13 Sunscreen Untuk Kulit Berminyak di Watsons

0

Sunscreen Untuk Kulit Berminyak di Watsons | Tidak kira apa jenis kulit, sunscreen wajib dipakai setiap hari biarpun anda tidak melakukan aktiviti di luar rumah.  

Ini kerana anda masih terdedah kepada sinaran matahari melalui tingkap. Malah, cahaya tv, skrin laptop dan telefon juga mengandungi bluelight yang boleh memberikan kesan kepada kulit.  

Pemakaian sunscreen dapat melindungi wajah dari: 

  • Sunburn
  • Jeragat/pigmentasi
  • Kulit kusam
  • Kulit berkedut
  • Wajah tampak lebih tua dari usia
  • Tona tidak sekata
  • Risiko kanser kulit

Jadi, sunscreen di bawah adalah sunscreen yang tidak membuatkan muka makin berminyak. Bahkan ada sunscreen yang mengandungi bahan yang kawal extra sebum. Kesemua produk yang saya kongsikan boleh didapati di drugstore seperti Watsons, Guardian, dan Wellness.

Axis Y Complete No-Stress Physical Sunscreen

Ya, Axis Y dah dijual di Watson. Tetapi hanya di cawangan terpilih sahaja. Bagi yang masih belum aware tentang Axis Y, it is one of the best skincare brand from Korea today! Di Shopee sahaja dah 45k tiub telah terjual.

Banyak produk yang best seperti serum dan pencuci muka yang berkesan. Bagi sunscreen, nilai SPF50 PA++++ daan ada 2% niacinamide, mugwort dan squalane. Mugwort ni salah satu acne healing properties tau. Jadi anda boleh jadikan ia sebagai sunscreen untuk kulit berminyak dan berjerawat. 

Sesuai untuk semua jenis kulit terutama oily - combination skin. Senang nak blend walaupun tekturnya agak pekat. Ia memberikan kesan glowy yang nice untuk langkah terakhir skincare routine anda.

Harga: dari RM45 (50 ml)

Beli di sini: https://invl.io/clkkp9b

L’Oreal Paris UV Defender Perfect Matte & Fresh Long

Kalau anda cari sunscreen matte untuk kulit berminyak, this is it! Memang ideal buat pemilik kulit berminyak untuk control your excess sebum. Selain memiliki perlindungan UV, sunscreen ini ada glycerine untuk beri kelembapan dan ginger root extract untuk melembutkan kulit.  

Apa yang membuatkan ia sesuai untuk kulit berminyak adalah oil control formula nya. Ia mempunyai matte finish, jadi muka tidak akan nampak berkilat selepas sapuan. 

Biarpun ia dari jenama terkemuka, harganya amatlah munasabah. Oh ya, sunscreen ni dah tukar packaging tau. Dulu botol biru, sekarang warna brown. 

Harga: RM26

Beli di sini: https://invl.io/clkkp9w

 

Artikel berkaitan:

+ 13 Sunscreen Untuk Kulit Berminyak

+ 11 Sunscreen Terbaik di Watsons

+ 10 Sunscreen Untuk Kulit Kombinas 

Biore UV Perfect Milk Moisture SPF50

Paling popular di Malaysia kerana sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah oily skin. Saya sendiri dah guna berbotol-botol, and it covers up my oily t-zone. 

Ringan, tidak melekit, dan tak ada bau pelik yang annoying. Nilai SPF 50+ PA++++, perfect untuk cuaca Malaysia panas ni. Ia memiliki vitamin E, anti bacterial, dan kalis air dan peluh. 

Hati-hati dengan produk fake. Saya sarankan anda beli dari Watsons Shopee Mall. Terbukti original. Rujuk link di bawah.

Harga: RM13

Beli di sini: https://invl.io/clkkpb6

3W Clinic Intensive UV Sunblock Cream

Sunscreen ini tidak dijual di Watson lagi. Tetapi boleh didapati di drugstore Wellness. Popular kerana keberkesanannya dalam melindungi kulit. Selain tak buat muka melekit dan senang nak blend. 

Ia juga tahan lama dan kalis peluh disamping melembutkan kulit wajah sebab ada aloe vera dan red ginseng di dalamnya. 

Produk ini cukup dikenali dikalangan remaja dan pelajar IPT kerana harganya yang berpatutan. Hati-hati dengan produk fake, beli dengan seller dipercayai okay? Saya sertakan link preferred di bawah.

Harga: RM7.90

Beli di sini: https://invl.io/clkkpck

Wardah UV Shield Sunscreen Gel

Harga Wardah yang murah tidak semestinya tak berkualiti tau. Jenama dari Indonesia ini semakin diterima ramai. Harga berpatutan tetapi kandungan hampir sama dengan produk mahal. Sunscreen mereka antara best seller di drugstore. 

Kelebihan sunscreen ini adalah melindungi kulit dari UVA/UVB dan bluelight dengan optimum. Diinovasi dengan 0% alkohol, dan disertakan dengan vitamin E dan C yang dapat merawat dan slightly mencerahkan kulit. 

