13 Hotel Murah di Hatyai 2023 | Bawah RM200

0

13 Hotel Murah di Hatyai | Tengah cari senarai hotel mampu inap di Hatyai? You came to the right place. Hatyai, Thailand memang menjadi antara destinasi kegemaran rakyat Malaysia. Banyak lokasi pelancongan, boleh shopping, dan makanan yang sedap. 

Tapi nak menginap di mana? kalau anda cari hotel murah dan selesa, you are in luck.  

Saya kumpulkan sejumlah penginapan bajet yang dekorasi cantik, selesa, dan lengkap dengan segala kemudahan. Malah, lokasi hotel ini dekat dengan banyak tempat menarik di Hatyai.

Siam Mansion

Siam Mansion ini sesuai untuk mereka yang sukakan minimalism dan simplicity. Bilik-biliknya menggunakan tempa putih dan beige untuk membangkitkan mood tenang. Luas, sesuai sangat kalau anda nak pilih bilik keluarga dengan dua katil queen. 

Bilik airnya juga cantik, tampak mewah dan elegan. Hotel ini ada ruang istirehat dengan tempat duduk jenis beanie berdekatan lobby. 

Jarak dengan tempat menarik:

  • Hatyai Magic Eye 3D Museum - 1.4 km
  • Stainless Steel Pagoda - 4 km
  • Hat Yai Municipal Park - 4.8km

Harga bilik: dari RM72 

Tempah di sini: http://surl.li/jsjnt

Grand Pink Hotel

Dengan harga bilik sekitar RM150, anda sudah boleh menginap dengan selesa. Hotel ini mendapat rating baik dari laman tempahan hotel.

Namanya sahaja pink, but nothing is pink about it. Yang penting dekat dengan tarikan menarik, selesa, dan bersih. Hotel ni juga dekat dengan restoran, halal street food, dan bersebelahan dengan Le Garden Plaza. Perkhidmatan tuktuk juga mudah didapati, cuma di hadapan hotel sahaja. 

Jarak dengan tempat menarik:

  • Khlong Hae (Pasar Terapung) - 6.2 km
  • Dimsum Chabura - 3.1 km
  • Hatyai Municipal Park - 6 km
  • Asean Night Market - 3 km

Harga bilik: dari RM127 

Tempah di sini: https://shorturl.at/hAP27

 

Artikel berkaitan:

+ 12 Tempat Sarapan Pagi Halal di Hatyai

+ 12 Tempat Makan Best di Hatyai

+ Tempat Shopping Murah di Hatyai

+ Tempat Menarik di Hatyai Waktu Malam

TK Mansion Hatyai

Mendapat rationg 8.0 di laman Booking.com dengan pujian mengatakan servis dan tahap keselesaan yang cemerlang. Secara kasarnya, hotel ini biasa sahaja dari segi hiasan dalaman. 

Cuma hotel ini menyediakan bunk bed untuk golongan mudah yang bercuti dengan rakan-rakan. Atau anda mempunyai ahli keluarga yang ramai, bolehlah pilih bilih ini. Ia boleh memuatkan 6 dan 12 orang. 

Selain itu TK Mansion juga menyediakan cafe untuk anda minum kopi, or get your work done. 

Jarak dengan tempat menarik:

  • Khlong Hae - 6.3 km
  • Central Festival - 3.2 km
  • Stainless Steel Pagoda - 3.6
  • Hatyai Magic Eye 3D Museum - 1.4 km

Harga bilik: dari RM118 

Tempah di sini: https://shorturl.at/rxDI4

V.L Hotel Hatyai

Lokasinya tidak jauh dari Lee Garden Night Market dan beberapa tempat shopping popular di Hatyai. Kim Jong market, dan beberapa buah restoran halal best. Ini menjadikan hotel ini sesuai buat mereka yang nak penginapan bajet tetapi selesa. 

Dari segi dekorasi, tidak gah seperti hotel lain. Tetapi cukup segala kemudahan seperti peti sejuk, wifi, dan parking percuma. Bah, restoran ini turut mempunyai restoran anda breakfast juga disediakan. 

