Cara Berniaga di Tiktok 2023

2

Cara Berniaga di Tiktok 2023 | Tahun 2022 dan 2023 adalah tahun untuk peniaga membuat jualan di Tiktok. Platform ini digilai oleh hampir semua golongan kerana ia menyajikan video pendek yang menarik, mudah digunakan, dan boleh melakukan proses jual beli. 

Sejak Shopee tidak lagi menawarkan 'free shipping voucher' ramai pelanggan mula membeli belah di Tiktok. Ini kerana Tiktok menawarkan banyak kelebihan bukan sahaja kepada pelanggan, bahkan seller / peniaga.  

Dalam artikel akan datang saya kongsikan cara dropship di Tiktok pula. 

Kelebihan Tiktok Shop kepada pelanggan:

  • Konten video memudahkan pelanggan ketahui kualiti dan fungsi produk.
  • Tawar banyak voucher free shipping terutama kepada pelanggan pertama kali.
  • Diskaun sekiranya membeli sewaktu siaran LIVE sedang berlangsung. 
  • Tawar Cash-On-Delivery kepada pelanggan.  
  • Urusan jual beli yang mudah.

Sebagai seller / peniaga, anda turut memiliki banyak kelebihan yang membolehkan anda jana keuntung di Tiktok Shop.  

Kelebihan Tiktok Shop kepada peniaga

  • Daftar seller adalah percuma dan tidak perlu SSM.
  • Tiktok Shop mudah digunakan, sesuai untuk pemula.
  • Komisen 0% - Tiada komisen dikenakan terhadap penjual di TikTok Shop. Keuntungan adalah hak anda sepenuhnya.
  • Free shipping - TikTok Shop tawat banyak voucher free shipping yang boleh tarik lebih ramai pelanggan.
  • Bukan sahaja jual produk sendiri, tetapi juga produk affiliate di mana anda mendapat komisen sekiranya mendapat jualan. 
  • Banyak voucher, diskaun, dan promosi. 
  • Siaran LIVE - Penjual boleh mengacarakan SIARAN LANGSUNG beli-belah dan video in-feed untuk adalah jualan murah. 
  • Produk idaman pelanggan sering muncul di For Your Page atau FYP membuatkan mereka mudah terpengaruh dengan produk tersebut. 
  • Mudah untuk edit video promosi. 

 

Baca: Cara Daftar Tiktok Shop 2023

Macam mana nak berniaga?? Hah, terdapat 3 CARA BERNIAGA DI TIKTOK yang perlu anda tahu iaitu:

1. Buka kedai Tiktok di Seller Center.

Boleh buat Tiktok Shop tanpa followers beribu. Cuma daftar sebagai penjual di Seller Center sahaja. Kemudian setup kedai dengan masukkan gambar produk dan diskripsi yang diperlukan. Anda boleh jual baju, skincara, makanan, aksesori, perabot, dan macam-macam lagi.

Cara setup sama macam berniaga di Shopee, tetapi di Tiktok anda perlu buat video pendek untuk mempromosikan produk anda.

2. Berniaga secara affiliate.

Sertai Tiktok Affiliate Program iaitu promot produk seller lain dalam video atau siaran LIVE anda. Anda akan mendapat komisen sekiranya mendapat jualan.  

Ini merupakan cara jualan di Tiktok Shop tanpa modal. Ramai yang buat duit cara ini sebab tak perlu simpan stok. Cuma promosi sahaja. Buatlah video tutorial atau review produk tersebut, kemudian letak 'beg kuning' untuk penonton beli. Buatlah! rugi kalau ada ramai followers tapi tak guna untuk buat duit.

Nilai komisennya juga agak tinggi. Nantikan artikel cara buat affiliate TikTok.

3. Letak link kedai online pada bio

Selain guna dua cara di atas, anda juga boleh letakkan link kedai online anda. Contohnya ada dah ada kedai Shopee dan taknak buat kedai Tiktok. Anda boleh buat video promosi seperti biasa, dan minta penonton klik link di bio sekiranya nak beli. 

 

Untuk lebih pencerahan, saya suggest anda baca - Panduan Bisnes Tiktok Shop. Panduan ini dah banyak bantu usahawan berniaga di platform popular ini. 

Kandungan panduan ini meliputi:

  1. Video tutorial step by step
  2. Cara daftar dan bukan kedai Tiktok Shop
  3. Cara naikkan jualan dengan diskaun, voucher, dan campaign.
  4. Tips supaya kedai dan video anda FYP. Contohnya guna hashtag yang tertentu.
  5. Senarai produk terbaik untuk dijual yang boleh bawa keuntungan
  6. Cara join affiliate Tiktok
  7. FB Group Support 

Itulah antara cara berniaga di Tiktok. Anda boleh ketahui rahsia dan potensi jana 3 - 4 angka sehari yang didedahkan panduan ni. Tak rugi kalau anda rujuk - Panduan Bisnes Tiktok.

Catat Ulasan

2Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Suka tengok TikTok Live jualan dari seller. Kreatif susun produk. Lepas tu rajin melayan customer. Soalan berulangkali tanya dari berlainan customer kena layan baik-baik kan. Kalau akak ada produk, akak nak meniaga di TikTok shop ni. Tapi takde apa nak jual. Hahaha. Buat affiliates live video pun best juga. Macam-macam cara boleh tambah rezeki.

    BalasPadam
  2. teeima kasih atas perkongsian ini.. skrg dah tahu
    nak mulakan bisnes di tik tik mcm mana

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top