10 Toner Untuk Kulit Kombinasi di Watsons

0

Toner Untuk Kulit Kombinasi di Watsons | Pemilik kulit kombinasi pasti buntu dalam memilih produk penjagaan kulit yang tepat. Ini kerana sebahagian kulit agak kering, manakala berminyak di kawasan t-zone. Salah satu cara untuk menangan masalah ini adalah dengan menggunakan toner yang sesuai. 

Ciri toner terbaik untuk kulit kombinasi haruslah ringan dan efektif dalam seimbangkan pH kulit agar dapat kurangkan sebum berlebihan tanpa mengeringkan kulit.  

 Kandungan yang harus ada dalam toner untuk menangani kulit berminyak:

  • Witch hazel - Untuk menghilangkan minyak berlebihan dan mengecilkan pori-pori tanpa mengeringkan kulit.
  • Rosewater - Ringan, menyegarkan, dan seimbangkan nilai pH kulit.
  • Niacinamide - Bagus untuk kawal extra sebum, mencerah, dan mengurankan kemerahan akibat jerawat.
  • Salicylic acid - Kandungan untuk 'exfoliate' atau keluarkan sel kulit mati agar kulit sentiasa segar dan bersih.
  • Aloe vera - Bantu memberi kelembapan agar kulit tidak tegang dan kawal minyak di kawasan t-zone.

Dalam artikel ini saya senaraikan 10 toner untuk kulit kombinasi di Watsons atau yang available di drugstore Malaysia. Saya juga kongsikan link pembelian online agar anda boleh beli pada harga lebih murah. 

1. COSRX AHA/BHA Clarifying Treatment Toner

Toner jenis mild exfoliator, maksudnya mampu menanggalkan sel kulit mati tetapi tidak terlalu kuat. Anda boleh guna setiap hari dan tidak mengeringkan kulit. 

Kandungan BHA amat ideal untuk kulit berminyak dan kombinasi sebab BHA boleh kawal extra sebum di kawasan t-zone. Ia juga efektif dalam membersihkan liang pori agar tidak tersumbat dan mengelakkan blackheads.  

 

Toner ini memang terkenal sekarang, terutamanya di Tiktok. 

Harga: RM27

Beli di sini: https://invl.io/clhq9xh

2. Simple Soothing Facial Toner

Toner terbaik di Watsons dan Guardian kerana jenamanya yang dah well established serta harga yang berpatutan. Ia ringan, hampir sesuai dengan semua jenis kulit termasuk kulit sensitif. Ini kerana ia seimbangkan nilai pH wajah. 

Hadir dengan beberapa ingredients best seperti niacinamide, Pro-Vitamin B5, Chamomile, dan Witch Hazel. Tidak berbau dan tak ada alkohol. Alkohol dalam toner tu sebenarnya bagus tapi tak semua boleh tolerate, jadi kalau anda tak boleh tolerate dengan alkohol, use this toner! 

Harga: RM16

Beli di sini: https://invol.co/cl3gvgg   

Artikel berkaitan:

+ 10 Toner Terbaik Untuk Kulit Kering

+ 10 Toner Untuk Kulit Kombinasi

3. Hada labo Hydrating Lotion Light

Jenama yang sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Hada Labo memiliki dua jenis hydrating lotion (toner). Untuk kulit kombinasi dan berminyak, pilih yang 'light' dengan garisan berwarna hijau.  

 

Apa yang membuatkan toner in berkesan adalah kerana ia mengandungi 4 jenis Hyaluronic Acids yang mengekalkan kelembapan semula jadi agar kulit sihat dan lembut.

Malah, bahan ceramide yang ada di dalamnya juga boleh 'lock' air dari hilang.Sebabitulah ia adalah toner untuk kulit berminyak dan kering.

Harga: RM37

Beli di sini: https://invl.io/clhqa1g

4. Cosmoderm Niacinamide Salicylic Acid Calming Toning Water

Produk tempatan ini memang hebat. Untuk range berwarna biru yang dikhaskan untuk kulit berminyak dan kombinasi. Toner ini mengandungi 2 bahan utama untuk  memastikan kulit anda kekal sihat dan mulus.  

 

Niacinamide untuk kawal sebum dan slightly mencerah, manakala salicylic acid yang berfungsi untuk keluarkan sel kulit mati dan bersihkan pori dengan efektif. It is very mild dan boleh digunakan setiap hari.

