pertama akan muncul.

Harga: RM14.99

Beli di sini: https://invol.co/cl56emu

HADA LABO Gokujyun Hydrating Milk

Gokujyun Hydrating Milk ini mengandungi humectants and emollients yang sempurna untuk kulit kering. Malah, tidak mengandungi paraben di mana ramai yang sensitif dengan kandungan ini. 

Ada hyaluronic acid dan glycerin which is kandungan terbaik untuk pastikan kulit sentiasa terhidrasi. Ini membuatkan kulit anda sentiasa sihat dan lembut. 

pic: imanabdulrahim

Kalau anda tengok skincare routine pemilik wajah glowing, rangkaian Hada Labo ini wajib ada dalam list tau.

Harga: RM66

Beli di sini: https://invol.co/cl56ep8

Cerave Moisturizing Cream

Moisturizer seterusnya adalah Cerave Moisturizing Cream. Menjadi rekomendasi para dermatologis. Ini kerana mengandungi sejumlah kandungan organik yang baik. Bukan sahaja menjadikan kulit lembap bahkan sihat.  

 

Ceramide contohnya bertindak mengekalkan kelembapan semula jadi yang diperlukan kulit. Ini sekali gus buat kulit segar dan lembut sepanjang hari. 

Harga: dari RM47

Beli di sini: https://invle.co/clcsq91


EXFOLIATE

Tips muka flawless seterusnya adalah exfoliate kulitRamai yang terlepas pandang soal exfoliator ini. Ia bertujuan untuk buang sel kulit mati agar kulit sentiasa bersih, segar, dan glowy. Anda boleh guna physical exfoliant (scrub) atau chemical exfoliant (cecair) 2 -3 kali seminggu. Key ingredients exfoliator adalah AHA/BHA dan salicylic acid

Cosrx AHA/BHA Clarifying Treatment Toner

Produk Korea ini cukup popular. Produk ini memiliki segala yang diperlukan oleh exfoliating toner. Ia mampu menghilangkan whiteheads dan blackheads, buang sel kulit mati, dan mengurangkan kekusaman. 


Selain AHA/BHA, glycolic acid juga membantu buang sel kulit mati dengan efisyen. 

Toner ini sesuai untuk beginners yang baru nak cuba pakai kandungan berasid, sebab toner ini mild sahaja. Jangan lupa pakai sunscreen selepas toner ini jika anda apply pada siang hari. 

Harga: dari RM19

Beli di sini: https://invle.co/clck29h

SOMEBYMI AHA-BHA-PHA 30 Days Miracle Toner

Exfoliating toner seterusnya adalah dari Somebymi. Juga antara toner yang digemari sebab mengandungi sejumlah ingredients yang buka sahaja exfoliate kulit, bahkan melembap dan sesuai untuk kulit sensitif.  

 

Toner ni boleh atasi kulit kusam, buang blackheads & whiteheads, serta kawal minyak berlebihan. Ia juga anda 2% niacinamide tau which boleh melembapkan kulit. 

Anda boleh pakai setiap hari sebab toner ini marketed as '30 days'. 

Harga: dari RM15

Beli di sini: https://invle.co/clck6oq



Pixi Glow Tonic

Exfoliating toner dari USA ini memang hype! Ramai yang mengatakan ia adalah produk 'holy grail' dalam mendapatkan kulit glowing. Sesuai untuk beginners dan mereka yang dah ada skincare routine yang kukuh.  

 

Pixi Glow Tonic ada 5% glycolic acid, which is nice untuk buang sel kulit mati, mencerahkan kulit, serta menghilangkan parut jerawat. Bila sel kulit mati tu hilang, senanglah untuk kulit serap produk lain. 

Harga: dari RM19

Beli di sini: https://invle.co/clck6ys

Paula's Choice Skin Perfecting 2% BHA Liquid Exfoliant

Okay, produk ini harga kayangan sikit. Tapi anda boleh beli trial set dengan harga lebih rendah. Produk ini ada 2% BHA liquid exfoliant yang efisyen dalam buat sel kulit mati. 

 

Sesuai untuk semua jenis kulit, toner ni juga bersihkan liang pori untuk elak jerawat. Jenama ini terkenal di seantero dunia dek kerana kualiti dan keberkesanannya. 

Harga: RM35

Beli di sini: https://invle.co/clck9ba


SUNSCREEN

Jangan ambil mudah soal pemakaian sunscreen. Anda WAJIB pakai setiap kali keluar rumah kerana sinaran matahari bukan sahaja buat kulit gelap/sunburn, tetapi boleh mengakibatkan jeragat, kulit kusam, dan kanser kulit.

Lihat sahaja kesan terhadap mereka yang tak pakai sunscreen. Umur 30-an pun dah mula ada bintik jeragat dan nampak lebih tua dari usia. 

