10 Serum Untuk Kulit Kering

4

Pemilik kulit kering pasti tahu yang wajah kering memang membimbangkan. Tanpa penggunaan produk yang tepat, wajah akan tegang, menggelupas, kemerahan, dan tampak kusam. Ugh. Salah satu cara untuk menangani masalah ini adalah dengan memakai serum untuk kulit kering

Ini kerana fungsi serum ada untuk merawat masalah kulit. Terdapat banyak jenama serum di pasaran, pastikan anda pilih serum dengan kandungan yang tepat. Hyaluronic acid, ceramide, dan vitamin C adalah antara bahan utama yang diperlukan untuk memastikan wajah sentiasa lembap dan berseri.  

Saya senaraikan sejumlah serum terbaik untuk kulit kering berserta dengan link pembelian online agar anda boleh membelinya pada harga yang lebih rendah. 

Innisfree Green Tea Seed Serum

Rasanya ramai yang dah kenal dengan produk dari Korea ini kan? Innisfree ada banyak produk dan semuanya berkuaiti. Bagi Green Tea Seed Serum, ia memberikan kelembapan yang telah hilang dari kulit. 

Gabungan Jeju green tea extract dan green tea seed oil membantuk mengekalkan kelembapan dan minyak semula jadi pada kulit. Hasilnya, kulit lebih lembut, glowy, dan tidak lagi kusam. 

Harga: RM66

Beli di sini: https://invl.io/clgga1e

 


Artikel berkaitan: 

+ 10 Serum untuk Kulit Kusam

+ 8 Toner untuk Kulit Kering di Watsons

+ 11 Pencuci Muka untuk Kulit Kering dan Kusam

+ 10 Sunscreen Terbaik Malaysia 2023

 

Neutrogena Hydro Boost Hyaluronic Acid Serum

Rangkaian Hydro Boost ini memang dirumus khas buat kulit yang memerlukan kelembapan. Diperkaya dengan hyaluronic acid dan glycerin yang boleh melembapkan kulit sepanjang hari. Tambahan pula ia memiliki pro vitamin B5 dan prebiotic yang bantu boost skin renewal and recovery. 

Serum ini ringan, tidak melekit, tiada ada fragrance, paraben, membuatkan ia sesuai untuk kulit kering dan sensitif. Harganya agak mahal tetapi berbaloi kerana amat berkesan. Sebab itulah produk ini cukup popular di drugstore. Neutrogena merupakan antara serum untuk kulit kering Watson yang popular.

Harga: RM72

Beli di sini: https://invl.io/clggwzg

Wardah C-Defence with Vitamin C Serum

Jenama dari Indonesia ini semakin mendapat tempat di hati pengguna Malaysia. Bukan sahaja berkualiti, berkesan, bahkan semua produk Wardah dijual pada harga mampu milik. Bagi Vitamin C Serum, ia amat sesuai untuk kulit kering kerana memiliki Hi-Grade Vitamin C yang mampu meresap jauh ke dalam kulit. 

Vitamin C untuk kulit kering amat diperlukan kerana vit C bertindak untuk menghasilkan kolagen.  Kolagen berkesan dalam mencerah dan mengurangkan penuaan. Selain itu ia juga ada aloe vera sebagai ejen pelembap yang to moist your skin secara semula jadi. Memang nice kalau anda sapu vitamin C ini dua kali sehari untuk elak wajah dari nampak tua sebelum usia.  

 Harga: RM22

Beli di sini: https://invl.io/clggyqz



Klairs Rich Moist Soothing Serum

Serum kulit terbaik seterusnya adalah dari Klairs. Diformulasi dengan sejumlah bahan pelembap Water, Sodium Hyaluronate, dan Butylene Glycol. Serum ini meresap jauh ke dalam kulit untuk menghidrat dan mendedahkan kulit yang lebih sihat. 

Wajah bukan sekadar tampak lebih segar, tetapi glowy, berseri, dan anjal. Tambahan pula, it is from Klairs. Jenama ini sudah terkena di seantero dunia. Kalau anda tengok rutin penjagaan wajah yang di muat naik channel Vouge, ramai selebriti Hollywood yang menggunakan produk Klairs. 

Harga: RM89

Beli di sini: https://invl.io/clggz8e

The Ordinary 2% + B5

 

Serum ini mengandungi perfect ingredients for dry skin. Hyaluronic acid sebagai bahan utama yang kita semua tahu fungsinya untuk 'lock air' dari hilang dan menambahkan kelembapan. Dengan hidrasi yang mencukupi, ia akan fight irritation dan wrinkles. 

Manakala provitamin B5 yang turut menjadi highlight serum ini menghasilkan kulit yang kekal lembap dan anjal. Sebab itulah The Ordinary ini best. Anda juga wajar cuba The Ordinary Niacinamide 10% + Zinc 1% yang merupakan serum best seller mereka.  


Harga: RM36

Beli di sini: https://invl.io/clghiju

Kayman Skintella Repairing Serum

Produk lokal ini memang dipercayai dan memiliki ramai pengikut. Ini kerana ia hadir dengan ingredient bagus dan tidak overclaim. Kayman bukan produk timbang kilo tau. Skintella Repairing Serum fokus kepada melegakan kemerahan dan iritassi akibat dari masalah kulit kering dan kurang hidrasi.  

