Cara Jadi Affiliate Tiktok Malaysia | Senang je!

1

Cara Jadi Affiliate Tiktok Malaysia | Selain berniaga barang atau produk sendiri, anda sebagai pengguna Tiktok atau content creator sebenarnya boleh buat duit dengan jadi affiliate. Cara ini lebih mudah kerana tidak perlu keluarkan modal. 

Sebab itulah ramai yang lebih memilih untuk buat duit dengan affiliate Tiktok, kerana dengan cara ini anda boleh jana pendapatan tanpa keluarkan modal!  

Baca: Cara Berniaga di Tiktok 2023

Apa itu affiliate marketing?

Dalam bahasa mudah, affiliate adalah memasarkan/mengiklankan produk menggunakan link affiliate. Anda akan mendapat komisen melalui setiap jualan yang terhasil dari link tersebut. 

Banyak program affiliate Malaysia yang boleh anda joi. Daftar PERCUMA. Antaranya Klikjer, AccessTrade, Involve Asia. Kesemuanya saya dah cuba dan buat duit darinya. 


Tiktok Affiliate Marketing

Di Tiktok terdapat DUA cara untuk buat affiliate marketing iaitu:

1. Promosi produk dari Tiktok Shop. Letak link pembelian produk dari Tiktok Shop. Sekiranya ada orang beli dari link tersebut, anda akan mendapat komisen dari setiap jualan yang terhasil. 

2. Kongsi link pembelian dari merchant lain. Anda boleh promosi dengan buat video seperti biasa, tetapi kongsi link affiliate Shopee atau e-merchant lain pada ruangan bio.

Kelebihan jadi Tiktok affiliate Program Malaysia

  • Nilai komisen yang tinggi. Anda boleh terima komisen dari 10% hingga 50% bergantung kepada jenis dan harga barang tersebut.
  • Tak perlu keluarkan modal, simpan stok, atau pos barang kepada pelanggan. 
  • Berbeza dengan Shopee, anda tidak perlu berhubung dengan penjual asal. 
  • Banyak produk menarik dan viral di Tiktok untuk anda pilih. 

 

 

Dalam artikel ini saya akan terang cara jadi Tiktok affiliate Malaysia dan jana pendapatan darinya. 

1. Daftar sebagai seller terlebih dahulu dihttps://seller-my.tiktok.com/

Ini adalah cara daftar Tiktok affiliate tanpa followers. Anda tidak perlu ada ribuan follower untuk buat duit. Anda boleh rujuk artikel - Cara Daftar Tiktok Shop untuk pencerahan.

2. Tekan logo Tiktok Shop pada profile anda.

Setelah selesai mendaftar sebagai seller dan telah diluluskan, tekan logo Tiktok Shop berlogo 'beg'. Logo ini hanya muncul sekiranya akaun anda telah disahkan sebagai seller.

Kemudian tekan 'Enter', dan masukkan butiran yang diperlukan. 

gambar: Kotak Nyaman

 

3. Mula pilih produk untuk promosi. 

Tekan 'Manage Product', dan 'Add Products'. Anda akan dipaparkan sejumlah produk yang kini dijual di Tiktok Shop. Pilih produk pilihan anda dan tekan 'Add'.  

Tulisan warna merah itu adalah nilai Tiktok affiliate commission yg bakal anda terima

4. Masukkan link produk dalam video.

Pada langkah terakhir sebelum anda muat naik video Tiktok, pilih 'Add Link' dan pilih produk yang nak promote. Anda boleh pilih beberapa produk dalam satu video. Kemudian anda boleh post video tersebut.  

 

Secara automatik, beg kuning akan terpapar pada video dan anda akan mendapa komisen sekiranya mendapat jualan. 

Senangkan?

Jual produk Shopee di Tiktok

Selain menjual produk yang dah ada di Tiktok Shop, anda juga boleh buat duit affiliate Shopee di Tiktok. Katakan produk yang anda nak promote tu tak ada di Tiktok atau harga di Shopee lebih murah, anda boleh kongsi link affiliate Shopee pada bio. 

Contohnya seperti gambar di bawah: 

Daftar affiliate Shopee di Involve Asia terlebih dahulu, masukkan link affiliate produk menggunakan Beacons.ai. 

Anda boleh guna Beacons.ai untuk share link tersebut. Saya akan share cara jadi affiliate Shopee di TIktok dan setup Beacons.ai dalam artikel akan datang. Stay tuned! 

Baca: Buat Duit dengan Affiliate Involve Asia

Tips menjual produk affiliate

Selain melalui affiliate, banyak lagi cara buat duit di Tiktok yang boleh anda pelajari. Kalau nak tahu boleh rujuk - Panduan Bisnes Tiktok.

Panduan ini akan ajar dengan lebih detail asas dan teknik betul berniaga di Tiktok supaya boleh jana 3 - 4 angka seminggu macam orang lain. Kandungan panduan ini meliputi:

  1. Video tutorial step by step
  2. Cara daftar dan buka kedai Tiktok Shop
  3. Cara naikkan jualan dengan diskaun, voucher, dan campaign.
  4. Tips supaya kedai dan video anda FYP. Contohnya guna hashtag yang tertentu.
  5. Senarai produk terbaik untuk dijual yang boleh bawa keuntungan
  6. FB group support

... dan banyak lagi! Baca panduan ini di - Bisnes Tiktok Shop.

Senangkan jadi affiliate Tiktok? Rugilah kalau anda ada ramai followers, tapi tak jana pendapatan darinya. Dah la tak perlu keluarkan modal. Cuma promote barang sahaja. Harap artikel ini bermanfaat. Good luck.

Catat Ulasan

1Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top