12 Tempat Sarapan Pagi Halal di Hatyai

0

Tempat Sarapan Pagi Halal di Hatyai | Hatyai sememangnya menjadi lokasi pilihan rakyat Malaysia untuk bercuti. Daerah selatan Thai ini memiliki pelbagai tarikan pelancongan. Anda boleh baca senarai dalam artikel - 32 Tempat menarik di Hatyai dan Songkhla.

Antara sebab mengapa Hatyai menjadi pilihan adalah kerana ia mempunyai banyak tempat shopping murah, aktiviti outdoor, hotel yang berpatutan, terletak tidak jauh dari Malaysia dan mudah di akses.

Selain itu wilayah Hatyai mempunyai ramai penduduk Muslim membuatkan banyak restoran halal dan sedap untuk anda cuba.

Dalam artikel ini saya kongsikan beberapa tempat sarapan pagi halal di Hatyai yang boleh anda tuju. Anda boleh je sarapan di hotel, tetapi percutian akan lebih menarik sekiranya anda cuba restoran tempatan. 

Artikel berkaitan:

+ 17 Tempat Makan Best di Hatyai

+ Tempat Shopping Murah di Hatyai

+ 13 Hotel Murah di Hatyai 2023 | Bawah RM200

+ 32 Tempat Menarik di Hatyai dan Songkhla 

Dimsum Chabura Hat Yai

Restoran wajib singgah sekiranya bercuti di Hatyai. Menariknya bukan sahaja dimsum, bahkan banyak lagi menu lain yang disediakan. Mula beroperasi seawal 6 pagi restoran ini menyediakan roti canai, nasi kerabu, dan aneka dessert Thai yang enak.

Premis ini tutup pada jam 2 petang tau. Jadi kalau anda tak nak terlepas, maka datanglah seawal mungkin untuk menikmati ratusan dimsum mereka yang enak.

Selain dimsum, menu lain yang popular adalah masakan panas, dumpling, dan miang kham. Anda wajar cuba daging harimau menangis yang dimakan bersama sos istimewa. 

Waktu operasi: 6 am - 2 pm 

Alamat: Khlong Hae, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand

Hamid Restaurant Hatyai

Best halal breakfast di Hatyai! Hamid Restaurant memang dah sinonim dengan pelancong Malaysia. Masakan panas di sini cukup digemari ramai. Kalau datang pada waktu pagi, cubalah aneka roti canai yang disediakan bersama dengan teh tarik.

Cuba juga nasi lemak, bubur nasi dan breakfast ala Western seperti sandwich dan lain-lain. Suasana restoran juga mantap. Bersih, dan sesuai untuk seisi keluarga. Dari segi harga, ia amat berpatutan dan sama dengan harga di restoran Malaysia. 

Waktu operasi: 8 am - 10 pm 

Alamat: Prachathipat Rd, Hat Yai, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand

Kelantan Restaurant

Menu dan rasa makanan di sini seperti typical Kelantanese restaurant. Dari nasi kerabu, nasi lemak, nasi campur dan kuih muih. Bahkan budu juga disediakan untuk anda nikmati bersama ulam-ulaman. 

Bagi hidangan sarapan pagi, sudah tentulah nasi kerabu dan nasi lemak menjadi pilihan pelanggan di sini. Nasi kerabu Golok memang enak lebih-lebih lagi ada aroma daun limau purut. 

Menu lain yang best adalah mi celup, masakan panas, dan kuih tempatan. Restoran biasa sahaja, tak fancy tetapi makanannya sedap! Terletak di Jauh dari Lee Garden Plaza dan Odeon Shopping Mall.

Waktu operasi: 7 am - 10pm

Alamat: 249 Sangchan Rd, Tambon Hat Yai, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand

Salma Halal Restaurant

Tempat sarapan pagi halal di Hatyai seterusnya adalah Salma Halal Restaurant. Kalau anda ke Haytai dnegan agensi pelancongan, sudah semestinya mereka akan suggest untuk menjamu selera di sini. 

Beroperasi seawal jam 7 pagi, anda boleh menikmati nasi lemak udang goreng istimewa. Menu ini sudah menjadi trademark mereka tau. Selain itu cuba juga roti canai, dan sangkaya. 

Harga makanan di sini pon amat berpatutan. 

Waktu operasi: 7 am - 10 pm

Alamat: Prachathipat Rd, Hat Yai, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand

Kai-Tod Decha

Kai-Tod Decha ni kalau diterjemahkan membawa maksud 'Ayam Goreng Power'. Ayam goreng Thai memang sedap. Bukan jenis celup tepung, tetapi digoreng dengan rempah istimewa. 

