Sunscreen bukan sekadar melindungi dari sunburn sahaja. Malah pemakaian sunscreen setiap kali terdedah kepada sinaran matahari dapat cegah jeragat, kulit kusam, penuaan, dan mengurangkan risiko kanser kulit.
Lebih-lebih lagi tinggal di Malaysia yang cuacanya amat panas pada siang hari. Jadi, sikap degil tidak mahu memakai sunscreen boleh buat kulit kusam dan penuaan. So, anda akan nampak lebih tua dari usia. And nobody wants that.
Terdapat banyak sunscreen best dari pelbagai jenama di pasaran. Tapi saya senaraikan sunscreen terbaik dari segi kandungan, manfaat kepada kulit, dan harga yang mampu milik. Anda boleh beli di drugstore, dan saya sertakan juga link pembelian online.
1. Biore UV Perfect Milk Moisture SPF50
Sunscreen terbaik di Malaysia yang pertama sudah tentunya Biore UV Perfect Milk Moisture SPF50. Merupakan sunscreen terbaik Watson. Sesuai untuk semua jenis kulit, bertekstur ringan dan langsung tidak melekit. Malah, ia ada matte finishing.
Nilai SPF sempurna untuk cuaca Malaysia untuk lindungi kulit dari UVA/UVB. Selain itu, kandungan vitamin E & rice germ extract boleh ratakan tona kulit dan elak kekeringan. Sebab tu la best je pakai sunscreen ni. Love it!
Harga: RM12.30
Beli di sini: https://invol.co/cl8q38a
2. Yadah Oh My Sunscreen
Menjadi rekomendasi ramai pemilik kulit flawless. Hah, Yadah ni juga produk skincare dari Korea yang agak popular di Malaysia. Nilai SPF nya agak rendah tetapi seudah cukup untuk protect kulit anda dari sinaran matahari yang boleh rosakkan kulit.
Bertekstur krim tetapi mudah menyerap, beri matte finishing, dan kesan ini tahan berjam-jam lamanya. Jadi ia amat ideal buat pemilik kulit berminyak dan kombinasi. Sebab ia turut kelembapan pada kulit.
Harga: RM16
Beli di sini: https://invle.co/cld6q9b
Artikel berkaitan:
+ 10 Sunscreen untuk kulit kombinasi
+ 13 Sunscreen untuk kulit berminyak
+ 11 Sunscreen Terbaik di Watsons
+ Tips Muka Glowing, Guna Produk Ini Sahaja
3. Axis-Y Complete No Stress Physical Sunscreen SPF50+
Sunscreen terbaik untuk muka seterusnya adalah dari Axis Y. Harga produk ini agak mahal berbanding yang lain tapi keberkesanannya tidak dapat di sangkal lagi. Bukan sahaja ada SPF 50 untuk lindungi kulit dari sinaran matahari, bahkan disertakan juga dengan 2% niacinamide dan mugwort which is good for people with acne.
Disebabkan ia adalah physical sunscreen, ia ambil masa untuk blend pada kulit.
Lepas dah betul-betul blend, anda akan nampak kesan glowy.
Harga: RM12
Beli di sini: https://invol.co/clakzrh
4. Sunplay Skin Aqua UV Brightening Moisture Gel
Jenama Sunplay sudah tidak asing lagi dalam arena sunblock/sunscreen. Mereka keluarkan sejumlah sunscreen mengikut jenis kulit dan persekitaran. Untuk kegunaan harian, Skin Aqua UV Brightening Moisture Gel sesuai untuk semua.
Bahan utama adalah hyaluronic acid yang terkenal dengan fungsi 'lock air' dari hilang pada kulit. Malah ada arbutin yang bantu hilangkan dark spots. Kulit lebih lembut selepas sapuan sebab ada vitamin B, C, dan E.
Selain itu perlindungi SPF 50 memang nice untuk 2 - 3 jam.
Harga: RM29
Beli di sini:
https://invle.co/cld7lbr
5. Biore UV Aqua Rich Watery Essence
Biore UV Aqua Rich Watery Essence adalah sunscreen untuk kulit berminyak di Watson. 'Aqua Rich Watery Essence' sudah menunjukkan fungsi lainnya selain melindungi kulit. Ia mengandungi hyaluronic acid dan royal jelly extract untuk melembapkan wajah.
Tekstur nya agak cair dan sejuk apabila dipakai. Sunscreen ini ada fragrance yang pada saya agak kuat. Kalau kulit anda boleh tolarate dengan fragrance, go for it! Sebab produk ini antara yang popular dan terbaik di drugstore.
