Kelebihan Long Tv - Ini Yang Perlu Anda Tahu!

0

Kelebihan Long Tv | Nampaknya ramai dah mula sedar akan Android box untuk menonton televisyen di rumah. Antara peranti yang menjadi sebutan adalah Long Tv kerana ia lebih jimat dan mengandungi banyak konten dari dalam dan luar negara.

Biarpun rata-rata lebih memilih untuk menstrim video, namun masih ramai lagi yang ingin menonton siaran tv biasa seperti Tv1, Tv2, Tv3, Astro Ria, Awani, dan lain-lain. Cara terbaik untuk menonton saluran tv biasa tanpa melanggan Astro adalah dengan Long Tv. 

Untuk itu, jom lihat apa kelebihan Long Tv yang membuatkan ia amat berbaloi untuk dimiliki. 

1. Bayar sekali seumur hidup

Anda hanya perlu beli peranti Long Tv box sahaja tanpa perlu bayaran bulanan seperti Astro. Dengan sekali bayar, anda sudah boleh tonton kesemua saluran dan konten menarik yang tersedia.Tiada komitmen, tetapi memerlukan talian internet/Wifi.

2. Lesen SKMM

Untuk pengetahuan, Long Tv adalah satu-satunya Android box yang diperakui dan memiliki lesen  Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Lesen ini adalah kebenaran untuk menyiarkan saluran tv live dari dalam dan luar negara. 

3. Ratusan saluran tv dalam dan luar negara

Ini adalah kelebihan utamanya. Anda boleh tonton semua saluran tv termasuk saluran Astro Ria, Prima, Arena, dan lain-lain tanpa perlu melanggan Astro. Selain itu, anda boleh akses saluran dari luar negara seperti Amerika, UK, Singapore, Korea, Thailand, China, dan lain-lain. 

Bahkan channel HBO, Fox HD, Nickelodeon, National Geographic, dan saluran sukan bersama perlawanan siaran langsung juga disediakan. 

4. Muat turun aplikasi penstriman

Selain tonton saluran tv, anda juga boleh muat turun aplikasi penstriman seperti Netflix, HBO GO, iFlix, Disney Plus, iQiy, Youtube, dan lain-lain.

5. Boleh melayari internet (browsing)

Disebabkan ia adalah sebuah peranti Android, maka pengguna juga boleh jadikan Long Tv sama seperti tablet dan telefon pintar. Anda boleh muat turun Chrome untuk browsing dan baca artikel pilihan di kaca tv.  

 

Artikel berkaitan:

+ 8 Tips Memilih Android Box

+ 12 Android Box Terbaik dan Berbaloi 2022 

+ Kelebihan dan Kekurangan Android Box Malaysia

+ Mi Tv Stick Android Box Terbaik di Pasaran

6. Ribuan filem dan siri tv dalam dan luar negara

Disamping itu anda juga boleh menonton sejumlah filem dan siri tv popular yang sentiasa dikemas kini agar anda memperoleh filem yang terkini. Kesemuanya boleh ditonton melalui aplikasi LemMovie. Filem dan siri tv ini lengkap dengan sari kata. Kualiti visual amat baik.

7. Senang digunakan

Penggunaan Long Tv ini amat mudah, seakan sama seperti telefon pintar dan tablet. Just plug and play sahaja.  Bahkan anda boleh sambungkan dengan bluetooth keyboard untuk memudahkan anda menaip sewaktu membuat carian.

8.  Khidmat pelanggan yang efisyen

Sekiranya terdapat masalah atau gangguan, pengguna boleh terus hubungi talian khidmat pelanggan melalui nombor Whatsapp yang disediakan. 

9. Mudah alih

Kelebihan Long Tv yang seterusnya adalah ia mudah alih. Anda bebas membawa peranti ini ke mana sahaja. Contohnya pasang di hotel ketika travel atau sewaktu balik kampung. Sambungkan pada tv dan talian internet, dan sedia untuk ditonton. 

Disebalik kelebihannya, anda juga patut tahu kelemahan serta keburukan Long Tv ini. Contohnya ia tidak mesra warga emas dan isu lagging. Saya dah senaraikan panjang lebar dalam artikel - Keburukan Long Tv? Ini yang patut anda tahu!  

Harga Long Tv?

Itulah antara kelebihan Long Tv yang perlu anda tahu. Memang jimat kerana tiada lagi komitmen bulanan dan kandungan hiburan yang ditawarkan juga cukup padu. Anda boleh beli Long Tv ini di Shope pada harga RM399 - https://invl.io/cljyz78


Tags

Post a Comment

0Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top