Menu utama di Kai-Tod Decha adalah nasi khomok. Nasi khomok memang best,almost macam nasi beriyani iaitu nasi berempah dan dimakan bersama ayam goreng dan sos pencicah. Kalau anda nak nasi putih pun boleh. Sebab restoran initurut menghidangkan masakan panas lain. 

Restoran ini tidak buka awal pagi, tapi kalau anda nak brunch datanglah sekitar 11 am.Suasana restoran ini pun best, macam kedai mamak. Kai-Tod Decha ni antara kedai makan halal di Hatyai yang popular tau. Kalau anda pergi, mesti ramai pelancong Malaysia.

Waktu operasi: 10 am - 9.30 pm

Alamat: 93 Chee Uthit Rd, Tambon Hat Yai, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand

Restoran Khaled @ Hatyai

Merupakan sebuah gerai kecil yang terletak tidak jauh dari Golden Crown Hotel. Mula Beroperasi seawal 6 pagi dengan menghidangkan aneka roti canai, murtabak, nasi dagang,  dan nasi kerabu. 

Gerai ni memang full house di waktu pagi. Masing-masing order roti canai dan nasi dagang. Kalau anda tengok review di Goolge pun rata-rata memuji keenakan hidangan di sini. Cuma kedainya kecil sahaja, agak susah kalau anda datang bersama keluarga besar. 

Jadi saya cadangkan tapau je, dan makan di dalam bilik hotel.

Waktu operasi: 6 am - 9 pm

Alamat: 2F5F+86M, ถนน ศุภสารรังสรรค์, Tambon Hat Yai, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand

Chekkar

 

Sesuai untuk brunch, lunch dan makan malam. Mendapat rating baik dari Google review kerana keenakkannya dan harga yang berpatutan.

Menu popular di sini adalah kerabu mangga, sup, daging bakar, dan ikan tenggiri goreng. Restoran ini agak kecil dan susah untuk mendapatkan meja terutama pada waktu tengah hari. 

Kalau anda menetap di Blue Orchid Hatyai, cuma 2 minit perjalanan dan 8 minit sekiranya berjalan kaki. 

Waktu operasi: 10 am - 9 pm

Alamat: 888 Kanjanavanich Rd, Tambon Hat Yai, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand

Dapor Muslim

Terletak betul-betul di hadapan stesen keretapi, kalau tengah lapar boleh singgah makan nasi khomok, roti canai dan nasi campur di sini. Gerai ini sudah sinonim dengan pekerja muslim di kawasan berdekatan. 

Malah, pemilik dan pekerja gerai ini boleh bertutur dalam Bahasa Melayu. Gerai ini kecil sahaja, walaupun makanannya sedap dan murah, tetapi mungkin tidak sesuai dengan keluarga besar anda. 

Waktu operasi: 6 am - 6 pm

Alamat: 4, 5 Thumnoonvithi Rd, Tambon Hat Yai, Amphoe Hat Yai, Songkhla 90110, Thailand

Butterfly Hatyai

Tempat sarapan pagi halal di Hatya seterusnya adalah Butterfly Hatyai, sebuah kafe hipster yang Instagramable! Seperti biasa dekorasi dalamannya memang cantik, bertemakan beige dan full of natural light. 

Menu best di sini adalah roti canai, pancake, masakan panas, dan western. Nikmati juga kopi premium yang dibrew oleh barista. Restoran ini mendapat review baik. Maksudnya ia bukan sekadar cantik tetapi menghidangkan makanan yang sedap dan  berbaloi.

Waktu operasi: 7 am - 11 pm

Alamat: 95 6 Rajyindee Rd, Tambon Hat Yai, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand

The Halal Premium Restaurant

Nasi Arab, beriyani, dan aneka lauk campr untuk anda pilih. Pada waktu pagi anda boleh makan roti canai dan roti nan sebagai sarapan. Harganya pula amat berpatutan kalau nak dikira dengan portion dan ia merupakan restoran Yannaty Hotel.

Pada waktu tengah hari anda boleh order nasi dan tomyam, dan mi kari. Lokasinya tidak jauh dari Grand Tower Hotel. 

Sesuai dan selesa untuk mereka yang bercuti dengan keluarga besar.

Waktu operasi: 7 am - 9.30 pm

Alamat: Yannaty Hotel, Tambon Hat Yai, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand

Semoga artikel tempat sarapan pagi di Hatyai ini dapat melancarkan percutian anda di Selatan Thai. Dalam artikel akan datang, saya akan kongsikan cara ke Hatyai pula. Selamat bercuti! 

 

 

Catat Ulasan

0Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top