Restoran Cili Kampung yang bertempat di Hartamas Shoping Center memperkenalkan menu baharu untuk minum petang iaitu 'Set Dulang'. Tempat makan sedap di KL ini menghidangkan masakan kampung hadir dengan menu baharu bersempena dengan ulang tahun pertama restoran mereka.
Apa yang ada dalam menu petang Set Dulang?
Set Dulang menghidangkan lontong, udang goreng tepung yang disertakan dengan
kuih-muih tradisional seperti onde-onde, puding bakar, karipap pandan, cucur
udang, pisang goreng, dan cucur badak. Malah, ada juga kerepek ubi dan kuih
bakar juga disediakan.
Cucur udang yang biasanya dimakan bersama sos, anda boleh nikmatinya dengan kicap istimewa sebagai pencicah. Portion Set Dulang ini agak besar dan saiz udangnya juga memang padu.
Setiap hidangan Set Dulang turut didatangkan dengan pilihan minuman teh tarik, kopi kampung, atau teh panas sebagai pelengkap santapan waktu petang anda.Tersedia untuk pesanan pada setiap hari dari jam 3:30pm hingga 6pm sahaja tau. kalau anda datang awal order pada waktu malam memang tak dapatlah nak menikmati set istimewa ini.
Majlis sambutan ulang tahun meriah
Cili Kampung Hartamas's first anniversary dihadiri ramai selebriti tempatan seperti Fazura, Diana Danielle, Alvin Chong, dan beberapa influencers tempatan. Tetamu-tetamu yang hadir pada petang itu telah dihidangkan dengan menu baharu yang telah diperkenalkan pada hari itu iaitu Set Dulang, juadah khas untuk minum petang.
Tak rugi kalau anda cuba makan di sini. Ini kerana kesemua menu yang disediakan kena dengan selera. Apatah lagi masakan kampung dari Negeri Sembila memang seperti masak lemak dan asam pedasnya memang padu! Anda boleh cuba aneka gulai, ayam kampung, bendi goreng, dan ulam-ulaman.
Selain itu suasana restoran Cili Kampung Hartamas yang cantik dan modern juga mempengaruhi mood anda sewaktu menjamu selera. Tidak hairanlah sekiranya mereka bakal buka beberapa buah cawangan baharu tidak lama lagi.