14 Serum Untuk Kulit Kering di Watson 2024

0

Serum Untuk Kulit Kering di Watson | Bagi kulit kering, anda perlu memakai produk dengan kandungan tertentu agar dapat mengembalikan kelembapan. Hyaluronic acid, ceramide, aloe vera, dan vitamin C adalah antara key ingredients untuk menangani kekeringan dan mengekalkan kelembapan. 

Kulit kering atau normal tetapi cenderung kepada kekeringan harus dirawat kerana ia amat sensitif. Ini kerana kelembapan dan sebum semula jadi mudah hilang. Ia boleh mengakibatkan kegatalan, kusam, kulit menggelupas, dan wajah tampak lebih tua dari usia

Tambahkan pemakaian serum dalan skincare routine anda kerana serum berfungsi untuk merawat masalah ini. Sekaligus menjadikan kulit lebih segar dan sihat.

Jadi senarai di bawah adalah produk yang available di drugstore seperti Watsons, Guardian, dan Wellness sahaja. 

Aiken Oil Free Serum Hydra Plus

Jenama yang sudah tidak asing dalam arena produk penjagaan kulit. Serum terbaik di Watson! Bagi yang memerlukan hidrasi, pilih range berwarna biru. Oil Free Serum Hydra Plus ini diuji secara klinikal dan ada sejumlah kandungan baik untuk baiki skin barrier.

Antaranya panthenol dan niacinamide untuk kekalkan kelembapan, dan vitamin B3 dan B5 untuk pastikan kulit sentiasa segar dan sihat. Ia juga melegakan kemerahan dan melembutkan kulit akibat kekurangan air. 

Sesuai untuk kulit sensitif sebab serum ini tak ada alkohol, paraben, fragrance, dan SLS. Harga pun amat berpatutan. 

Harga: RM32

Beli di sinihttps://invl.io/clkxloj

Artikel berkaitan:

+ Skincare untuk Kulit kering di Watsons

+ 15 Pencuci Muka Untuk Kulit Kering

+ 14 Skincare untuk Kulit Kusam Terbaik

+ 11 Sunscreen Terbaik di Watsons

Simple Booster Serum 3% Hyaluronic Acid + B5

Selain toner, pencuci muka dan micellar cleansing wipes, Simple turut hadir dengan serum best tau. Serum ini menjadikan kulit kering dan kusam kembali lembap dan berseri. 

Ini kerana kandungan hyaluronic acid yang bantu lock air dari hilang dan pada masa sama prevent kedutan kat muka. Ini membuatkan kulit lebih anjal dan tampak muda. 

Jenama Simple ini memang dipercayai tau, produk dari UK dan menjadi salah satu best seller di drugstore Malaysia. 

Harga: RM45

Beli di sinihttps://invl.io/clkxlp1

Clinelle PureSwiss Hydracalm Serum

Serum ini agak mahal tetapi merupakan antara serum terbaik untuk kulit kering di pasaran. Lebih-lebih lagi buat pemilik kulit ekstra kering. Ia memberikan kelembapan sehingga 72 jam. 

Anda boleh tengok result selepas 3 hari, kulit dah tak menggelupas dan tegang lagi. Sebab serum ini ada hyaluronic acid semula jadi yang boleh melembapkan kulit 3 kali ganda daripada biasa. 

Tidak mengandungi alkohol, paraben, mineral oil, dan ini amat ideal untuk kulit sensitif. Harga keras sikit, tapi ramai yang recommend di Twitter. 

Harga: RM49

Beli di sinihttps://invl.io/clkxlp7

Water360 by Watsons Mineral Spring Water Boosting Essence

Ya, ini essence bukan serum. Anda harus tahu yang essence memang diformulasi untuk memberikan hidrasi kepada kulit. Apa yang best tentang essence ini adalah ia  mengandungi 8 jenis hyaluronic acid yang menjadi solusi kepada masalah kulit kering. 

Kalau anda memerlukan deep hydration dan sering terdedah kepada aircond, essence ini amat membantu. Boleh pakai setiap pagi dan sebelum tidur. 

Harga: RM39

Beli di sinihttps://invl.io/clkxlq5

Axis Y Artichoke Intensive Skin Barrier Ampoule

Nama produk ini sudah pun mendedahkan fungsinya, iaitu menguatkan skin barrier. Ini bermaksud mengekang kelembapan dan sebum semula jadi dari hilang. Mengandungi ekstrak artichoke yang merawat kekeringan, iritasi, dan kekusaman. 

Ia juga berfungsi sebagai antioxidant yang menghalang bakteria sekali gus mengatasi masalah jerawat. Teksturnya agak cari berbanding serum lain dan mudah meresap serta tak melekit. 

Anda boleh dapatkan produk Axis Y di cawangan Watsons terpilih. Atau beli secara online dari trusted seller. 