Cara pilih sunscreen mudah sahaja. Beli yang ada broad spectrum iaitu boleh cover UVA & UVB serta nilai SPF 30 dan ke atas memandangkan cuaca Malaysia amat panas.


Yadah Oh My Sunscreen SPF35 PA++

Antara sunscreen terbaik di Watsons. Bertekstur krim cair, tidak melekit atau buat muka berminyak. Ini kerana ia cepat meresap pada kulit. Jangan risau sebab sunscreen ni tak ada whitecast, tetapi beri kesan matte finish.  

 

Rasa ringan je bila pakai, dan baunya agak wangi. 

Harga: RM16

Beli di sini: https://invle.co/clcthnj

Baca: Sunscreen Untuk Ku

Biore UV Perfect Milk Moisture SPF50

Sunscreen kegemaran ramai dan yang paling laris di Watsons. Nilai SPF 50+ , tinggi dan dah cukup untuk lindungi kulit dari sinaran matahari selama 2 - 3 jam. Diformulasi agar kalis peluh, mudah menyerap, dan ada slight fragrance.

Ia ringan, langsung tak melekit. Bahkan ada kesan matte finish which is amat ideal buat pemilik kulit kering. Kandungan best yang ada dlm sunscreen ini adalah rice germ extract dan vitamin E yang bantu melembapkan kulit.  

Harga: RM12

Beli di sini:  https://invol.co/cl8q38a

SERUM

Well, pemakaian serum adalah optional. Serum berfungsi untuk merawat kulit. Jadi pemilihan serum adalah berdasarkan masalah kulit yaang anda hadapi.

  • Kulit kering - hydrating serum
  • Kulit berjerawat - acne fighting serum
  • Cegah penuaan - anti aging serum
  • Mencerahkan kulit / rawat kulit kusam - brightening serum

Untuk mendapatkan kulit glowing, maka carilah brightening serum yang ada Vitamin C dan niacinamide yang boleh rawat kulit serta cerahkan dark spots. 

Garnier Light Complete Booster Serum with Vitamin C

Serum ni ada vitamin c, dan it claims to reduce your dark spots. Ia diformulasi untuk bantu mencerahkan kulit dan hilangkan kekusaman. Teskturnya agak cair, cepat meresap, dan tidak melekit. 

Disebabkan ramuannya yang ringan, maka ia sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif. Laku keras serum ni. Di Shopee je 47 ribu botol dah terjual.

Harga: RM32

Beli di sini: https://invle.co/clcoak3

Cosmoderm Niacinamide 10% Salicylic Acid 1% 28 Days Boosting Serum

Hah, Cosmoderm pun bukan calang calang jenama tau. Power. Kulit sensitif, berjerawat dan dalam masa sama nak brightening effect, anda boleh cuba serum ni. Kandungan utama yang mereka highlight adalah niacinamide 10% yang berfungsi mengecilkan pori, baiki tona tak sekata, dan hilangkan kusam.  

 

Manakala salicylic acid pula berfungsi untuk buang sel kulit mati dan menjadikan kulit sentiasa sihat. 

Harga: RM32

Beli di sini: https://invle.co/clcoaug 



Axis-Y Dark Spot Correcting Glow Serum

This brand is really good! Ada 5% Niacinamide yang boleh hilangkan dark spots dan baiki tona kulit yang tak sekata. Tekstur serum ni pekat macam moisturizer jenis gel. Ringan dan mudah meresap. Packaging jenis tiub, senang untuk travel dan tak akan pecah. 


Dengan pemakaian yang berterusan. Your skin will look brighter tau. Sesuai untuk semua jenis kulit.

Walaupun harga dia agak pricey, tapi serum ni berbaloi kalau nak instant glow. Kat Shopee je dah 137,000 unit terjual. So, maknanya ramai yang suka dan repeat beli serum ni. 

Harga: RM65

Beli di sini: https://invle.co/clcrpf2

 

MINUM AIR YANG MENCUKUPI

Hydration is key!!! Minum air kosong merupakan petua muka glowing semula jadi Kulit akan kelihatan kusam dan tak bermaya sekiranya anda tidak minum air yang mencukupi. Air kosongberi banyak manfaat pada badan. Seperti:

  • Buat kulit sentiasa lembap dan tampak segar
  • Cegah penuaan
  • Tangani kulit kering dan berkuping 
  • Mempercepatkan penurunan berat badan
  • Menjaga fungsi ginjal dan buah pinggang
  • Melancarkan pencernaan

So sekarang anda dah tahu tips muka glowing dan sihat! Boleh beli produk yang saya nyatakan di drugstore atau atas talian melalui link yang saya kongsikan. Kalau anda ada cadangan produk lain, boleh kongsikan dalam ruangan komen di bawah. 


Post a Comment

0Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top