Oh ya, saya sarankan anda beli direct di Watsons online. Sebab sunscreen ni banyak yang fake di Shopee. Saya sertakan link Watsons di bawah.
Harga: RM35
Beli di sini: https://invol.co/cld7lgj
6. Hada Labo Premium Whitening UV Sunscreen
Jenama Hada Labo sudah tida perlu diperkenalkan lagi. Produk skincare dari Jepun ini sudah terkenal seantero dunia kerana keberkesanannya. Kehebatan sunscreenya juga tidak ketinggalan. Nilai SPF50 dan PA+++ yang perfect untuk lindungi kulit dari UVA dan UVB.
Tak ada fragrance, perwarna, mineral oil, dan alkohol. Maknanya sesuai untuk kulit sensitif. Selain itu ia vitamin C yang slightly mencerahkan dan meratakan tona kulit.
Teksturnya agak cair dan kulit tampak lembap sebab ia mengandungi hyaluronic
acid. Ia tidak bercapuk atau melekit.
Amat sesuai untuk outing sebab sunscreen ni boleh is a good makeup base.
Harga: RM40
Beli di sini:
https://invle.co/cleulz7
7. Beauty Of Joseon Relief Sun : Rice + Probiotics SP50+
Produk k-beauty yang sedang hangat diperkatakan di TikTok sekarang. Worth the hype! Bahan utamanya adalah rice extract yang beri kelembapan kepada kulit. Krim cair ini mudah menyerap pada kulit dan langsung tak melekit.
Sunscreen ni pun beri kesan matte glowy. Ideal untuk kulit berminyak yang takut sangat nak pakai sunscreen. Highly recommended.
Harga: RM43
Beli di sini: https://invle.co/clepxna
8. Y.O.U Triple UV Elixir SPF50+
Kulit kusam dan berminyak wajar cuba sunscreen dari Y.O.U ini. Jenis water-based, tidak melekit, ringan, dan ada cooling sensation. Rasa sejuk je lepas sapu pada kulit. Nilai SPF pun sempurna iaitu 50+ PA++++, yang boleh protect kulit dari UVA/UVB dan bluelight kalau anda banyak habiskan masa depan komputer.
Bukan itu sahaja bahan bermanfaat lain seperti niacinamide, vitamin E, dan
centella (pegaga) pun ada. Senang diperoleh, kat Watsons pun ada.
Harga: RM43
Beli di sini:
https://invle.co/clepxsx
9. TDF Derma Formula Blue Voile Sunscreen SPF50
Bagi mencari sunscreen terbaik untuk jeragat, anda perlulah guna pelindung matahari yang broad spectrum at least SPF50 tau. Kemudian ada bahan-bahan pelindung iron oxide yang boleh block visible light /blue light. Visible light lah yang buat jeragat bertambah gelap dan sukar dirawat.
Contoh sunscreen yang ada bahan ini adalah TDF Derma Formula yang direkomen oleh para dermatologi. Harga dia agak mahal berbanding yang lain. Tapi apalah sangat harga tu kalau anda betul-betul nak rawat tompok jeragat pada wajah. Kan?
Harga: RM55
Beli di sini: https://invle.co/cleu21z
10. 3W Intensive UV Sunblock Cream SPF50
Sunscreen terbaik untuk kulit kering pula adalah 3W Intensive UV Sunblock Cream. Jenama dari Korea yang cukup popular sekarang. Harga berpatutan dan sesuai untuk kulit normal dan kering. Ada bahan red ginseng, anti oksidant, serta glycerin dan aloe vera yang banyak membantu memberikan kelembapan pada kulit.
Senang meresap, dan tak ada white cast langsung. Rasa ringan sahaja selepas sapu pada kulit. Hati-hati dengan produk fake tau. Saya cadangkan anda beli di drugstore dan dari seller yang sah sahaja. Saya sertakan link dibawah.
Harga: RM9.90
Beli di sini: https://invle.co/cleu3s1
Hah, itulah antara sunscreen terbaik di Malaysia yang boleh anda cuba. Memakai
produk skincare lain adalah useless tanpa sunscreen. Sebab sinaran UV adalah
antara punca utama kepada masalah kulit. Semoga bermanfaat.
Nice amazing and excellent info providing by your post about sunscreen I really like to read it thank you so much for sharing with us ❤.
BalasPadam