Jarak dengan tempat menarik:

  • Dimsum Chabura - 2.9 km 
  • Kai-Tod Decha - 900 meter
  • Hamid Restaurant - 1 km

Harga bilik: dari RM80

Tempah di sini: https://shorturl.at/yLTUV

Hi Season Hotel

Bilik-bilik hotel ini bertemakan warna putih yang membangkitkan ketenangan buat tetamu. Mana tidaknya, setelah seharian shopping dan makan di Khlong Hae anda boleh beristirehat di bilik. 

Ruang bilik agak luas dan anda boleh pilih bilik jenis Family Room yang hadir dengan katil dua tingkat. Anak-anak pasti suka. 

Setiap bilik ada peti sejuk, stesen tv satelit, dan hairdryer. Malah, anda restoran yang menyediakan makanan halal untuk anda menjamu selera.

Jarak dengan tempat menarik:

  • Kai-Tod Decha - 1.6 km
  • Wat Hat Yai Nai - 4.7 km 
  • Hatyai Magic Eye 3D Museum - 1.7 km
  • Khlong Hae - 5.7 km

Harga bilik: dari RM62

Tempah di sini: https://shorturl.at/ACHSZ

Diamond Plaza Hotel

Hotel ini juga sering menjadi pilihan pelancong dari Malaysia. Bertaraf 3 bintang tetapi memiliki hiasan dalaman yang agak mewah. Lengkap dengan restaurant dan breakfast disediakan. 

Cuma menyediakan 3 jenis bilik, bagi yang berkeluarga anda boleh pilih Deluxe Double yang boleh memuatkan sehingga 4 orang. 

Anda pasti tidak akan keceke book hotel ini kerana ia amat selesa dan bersih. JIka lihat review dari laman Booking, rata-rata berpuas hati. 

Jarak dengan tempat menarik: 

  • Central Hatyai - 3.3 km
  • Asean Night Bazar - 2.8 km
  • Greenway Night Market - 3.2 km

Harga bilik: RM100

Tempah di sini: https://shorturl.at/foSXZ

Casa 33

Hotel murah di Hatyai yang seterusnya adalah Casa 33. Hotel ini juga ada pengikut tersendiri tau. Mana tidaknya, lihat sahaja konsep dan dekorasi hotel. Memang moden dengan pemilihan perabot dan warna temanya. 

Banyak kelebihan hotel ini, antaranya memiliki restoran, breakfast disediakan. Casa 33 juga adalah antara hotel ada swimming pool di Hatyai yang boleh anda inap. Boleh dikatakan setiap ceruk hotel ini sesuai untuk anda ber- OOTD. 

Ramai juga pelancong Malaysia repeat menginap di sini tau. Ada 5 jenis bilik yang boleh anda pilih termasuklah bilik untuk yang berkeluarga. 

Jarak dengan tempat menarik: 

  • Central Festival - 3 km
  • Lee Garden - 2 km
  • Dimsum chabura - 1.8 km

Harga bilik: dari RM175

Tempah di sini: https://shorturl.at/yHTU0

The Habita Hatyai

Dari jauh lagi dah nampak keindahan hotel The Habita Hatyai ni. Cukup moden sekali. Harga bilik juga amat berpatutan, iaitu bermula dari RM154.

Dari segi hiasan dalaman, anda tidak akan kecewa. Bertemakan kelabu dan coklat serta pemilihan perabot yang menawan. 

Kemudahan seperti restoran berserta dengan breakfast. Lounge lengkap dengan buku, komputer, dan ruang untuk anda berkerja sekiranya datang atas urusan tersebut. 

Selain itu, kalau anda cari hotel berdekatan Lee Garden Hatyai, bolehlah menginap di sini. Boleh jalan kaki je kalau nak ke pasar malam popular tu. 

Jarak dengan tempat menarik:

  • Khlong Hae - 6.1 km
  • Lee Garden Plaza - 900 meter
  • Asean Night Market - 2.8 km
  • Kaitod Meena - 900 meter

Harga bilik: RM154

Tempah di sini: https://shorturl.at/FJMQY

Al Fahad Hotel Hatyai

Sekiranya anda mencari hotel muslim di Hatyai, saya cadangkan anda menginap di Al Fahad Hotel. Dari jauh hotel ini kelihatan seperti sebuah penginapan di Abu Dhabi. Ia turut mendapat rating amat baik di laman Booking.com iaitu 8.2/10.

Hotel ini memiliki sebuah restoran yang menyajikan makanan halal. Penginap juga boleh menikmati breakfast percuma.