Wajah kering dan berjerawat wajar cuba sebab bahan utama serum ini adalah centella atau aktrak daun pegaga, aqua, dan chamomile. Bukan sekadar ideal untuk kulit kering, serum ini baik untuk kulit sensitif dan berjerawat. 

Harga: RM75

Beli di sini: https://invl.io/clf0pph

Garden Of Eden Natur E Scar Serum

Serum untuk kulit kering seterusnya adalah dari Garden Of Eden. Menggunakan seratus peratus bahan plant based, ada vitamin E untuk mencerahkan parut gelap, dan melicinkan kulit.Antara serum terbaik di Watsons!

Ia memiliki tekstur seperti minyak atau hampir sama dengan cleansing oil. Namun, serum ini langsung ttidak buat wajah melekit atau berkilat kerana ia mudah meresap.  

Selepas sapuan, wajah jadi lebih lembap dan mulus. Paling best,serum in turut sesuai disapu pada anggota badan lain yang kering, menggelupas, dan berparut. 

Harga: RM34

Beli di sini: https://invl.io/clghlt5

Beauty Of Joseon Revive Serum: Ginseng + Snail Mucin

Produk dari Korean ini tidak kurang juga hebatnya, cukup hot di TikTok. BOJ Revive Serum ini ada 3% snail extract, ginseng, niacinamide, dan hydrolized hyaluronic acid. Kesemua kandungan ini dapat memberikan hidrasi jauh ke dalam kulit.

Lagipun, serum ini memang mensasarkan people with dry skin dengan menguatkan skin barrier, penuaan, dan mencegah jeragat. Kalau anda tengah cari serum untuk kulit kering dan jeragat, this is the one. 

Kalau anda pernah pakai Cosrx Snail Mucin tu, hah.. Teksturnya hampir sama which is slimey. Tetapi mudah menyerap dan kulit jadi auto glowy. Nak hasil lagi best, gabungkan dengan pemakaian Snail Mucin tu.

Harga: RM43

Beli di sini: https://invl.io/clgi5lm


SKINTIFIC 4D Pure Hyaluronic Acid Hydrating Serum

Apa yang istimewa tentang serum dari Skintific ini? Ia diformulasi khas untuk melawan wajah kering dan menggelupas akibat kulit tidak dapat nak lock moisture. Memiliki 5% Hymagic Hyaluronic Acid yang mampu mengembalikan kelembaban yang hilang. 

Kulit jadi lebih berseri dan tampak sihat. Jenama dari Kanada ini claims boleh kekalkan kelembapan selama 48 jam. Harganya juga berpatutan, sesuai untuk remaja dan dan student.  

Harga: RM45

Beli di sini: https://invl.io/clgi6r9

Axis-Y Advanced Aqua Boosting Ampoule

Untuk pengetahuan, ampoule seakan sama seperti serum iaitu berfungsi untuk merawat masalah kulit. Tetapi ampoule lebih pekat dan banyak kajian menyatakan ampoule lebih ekfektif. Axis-Y mengeluarkan sejumlah produk berkualiti dan berkesan dan menjadi viral di Tiktok terutamanya Dark Spot Correcting Glow Serum

Ampoule ini mengandungi 10 jenis hyaluronic acid dan 6 kandungan hidrasi premium. Ini adalah untuk memastikan ia mampi meresap jauh kedalam kulit. 

Bahkan bersifat anti bacteria dalam menghalang jerawat dan iritasi. Axis-Y mencadangkan agar ia digunakan pasa waktu malam sebelum sapu pelembap agar dapat menyerlahkan kulit yang bersih dan segar. 

Harga: RM58

Beli di sini: https://invl.io/clgi7u7

Semoga artikel serum untuk kulit kering ini dapat membantu mengurangkan masalah kulit anda. Skincare is a journey, kena try try and error. kalau anda ada cadangan produk lain, boleh kongsikan dalam ruangan komen di bawah.


Post a Comment

4Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. FMWhatsApp Apk Download: Mods are always a better choice for us than the original version. FMWhatsApp is a modified version of WhatsApp. FM WhatsApp

    ReplyDelete
  2. FMWhatsApp Apk Download Latest Version 2023 is a modified version of WhatsApp Messenger. You can download the latest version of FM WhatsApp messenger on your Android device and enjoy the new features. As we all know WhatsApp connects people within society.

    ReplyDelete
  3. WhatsApp Messenger has been altered in FMWhatsApp Download Latest Version 2023. On your Android device, you may download FM WhatsApp messenger's most recent version and take use of the new features. WhatsApp, as we all know, links people in society. Visit Here: InstaUp APK

    ReplyDelete
  4. The Dear Lottery Sambad Result 2023 game is the same in every state but the names of the lottery game differed from one state to another. Because each and every day the lottery game names change. The same will happen in the Nagaland state lottery, West Bengal state lottery, and Sikkim state lottery. The results will be announced at the same time in all the states. The same three games are followed in all these states. dearlotteryresults


    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top