11 Pencuci Muka Lelaki Untuk Kulit Berminyak dan Berjerawat

0

11 Pencuci Muka Lelaki Untuk Kulit Berminyak dan Berjerawat | Kini ramai lelaki dah mula sedar akan kepentingan menjaga kesihatan kulit wajah. Ya, bukan perempuan sahaja inginkan kulit cantik. Malah lelaki juga mendambakan kulit sihat, mulus, dan bebas jerawat. 

Namun, anda harus tahu yang tiada produk skincare yang direka khusus mengikut jantina. Semua produk dipasaran adalah untuk semua yang diformulasi mengikut jenis kulit. Jika ada yang tertera perkataan 'FOR MEN' ia cuma memiliki bauan dan packaging yang lebih maskulin. 

Bagi kaum lelaki yang baru nak belajar jaga kulit wajah, ada 3 STEP SKINCARE ROUTINE yang anda wajib pakai setiap hari iaitu:

  1. Pencuci muka
  2. Moisturizer
  3. Sunscreen

Since you are here looking for cleansers, saya senaraikan juga pencuci muka lelaki untuk kulit berminyak dan berjerawat. Ia direka khas untuk membersihkan liang pori agar, menanggalkan minyak berlebihan mempunyai kandungan untuk merawat jerawat. 

CETAPHIL Oily Skin Cleanser

Siapa yang tidak tahu akan produk ini kan? Cukup popular. Pencuci muka Cetaphil ini ringan, memiliki nilai pH yang seimbang dan langsung tidak memberikan iritasi kepada kulit. Sebab itulah ia selamat dan mempunyai ramai pengguna. 

Ia menanggalkan kotoran, minyak berlebihan, dan cela tanpa mengganggu skin barrier. Harga RM37 untuk 235 ml. Tahan berbulan-bulan! Highly recommended. 

Harga: RM37

Beli di sini: https://invl.io/cljkteb

Hada Labo Deep Clean & Pore Refining Face Wash

Jenama dari Jepun ini sudah tidak asing lagi dalam arena produk penjagaan kulit. Memiliki pelbagai jenis produk mengikut masalah kulit. Untuk kulit berminyak, anda boleh guna Deep Clean & Pore Refining Face Wash. 

Atasi masalah minyak berlebihan adalah langkah utama dalam mencegah jerawat. Cleanser ini keluarkan extra sebum dengan membersih jauh ke dalam pori. Malah, ada hyaluronic acid untuk beri kelembapan agar kulit terhidrat dengan sempurna. 

Harga: RM23

Beli di sini: https://invl.io/cljktdz

 

Artikel berkaitan:

+ 11 Pencuci Muka Terbaik Untuk Kulit Kusam

+ 11 Sunscreen untuk Kulit Berminyak di Watsons

+ 13 Sunscreen Untuk Kulit Berminyak

 

Simple Kind To Skin Refreshing Facial Gel Wash

Produk paling popular di Watson dan Guardian. Simple adalah jenama dari UK yang terkenal dengan kandungannya yang 'light' tidak terlalu berat dan sesuai untuk semua golongan. 

The best for beginners kalau anda baru je nak cuba jaga kulit wajah, boleh masukkan cleanser ini dalam rutin harian. Bebas chemical dan tiada paraben. Sesuai untuk kulit sensitif. 

Selepas mencuci, anda boleh rasa kulit lebih bersih dan lembut. 

Harga: Rm18

Beli di sini: https://invl.io/cljktdn

Nivea Men Acne 8 Hour Oil Clear Anti Acne Mud Foam

Pencuci muka untuk lelaki kulit berminyak dan berjerawat seterusnya adalah Nivea Men. Namanya agak panjang dan cukup jelas menunjukkan fungsinya pada kulit. 

Lelaki sering terdedah kepada cahaya matahari dan kulit cenderung untuk menghasilkan minyak berlebihan. Dengan cleanser ini ia menghalang wajah dari bersinar. Selain itu ia juga menyingkirkan bakteria yang boleh menghasilkan jerawat. 

Ini adalah antara pencuci muka lelaki di Watsons paling popular. Harganya pun amat berpatutan. 

Harga: RM18

Beli di sini: https://invl.io/cljktd5

Dermaction Plus Acne Series Whipped Mousse Facial Foam

Kulit berminyak, bawak motor, sering terdedah kepada cahaya matahari, boleh guna pencuci muka dari Dermaction Plus ni. Ia diformulasi untuk deep clean dan melembutkan kulit. 

Deep clean di sini bermaksud mampu membersih jauh ke dalam liang pori agar tidak tersumbat dengan habuk dan kotoran. Sebab inilah punya utama jerawat tau. 