Selain itu terdapat kolam renang outdoor untuk dewasa dan kanak-kanak. Kolamnya luas dan anda boleh nikmati pemandangan bandar Hatyai sambil berenang. 

Jarak dengan tempat menarik:

  • Hatyai Magic Eye 3D Museum - 1.9 km
  • Kaitod Decha - 5.3 km
  • Tamrab Muslim Restaurant - 4.7 km

Harga bilik:  dari RM157

Tempah di sini: https://shorturl.at/pyzKZ

TTT Hotel Hatyai

Hotel bajet dan selesa di Hatyai seterusnya adalah TTT Hotel. Kedudukannya amat strategik. Terletak tidak jauh dari tempat menarik seperti 3D Museum, Dim Sum Chabura, dan pasar terapung. 7 Eleven just across the street. Senang untuk anda beli burger Thailand tu.

Dekorasi hotel ini ringkas sahaja. Bersih dan selesa. Tiada restoran, tetapi tidak menjadi masalah kerana banyak restoran halal yang boleh anda temui di sekitar penginapan. 

Jarak dengan tempat menarik:

  • Greenway Night Market - 650 meter
  • Asean Night Bazar - 1.2 km
  • Harga bilik: dari RM74

Tempah di sini: https://shorturl.at/aoALQ

Luxsna Residence

Luxsna Residence ni pun best juga. Ada swimming pool, bilik luas dan kemas serta tidak jauh dari tarikan pelancong. 

Terdapat 8 jenis bilik untuk anda pilih. Bilik-bilik ini pastinya memenuhi keperluan anda sewaktu bercuti di Hatyai. Anda boleh pilih bilik dengan pool view, yang sering sahaja sold out tau. 

Fasiliti yang best di sini sudah tentulah kolam renang, breakfast percuma, peti sejuk dalam setiap bilik, dan gymnasium. 

Jarak dengan tempat menarik: 

  • Khlong Hae - 4.8 km
  • Asean Night Bazar - 3.7 km
  • Kaitod Meena - 2.6 km
  • Lee Garden Plaza - 2.8 km

Harga bilik: dari RM111

Tempah di sini: https://shorturl.at/npwHL

PM Residence

Hotel murah dan best di Hatyai bawah RM200 seterusnya adalah PM Residence. Dengan harga bilik serendah RM104, anda sudah boleh menginap dengan selesa. 

Hotel ini juga menjadi pilihan ramai pelancong yang target ke Hatyai hanya untuk shopping. Rate renda, ada swimming pool dan selesa. Perfect selepas seharian membeli belah. 

Biliknya juga amat luas. Sesuai kalau anda datang bersama keluarga besar atau travel berkumpulan. 

Jarak dengan tempat menarik: 

  • Hatyai Municipal Park - 6 km
  • Hatyai Magic Eye 3D Museum - 950 meter
  • Decha Fried Chicken - 1.6 km

Harga bilik: dari RM104

Tempah di sini: https://shorturl.at/kxGX3

Tonaoi Grand Hotel

Tonaoi Grand Hotel ini tidak kurang juga hebatnya. Dari luar nampak macam hotel 5 bintang, tetapi ia cuma tiga bintang. Menawarkan kolam renang yang luas berserta kolam kanak-kanak. 

Sarapan pagi disediakan dengan hidangan makanan halal Western dan masakan panas yang kena dengan selera orang Malaysia. Bilik-biliknya memang luas dan ada view bandar Hatyai dari balkoni. 

Menerima rating 8.4/10 dari laman tempahan. Tetamu berbuas hati dnegan keselesaan, kebersihan, fasiliti, serta kemudahan swimming yang disediakan. Bahkan restoran Chan Aoi juga cemerlang dalam menyediakan hidangan yang lazat. 

Jarak dengan tempat menarik:

  • Central Hatyai - 6.2
  • Odeon Shopping Mall - 3.9 km
  • Khlong Hae - 4.2 km

Harga bilik: dari RM123

Tempah di sini: bit.ly/45mLiIw

Tak susah nak cari hotel murah di Hatyai. Tapi nak dapatkan yang selesa, bersih dan bawah RM200 agak sukar. Semoga artikel ini membantu anda dalam merancang percutian di Hatyai.

Post a Comment

0Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top