Gabungan dua bahan ini memang padu kalau anda inginkan wajah segar dan bersih. Boleh dikatakan toner terbaik untuk memutihkan kulit.

Harga: RM17

Beli di sini: https://invl.io/clhqa3f

5. Naturie Hatomugi Skin Conditioner

Susah betul nak jumpa produk Jepun ni di Watsons. Asyik sold out je! Toner ini cair tetapi berwarna seakan susu.  

 

Diperkaya dengan vitamin B1 & B2 untuk rawat jerawat, kurangkan minyak, dan baiki tona tidak sekata.

Ia memberikan kelembapan pada kawasan kering dan kawal extra sebum di kawasan t-zone. Ia lembut dan kulit tidak rasa tegang selepas disapu. 

Harga: RM24

Beli di sini: https://invl.io/clhqa72

6. Skintific 5x Ceramide Soothing Toner

Skintific pun dah ada kat Watsons dan Guardian sekarang! Produk popular di Tiktok ini semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. 

Ia boleh bantu kuatkan skin barrier, kurangkan kemerahan, dan beri hidrasi kepada kulit terutama pada cuaca panas di Malaysia. 

 

5 jenis ceramide yang menjadi kandungan rasmi toner ini dapat lindungi kulit dari jerawat, terlalu kering, dan memastikan kulit mendapat kelembapan yang mencukupi. Menggunakan formulasi dari Kanada, ringan ada soothing effect selepas disapu. 

Malah ada yang mengatakan ia toner terbaik untuk jeragat di Watsons. 

Harga: RM39

Beli di sini: https://invl.io/clhqaag

7. Axis Y Daily Purifying Treatment Toner

Toner untuk kulit kombinasi di Watsons seterusnya adalah dari Axis Y. Ya, Axis Y pon dah masuk Watsons, tetapi hanya di cawangan terpilih sahaja.  

 

Tak hairanlah kenapa produk ni terkenal. Kandungannya pun penuh dengan kebaikan untuk kulit. Contohnya AHA, BHA, PHA yang boleh tanggalkan sel kulit mati, kecilkan dan bersihkan liang pori. Biarpun bersifat exfoliating, tetapi anda boleh guna setiap hari. 

Memiliki centella, tea tree, dan hawkweed extract yang ideal untuk kulit berminyak dan kombinasi sebab mampu kawal sebum, pudarkan parut hitam dan kemerahan. Ini menjadikan kulit anda tampak segar dan bersih. Highly recommended. 

Harga: RM 45

Beli di sini: https://invl.io/clhqad7

9. Mamonde Rose Water Toner

Rose water memang baik untuk kulit wajah, kerana mencegah pengeluaran minyak berlebihan yang mengakibatkan whiteheads, blackheads, dan yang paling teruk adalah jerawat. Bagi toner ini ia memiliki 90% rose water, which is good bermaksud tiada bahan tambahan lain.  

 

Memberikan solusi kepada kulit berminyak di t-zone dan kering di kawasan pipi. Hyaluronic acid yang terkandung di dalamnya juga banyak membantu dalam menjadikan wajah lembap dan berseri.

Harga: RM40 (250 ml)

Beli di sini: https://invl.io/clhqbol

10. Wardah Lightening Face Toner

Satu jenama yang popular kerana keberkesanan dan harganya yang mampu milik. Wardah memiliki banyak produk skincare dan makeup. Bagi kulit berminyak dan kombinasi, pilih range yang berwarna biru. 

 

Apa yang membuatkan toner ini popular adalah kerana kandungannya yang premium. Toner ini mengandungi niacinamide, Vitamin B3, AHA, Seaweed Extract, dan Vitamin E untuk kesan mencerah. Kesemua ingredients ini biasanya ada pada produk yang dijual pada harga yang mahal tau. 

Ia boleh improve skin texture, melembap, mengurangkan bintik hitam, dan kekalkan pH kulit supaya senang nak serap produk seterusnya seperti moisturizer untuk kulit kombinasi.

Harga: RM7.50

Beli di sini:  https://invl.io/clhqbp9

Pokoknya, toner terbaik bergantung kepada jenis kulit dan kandungan produk tersebut. Semoga artikel ini dapat membantu anda dalam mencari toner untuk kulit kombinasi di Watsons.

Catat Ulasan

0Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top