Nilai SPF nya cuma 30, agak rendah berbanding yang lain. Disarankan pakai dengan kerap. Tetapi ia masih berbaloi. 

Harga: RM12

Beli di sini: https://invl.io/clkkpd1

Bio-Essence Bio Water B5 Sunscreen (hydrating)

Kalau anda ada duit lebih, saya sarankan invest beli sunscreen dari Bio-Essence ni sebab ia memang BEST! Especially kalau berkulit sensitif dan tak boleh tolerate dengan few ingredients, this is the one for you. 

Disamping protect kulit dari sinaran UV dan bluelight, sunscreen ini turut memberi kelembapan dan menyegarkan kulit dengan bantuan kandungan hyaluronic acid.Boleh dikatakan sebagai sunscreen terbaik untuk jeragat yang boleh didapati di drugstore.

Manakala B5 pula adalah natural hydrator and protector. Ringan, tidak bercapuk, dan senang nak blend. 

Tak hairanlah kalau ramai suggest sunscreen ini. Memang cukup berbaloi!

Harga: RM29

Beli di sini: https://invl.io/climxmk

Sunplay Skin Aqua Tone Up  Spray

Selain sunscreen jenis cecair, spray juga tidak kurang hebatnya. Sesuai untuk mereka yang nak reapply sunscreen selepas beberapa jam atau anda memang melakukan aktiviti outdoor sepanjang hari. 

Mudah untuk digunakan, cuma spray and ready to go tanpa rosakkan makeup. 

Sunscreen ini semi-matte, so muka langsung tak nampak shiny selepas semburan. Ada vitaminc C dan hyaluronic acid untuk kekalkan hidrasi kulit. 

Harga: RM42

Beli di sini: https://invl.io/clkkq1n

Biore UV Bright Face Milk

Yang ni pun famous juga tau. Bezanya dengan Perfect Milk Moisture adalah yang ada primer setting function for a radiant blush look. 

Cair dan tidak bercapuk. Malah, it works well dengan makeup. Sunscreen ini juga kalis air dan peluh. Jadi tak perlu risau ia akan hilang dari wajah sekiranya anda berada di bawah sinaran matahari. 

Kandungan best adalah hyaluronic acid dan glycerine memberikan dua kali ganda hidrasi dan ratakan tona kulit. 

Harga: RM31

Beli di sini: https://invl.io/clkkq2m

WATSONS Aqua UV Sun Protection Gel

pic: Twitter Kanda_aziz

Sunscreen keluaran Watsons sendiri, tidak kurang hebatnya. I heard a lot of good things about it. Jenis gel which is sesuai sangat untuk kulit berminyak dan kombinasi. Memiliki nilai SPF yang ideal, dan ada kandungan premium seperti niacinamide, hyaluronic acid, collagen  dan glycerin. 

Ketiga-tiga bahan ini bagus untuk jaga kelembapan, kawal sebum, dan collagen pula memastikan kulit kekal anjal. 

Produk Watsons ni not bad tau. Anda boleh cuba, lagipun, harganya memang munasabah. 

Harga: RM23

Beli di sini: https://invl.io/clkkq2n

Yadah Oh My Sunscreen

Yadah sering disebut-sebut sekitar tahun 2019-2020. Sesuai dengan kulit orang Asia iaitu SPF35. Nilai yang rendah berbanding yang lain but it is enough protection. Ada bergamoil oil sebagai healing properties dan aloe vera untuk melegakan kulit.

Agak pekat, ambil masa untuk blend. Tapi langsung tak bercapuk selepas disapu. So far semua okay je dengan sunscreen ini. It was famous back then, wajar kalau anda nak cuba. Harga pun okay. 

Harga: RM33

Beli di sini: https://invl.io/clkkq3r

Dazzle Me Attack On Sun Sunscreen

Tidak melekit, ringan, dan tidak bercapuk. Ia memiliki 'loving-skin formula' di mana selain melindungi kulit dari UVA/UVB ia turut melembap dan buat kulit mulus. 

Nilai SPF nya juga tinggi iaitu 50 PA++++. Cukup berbaloi dengan harganya yang berpatutan. 

Sesuai untuk semua golongan terutama remaja kerana harganya yang amat berpatutan. 

Harga: RM14

Beli di sini: https://invl.io/clkkq5n

YOU Sunbrella Triple UV Elixir Sunscreen

Jenama Y.O.U ni pun dah masuk Watsons tau. It claims to give you 8 jam protection dari sinaran UV tanpa kesan melekit, berminyak atau berkilat. Memang ngam dengan oily skin like us. Hehe! 

Lagi pun ia senang nak blend pada wajah tanpa tinggalkan white cast. 

Disamping itu pelindung matahari ini ada 4D centella memberikan hidrasi dan melegakan kulit. 

Harga: RM27

Beli di sini: https://invl.io/clkkq6v

Semoga artikel sunscreen untuk kulit berminyak di Watson ini membantu. Kalau anda ada cadangan lain, boleh kongsikan dalam ruangan komen di bawah.

Catat Ulasan

0Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top