13 Toner Untuk Kulit Berminyak di Watsons

0

Bagi yang masih belum tahu, toner berfungsi menghilangkan sisa makeup, kotoran, dan minyak berlebihan yang tidak dapat dibersihkan oleh pencuci muka. Dalam masa sama, ia memberi kelembapan yang diperlukan oleh kulit supaya kekal segar sepanjang hari.  

Terdapat dua jenis toner iaitu:

Exfoliating - Mengandungi AHA dan BHA untuk buang sel kulit mati, buang whiteheads/blackheads agar kulit lebih sihat, licin, dan glowing. Normaly dipakai 2 -3 kali seminggu sahaja.

Hydrating -  Memberikan hidrasi, seimbangkan kelembapan kulit supaya kekal lembap sepanjang hari. Sesuai untuk semua jenis kulit.

Dalam artikel ini saya akan senaraikan sejumlah toner untuk kulit berminyak di Watsons atau Guardian. Kalau dah dijual di Watsons, maknanya produk itu berkualiti dan bukannya timbang kilo. Saya sertakan juga link pembelian supaya anda boleh beli dengan harga yang lebih murah. 

1. Aiken Vita-C Bright Exfoliating Water

Produk Aiken dengan ranger berwarna oren ini dirumus khas untuk kulit berminyak dan berjerawat. Biarpun jenis exfoliating toner, anda masih boleh pakai setiap hari kerana kandungan AHA/BHA nya agak rendah. 

Nilai pH rendah, tidak melekit sebab ia water-based. AHA/BHA boleh buang sel kulit mati, hilangkan kesan jerawat, dan membersihkan liang pori. Hasilnya kulit lebih segar dan mulus. Harganya juga amat berpatutan. Highly recommended sebab banyak ingredients bagus yang biasanya terdapat dalam produk high-end.  


Harga: RM11.83

Beli di sini: https://invle.co/clcwljo


 

2. DERMACTION PLUS BY WATSONS Pro Acne Skin Toner

Watson sendiri banyak keluarkan produk mereka sendiri and honestly, they are really good. Contohnya toner dari rangkaian Dermaction Plus by Watsons. Skincare untuk kulit oily memang dilabelkan sebagai anti acne. Sebab minyak berlebihan memang antara punca utama jerawat.  

Toner ini amat ringan. Bantu kecilkan pori, melegakan iritasi, dan kawal extra sebum. Paling best, ia dirumus dengan formula yang menghalang pembiakan bakteria penyebab jerawat serta cerahkan parut jerawat sedia ada. 

Harga: RM36

Beli di sini: https://invl.io/clk918f

 

Artikel berkaitan:

+ 10 Toner untuk Kulit Berminyak

+ 8 Toner untuk Kulit Kering di Watsons

+ 10 Moisturizer untuk Kulit Kombinasi

+ 10 Toner Untuk Kulit Kombinasi di Watsons

 

3. Eucerin Acne-Oil Control Toner

Kalau ada bajet lebih, boleh cuba toner dari Eucerin. Produk Eucerin ni memang terkenal dengan kandungan 'medicated' untuk rawat jerawat. Tonernya membersihkan pori dengan lebih mendalam termasuklah di kawasan t-zone. 

Ia mengandungi 2% lactic acid yang membersihkan kulit agar kulit dapat menerima produk skincare lain pada step seterusnya seperti moisturizer, serum, dan sunscreen. 

Kalau itu direction pada botol, anda boleh pakai setiap pagi dengan sapu pada kapas. Berbaloi sebab ini memang toner untuk kulit berminyak dan berjerawat.

Harga: RM46

Beli di sini: https://invle.co/clcxojr

 

4. Hada Labo Hydrating Lotion Light (green line)

Toner terbaik untuk kulit berminyak seterusnya adalah dari terbaik dari Hada Labo yang wajar anda cuba adalah Hydrating Toner (green line).  Toner ini menggabungkan 4 jenis hyaluronic acid yang boleh beri kelembapan maksimum. 