Harga: RM68

Beli di sini: https://invl.io/clkxlql

Wardah Hydra Rose Micro Gel Serum

Bukan calang-calang Wardah ni, semua jenis skincare mereka ada tau! Yang paling best adalah harganya amat berpatutan walaupun mengandungi bahan sama seperti produk premium. Set 'Rose Oil' ni memang for dry skin.

Bagi serum Hydra Rose ini, ia ada rose oil dan 72 hours hydrating active untuk memastikan kulit kekal lembap. Rose oil ini memang terkenal dengan sifat pelembap semula jadi, bahkan boleh kembalikan seri wajah yang kusam.

Harga: RM29

Beli di sini: https://invl.io/clkxlqq

Cosmoderm Glow C Super Boosting Serum

Pernah viral di Twitter di mana pemilik kulit kering menyesal baru jumpa serum ini. Kalau anda ada masalah wajah kering dan kusam, serum ini boleh melembut dan melembapkan kult. 

Kulit yang kusam juga kembali berseri dek kerana kandungan vitamin C yang rawat dark spots dan ratakan tona wajah. Sangat berbaloi, sebab Cosmoderm ini memang menjadi! Kalau anda cari serum untuk kulit kering dan mencerahkan, boleh beli yang ni.

Harga: RM39

Beli di sini: https://invl.io/clkxlqw

Whitelab C-Dose Brightening Serum

Sama seperti Wardah, Whitelab juga jenama skincare hebat dari Indonesia. Hydrating Serum dirumus khas untuk menangani masalah kulit kering dengan membaiki skin barrier. 

Ia ada 3 kandungan penting iaitu hyaluronic acid, panthenol, dan prebotic. Ketiga-tiga bahan ini memberikan hidrasi, melembut, dan merawat fungsi skin barrier agar agar kulit tampak lebih anjal, berseri, dan glowy. 

Usah risau kalau kulit anda sensitif, sebab serum ini tak ada bahan aktif yang boleh trigger 'unsur jahat' tu. 

Harga: RM27

Beli di sinihttps://invl.io/clkxlrq

Beauty Of Joseon Calming Serum Green Tea + Panthenol

Beauty Of Joseon pun dah masuk Watsons ya. Diperkaya dengan 76% green tea, 2% panthenol, dan vitamin C. Kandungan ini kuatkan skin barrier supaya tidak mudah kering dan lock kelembapan semula jadi. 

Ia juga boleh pulihkan parut jerawat, kemerahan, dan dark spots. Bahkan mempunyai ejen anti penuaan, dan buat kulit lebih segar dan mulus. 

Tekstur cair, cepat meresap, dan tidak melekit selepas sapuan. Disamping combat dryness, ia juga serum terbaik untuk jeragat.

Harga: RM44

Beli di sinihttps://invl.io/clkxls1

Skintific 5X Ceramide Barrier Repair Serum

Skintific ni pernah viral di Tiktok dan ada ramai pengguna tempatan dan luar negara. Nama serum ini pun dah menunjukkan fungsinya dalam memperbaiki skin barrier dengan kandungan melembut dan menenangkan kulit tegang anda. 

Ada beberapa jenis ceramides yang memberikan hidrasi dan BFL probiotics agar kulit kekal lembap dan cegah dari bakteria penyebab jerawat. 

Serum ini repai balik skin barrier dan bertindak kurangkan keradangan dan iritasi. Hasilnya kulit lebih sihat dan glowy.

Harga: RM36

Beli di sini: https://invl.io/clkxls9

Safi Hydra Glow Hydrating Water Bank Serum

Selain melembap, ia mengandungi dua kali ganda nutrien iaitu vitamin B3 & B5 yang meresap jauh ke dalam pori bagi dan menyerlahkan kulit yang sihat. 

Tiada lagi wajah yang kusam, kering, dan tegang. Ini kerana dibantu oleh 3 kandungan penting iaitu fermented rice extract, hyaluronic acid, dan vitamin B5. 

Kulit bukan sahaja sihat, bahkan melambatkan penuaan dan terhindar dari jeragat. 

Harga: RM62

Beli di sini: https://invl.io/clj0yit

Glad 2 Glow Pomegranate 10% Niacinamide Bright Serum

Glad 2 Glow adalah salah satu produk skincare yang semakin diminati. Mereka keluarkan beberapa jenis serum dah Pamogranate 10% Niacinamide adalah yang sesuai untuk kulit kering. 

10% niacinamide ni tinggi tau, jadi ia memang diformulasi untuk tingkatkan kelembapan dan naikkan seri wajah. Selain tu ia turut samakan tona kulit dan rawat skin barrier. 

Hasilnya kulit lebih mulus, glowing, dan tiada lagi parut jerawat. Harganya juga amat berpatutan. Saya pun nak cuba nanti. 

Harga: RM22

Beli di sini: https://invl.io/clkxlxx

Semoga artikel serum untuk kulit kering di Watsons ini dapat membantu lembapkan kulit. Barulah kulit lebih sihat dan berseri. Anda pula lebih berkeyakinan khalayak ramai. Good luck!

Catat Ulasan

0Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top