Cara Daftar Tiktok Shop 2023

0

Cara Daftar Tiktok Shop 2023  | Beberapa tahun kebelakangan ini, Tiktok kini menjadi 'the new style of social media' dengan konsep perkongsian video berdurasi pendek. Sarat dengan video menarik seperti hiburan,  perkongsian ilmu, tips, dan panduan. 

Selain itu, ramai yang dah mula menjana pendapatan darinya kerana Tiktok menyediakan ciri khas untuk jual beli buat pengguna yang dikenali sebagai Tiktok Shop. Para usahawan mula sedar yang Tiktok memiliki potensi besar untuk berniaga setanding Shopee dan Lazada.   

Pelanggan kini lebih memilih untuk membeli di Tiktok kerana platform ini tawar free shipping voucher berbanding Shopee yang semakin hari semakin 'hauk'. Heee..!

Jadi anda wajar daftar Tiktok shop Malaysia untuk kembangkan bisnes. 

Artikel berkaitan:

+ 8 Tips Berniaga di Shopee

+ Cara Naikkan Sales di Shopee

+ Cara Jual Barang di Lazada

+ Buat Duit dengan Affiliate Involve Asia

+ Cara Jadi Affiliate Tiktok | Senang Je!


Kelebihan berniaga di Tiktok Shop

Tiktok menawarkan pelbagai kelebihan buat peniaga supaya dapat menarik perhatian pelanggan. Antaranya...

  1. Daftar sebagai seller adalah percuma. Serta tidak perlu dokumen SSM.
  2. Komisen 0% - Tiada komisen dikenakan terhadap penjual di TikTok Shop. Keuntungan adalah hak anda sepenuhnya. 
  3. Free shipping - TikTok Shop akan membayar penghantaran bagi pesanan yang layak.
  4. Diskaun untuk pengguna baharu - Pengguna baharu akan mendapat kupon diskaun dari TikTok Shop. 
  5. Kempen & promosi - Sertai kempen khas seperti jualan 11.11, CNY, Christmas, raya sale, dan lain-lain.
  6. Kupon. Penawaran kupon dan diskaun untuk tarik perhatian pelanggan. 
  7. Siaran LIVE - Penjual boleh mengacarakan SIARAN LANGSUNG beli-belah dan video in-feed untuk adalah jualan murah.
  8. Aplikasi mudah digunakan. Cara beli di Tiktok shop juga mudah dan mesra pelanggan. 
  9. Tiktok merupakan aplikasi yang paling popular dan kerap digunakan sejak tahun 2020.

Cara Daftar Tiktok Shop 2023

1. Layari https://seller-my.tiktok.com/. Login menggunakan akaun Tiktok anda. 

Kemudian pilih 'Authorize' > 'Sign Up with Tiktok Account' > 'Start Selling'. 

2. Verify untuk sahkan kedai Tiktok

Di Tiktok Shop Seller Center, pilih 'Verify Now' untuk sahkan kedai Tiktok. Pada langkah ini, pilih sama ada Cooperate atau Individual Account. 

Kalau pilih cooperate, sediakan dokumen SSM. Kalau pilih Invidual, cuma perlu ambil gambar kad pengenalan dan muat naik sahaja.  

** Tempoh pengesahan biasanya mengambil masa selama beberapa minit sahaja. Selepas menerima email pengesahan, anda sudah boleh upload gambar produk dan mula menjual. 


3. Setup kedai Tiktok. Pergi ke 'My Account' > 'Seller Profile', isi maklumat dan butiran penting seperti nama kedai, nombor telefon, pickup address, akaun bank untuk dapatkan bayaran hasil jualan, dan beberapa maklumat lain.  

4. Add Produk untuk mula menjual. Masukkan produk name, kategori, jenama, dan gambar produk berserta dengan diskipsi. Sekiranya ada video, lebih baik sebab lebih jelas untuk rujukan pelanggan.  

 

5. Isi maklumat Shipping dan warranty. Masukkan berat, warranty period, dan sekiranya nak buat cash-on-delivery (COD), anda boleh enable fungsi ini di bahagian bawah. Kemudian tekan PUBLISH.

Promote produk!

Lepas siap add produk, tibalah masa untuk anda buat promosi. Buat video pendek menceritakan keberkesanan dan kualiti produk anda. Guna ayat jualan yang padu agar dapat menarik minat pelanggan. Tips menjual di Tiktok akan saya kongsikan dalam artikel akan datang. 

Contoh video Tiktok yang menjual produk.

Cara nak proses order Tiktok Shop

Siap setup kedai Tiktok, dah publish produk, dan kini anda sudah ada pembeli! Macam mana nak proses order? Ikut langkah di bawah... 

1. Login ke https://seller-my.tiktok.com/ , dan perhatikan dibahagian 'Action needed' dan jumlah 'Pending Orders'.  

Kalau ada jualan, jumlah tersebut akan bertambah. Klik 'Pending orders' dan anda akan dibawa ke 'Manage Orders'.


2. Pilih Arrange Shipment Method. Di bahagian Manage Orders, 'Arrange Shipment' sama ada anda ingin drop parcel di pejabat pos atau posmen datang pick up.  

3. Print Airway bill Tiktok. Di bahagian 'Awaiting collection', klik simbol 3 dots pada produk untuk cetak airway bill. Pilih 'Print Shipping Label'.  

Oh ya, anda juga memerlukan printer untuk cetak airway bill. Boleh pilih sama ada printer biasa atau thermal printer yang lengkap dengan sticker untuk anda tampal pada parcel. Boleh rujuk link printer best seller di bawah. 

  1. Xprinter 460B Thermal Printer - RM287 (Link Shopee)
  2. HP DeskJet 2776 Printer - RM209 (Link Shopee)

4. Pos barang. Setelah selesai packing dan tampal airway bill, anda kini boleh pos barang kepada pelanggan!

Apa yang saya kongsikan ini hanya tatacara mendaftar dan proses order sahaja. Untuk lebih terperinci, boleh rujuk - Panduan Bisnes TiktokShop

Panduan ini akan terangkan dengan lebih detail dari segi cara jualan untuk pemula, cara tingkatkan jualan Tiktok, cara daftar Tiktok affiliate, cara dropship, atau cara buat live di Tiktok. Ramai peniaga yang dah guna tips dari panduan ini untuk dapatkan jualan.

Catat Ulasan

0Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top