Hyaluronic acid ni memang best untuk kulit berminyak sebab mampu lock natural moisture dari hilang. Dalam masa sama nilai pH nya juga ideal untuk kulit. No irritation, takde alcohol, dan fragrance.

Harga: RM59

Beli di sini: https://invle.co/cld59p3

5. Wardah Lightening Toner

Jenama dari Indonesia ini cukup popular di Malaysia sekarang. Berkualit, berkesan, dan harganya amat berpatutan. Wardah memiliki pelbagai range skincare. Dari segi toner, Lightening Toner (botol biru) ini sebenarnya exfoliating toner dek kerana kandungan glycolic acid. Tapi kandungannya amat sedikit, so sesuai digunakan setiap hari untuk buang sel kulit mati. 

Banyak kandungan best dalam toner ni seperti niacinamide, aloe vera & vitamin B5. Semuani boleh seimbangkan kelembapan serta cerahkan tona kulit.  

Saya sendiri tengah pakai toner ni. Repeat? Hell yeah! 

Harga: RM8

Beli di sini: https://invle.co/cld11rt

6. Neutrogena Alcohol Free Toner

Antara toner paling laris di drugstore. Apa yang best tentang toner ini adalah menyegarkan kulit tanpa hilangkan kelembapan semulajadi. Dalam masa sama ia turut menanggalkan sisa makeup dan kotoran yang tidak dapat ditanggalkan oleh pencuci muka. 

Ia dikategorikan sebagai toner untuk kulit berjerawat dan sensitif kerana tidak mempunyak alkohol. Sebab ramai juga yang tak boleh boleh tolarate dengan alkohol ni. 

Saya sarankan anda guna cotton pad kalau nak pakai toner ni. Sebab anda boleh nampak kotoran pada kapas. Sental juga pada bahagian leher ya? 

Harga: RM14

Beli di sini: https://invle.co/cld31x5


7. Clinelle Purifying Toner

Dirumus khas buat pemilik kulit berminyak. Menenangkan kulit serta agar sedia menerima kelembapan moisturizer pada langkah seterusnya. Ia ringan kerana kandungannya mild dan tidak buat kulit rasa tegang atau kering.  

Paling best, ia juga boleh rawat dan protect kulit dari breakout kerana minyak berlebihan merupakan antara punca utama jerawat. So, ia boleh baiki sel kulit agar sentiasa segar dan bersih. 

Harga: RM28

Beli di sini: https://invle.co/cld328m

8. Cosrx AHABHA Clarifying Treatment Toner

Ini adalah exfoliating toner yang berfungsi untuk menanggalkan sel kulit mati, whiteheads, blackheads, dan blemish. Ini adalah untuk pastikan kulit kita sentiasa segar dan bersih tanpa cela. 

Biarpun ia adalah exfoliating toner, anda boleh guna produk ni setiap hari kerana kandungan AHA/BHA nya mild sahaja. Lagipun, ingredients produk ini adalah organik. Ia turut tertulis pada kota yang ada boleh pakai setiap hari.  

This is one of the most talked about Cosrx products tau. Berbaloi, lagi pun anda memang disarankan guna exfoliator toner untuk buang dead skin to renew skin’s surface. 

Harga: RM29

Beli di sini: https://invle.co/cld4lht


9. Cosmoderm Niacinamide Salicylic Acid Calming Toner Water

Salah satu jenama skincare buatan Malaysia yang terbaik dan dipercayai. Bagi kulit berminyak, toner botol biru ini amat ideal untuk anda kawal extra sebum. Ia juga baiki tona tidak sekata, bersihkan pori, dan buat kulit senang serap kandungan moisturizer dan serum.  

Ramai yang pilih untuk guna toner ini kerana ia adalah salah satu oner untuk kulit berminyak dan berjerawat di Watson. Kandungan niacinamide dan salicylic acid banyak membantu merawat jerawat, buang sel kulit mati, dan mencerahkan kulit. Harganya juga amat berpatutan. 

Harga: RM18

Beli di sini: https://invle.co/cld4lns

10. Axis Y Daily Purifying Treatment Toner

Produk terakhir adalah toner dari Axis Y iaitu jenama dari Korea yang tidak kurang hebatnya! Harganya agak keras sikit tetapi telah viral di media sosial dek kerana keberkesanannya. Segala tentang toner ini memang best. 

Dari segi kandungan, ia memiliki AHA dan PHA untuk gentle exfoliation serta Centella Asiatica untuk melembutkan wajah. Sesuai untuk kulit berminyak dan berjerawat sebab ia boleh kawal lebihan sebum since sebumlah penyebab utama jerawat. 

Tidak dijual di Watsons, tapi saya selitkan juga sebab ramai yang dah cuba Axis Y ni dan mengatakan ia adalah toner terbaik untuk kulit kusam. So hasilnya muka jadi glowy. 

Harga: RM58

Beli di sini: https://invle.co/cld4n1k

11. Naturie Hatomugi Skin Conditioner Toner

Famous betul toner ni. Asyik sold out je di drugstore. Banyak kandungan best dalam toner ini contohnya niacinamide untuk kawal minyak berlebihan, anti acne, dan improve skin tone.

Ia juga bersifat antioksidan untuk kekalkan kesihatan kulit dari pencemaran persekitaran. Disamping itu turut melegakan iritasi dan kemerahan pada kulit. 

Serikan kulit kusam anda dengan toner ini. Harganya tinggi sikit tapi berbaloi sebab botol besar. Boleh tahan berbulan-bulan. 

Harga: RM26

Beli di sini: https://invl.io/clk90hy

12. Beauty Of Joseon Green Plum Toner AHA BHA

Ya, produk Beauty Of Joseon kini boleh didapati di Watsons, tetapi cuma di cawangan terpilih sahaja. Mengandungin 25% green plum, water, 2% glycolic acid, dan 0.5% salicylic acid. Ini bermaksud ia adalah toner jenis exfoliating. 

Ia melindungi kulit dari pigmentasi, kulit kusam, minyak berlebihan, dan cuci pori tersumbat. Ini dibantu oleh kandungan AHA/BHA. 

Ladies yang dah masuk 30s tu dah boleh start guna toner ini untuk anti penuaan dan anti radang. Supaya anda tidak nampak lebih tua dari usia. 

Harga: RM50

Beli di sini: https://invl.io/clk90rm

13. Simple Kind to Skin Soothing Facial Toner

Toner yang cukup popular. Sesuai untuk semua jenis kulit! Kandungan best yang ada dalam toner ini adalah Pro-Vitamin B5, Chamomile, Witch Hazel, dan Allantoin yang berfungsi untuk melembap dan memberikan hidrasi yang seimbang kepada kulit. 

Langsung tak ada bahan aktif seperti alkohol atau mineral oil membuatkan ia sesuai untuk kulit sensitif yang mendambakan hidrasi.  

Kalau ada beginners yang baru nak start buat skincare routine, saya recommend toner Simple ini. 

Harga: RM16

Beli di sini: https://invl.io/clk910d

14. Skintific 4D Hyaluronic Acid Barrier Essence Toner

Toner viral di Tiktok, terkenal kerana keberkesanannya dalam memastikan kulit tak kusam, tak nampak berkilat dek minyak berlebihan, serta stays hydrated!

Bahan utamanya adalah hymagic 4D, ceramide, centella asiatica, dan hyaluronic acid. Semua bahan-bahan ini give you instant hydration dan buat kulit lembap sepanjang hari. 

Disamping itu ia turut menguatkan skin barrier maksudnya  tak mudah naik jerawat, terlalu kering, atau terlalu berminyak. Recommended!

Harga: RM31

Beli di sini: https://invl.io/clk91b6

Hah, itulah antara toner untuk kulit berminyak di Watsons yang boleh anda cuba. Untuk kulit berminyak, pemakaian toner adalah penting untuk elak muka berkilat. Kalau ada cadangan lain, boleh kongsikan di ruangan komen di bawah.

Post a Comment

0Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top