Disamping itu adanya teknologi AcnoDERM, berupaya merawat jerawat, kemerahan, parut dan bintik hitam. 

Harga: RM37

Beli di sini: https://invl.io/cljktcq

Water360 Mineral Spring Facial Wash

Jenama keluaran Watsons sendiri. Kaya dengan kandungan melembut, memberikan hidrasi secukupnya, serta mengurangkan minyak berlebihan. 

Pencuci muka ini berbuih dan amat sesuai sekali buat oily skin. Kulit tidak lagi melekit dan berkilat. Sebaliknya kelihatan bersih, lembap, dan lembut. 

Thanks to hyaluronic acid yang terkandung di dalamnya. Untuk pengetahuan, hyaluronic acid ini memang terkenal dengan keberkesanannya dalam melembapkan kulit. 

Harga: RM31

Beli di sini: https://invl.io/cljktar

Kahf Oil & Acne Care Face Wash

Saya yakin anda sudah aware dengan produk KAHF ni. Viral di Tiktok kerana keberkesanan dan harganya yang berpatutan. Kalau nak tahu Kahf merupakan produk muslim dari Indonesia. Mula memasuki pasaran Malaysia sejak 2022 dan memfokuskan set penjagaan diri kaum lelaki. 

Bagi pencuci muka, anda boleh cuba Oil & Acne Care Face Wash (botol hijau) yang direka khusus untuk masalah kulit berminyak dan berjerawat. Ia mengandungi Mediterranian Sage extract dan French Cypress yang boleh kawal excess sebum untuk tempoh 12 jam. 

Kandungan best, kawal minyak, botol nampak maskulin. Sebab itulah ia menjadi pilihan lelaki hari ini. 

Harga: RM17

Beli di sini: https://invl.io/cljktah

Skintific 5X Ceramide Low pH Cleanser

Tak banyak cleanser yang menyertakan kandungan ceramide. Untuk pengetahuan, ceramide ini berfungsi untuk memberikan kelembapan dan kuatkan skin barrier dari terdedah kepada masalah kulit. 

Terdapat 5 jenis ceramide di dalamnya termasuklah niacinamide, hyaluronic acid, dan amino acid. Kesemua ini dapat memberikan hidrasi dan mengurangkan jerawat serta cela pada wajah. Malah, anda boleh jadikan sebagai pencuci muka lelaki untuk putih disebabkan kandungan niacinamide.

Nilai pH yang rendah turut membantu agar kulit tidak terlalu kering dan tegang. Sebab kalau terlalu kering, ia cenderung untuk menghasilkan extra sebum hingga buat muka berkilat. 

Harga: RM31

Beli di sini: https://invl.io/cljktaa

Bad Lab Oil and Acne Control Facial Cleanser

Pencuci muka lelaki terbaik untuk kulit berminyak seterusnya adalah dari Bad Lab. Tengok packaging pun dah tahu yang ia memang untuk kaum lelaki. 

Ia membersihkan kulit dari kotoran, habuk, dan minyak selepas seharian terdedah kepada pencemaran. 

Selain kawal minyak berlebihan, ia turut menghalang jerawat dengan prevent whiteheads/blackheads. Hasilnya, kulit kekal bersih dan mulus. Nak shave pun smooth je. 

Harga: RM15

Beli di sini: https://invl.io/cljkt9q

Cosmoderm Niacinamide Salicylic Acid Cleanser

Produk lokal yang cukup berkualiti. Pencuci muka ini mengandungi salicylic acid iaitu bahan popular yang berfungsi untuk keluarkan sel kulit mati. Menjadikan kuit segar dan berseri. Ia juga sesuai untuk kulit kombinasi.

Disamping itu ia membersih jauh ke dalam pori untuk halang minyak, whitehead/blackhead terkumpul yang boleh mengakibatkan jerawat. 

Cleanser ini merupakan mild exfoliator, jadi anda boleh guna 2 kali sehari untuk pastikan kulit kekal bersih dan lembut. 

Harga: RM13

Beli di sini: https://invl.io/cljcea7

AIKEN Derma Care Deep Cleansing Oil Control Skin Cleanser

Aiken ini memang sudah terkenal dengan produk skincare yang merawat jerawat. Pencuci muka ini ada ceramide dan salicylic acid di mana kedua-dua kandungan ini boleh kuatkan moisture barrier dan halang jerawat dari tumbuh. 

Ideal untuk kulit berminyak dan berjerawat sebab nila pH yang yang seimbang. Maksudnya ia tidak mengeringkan kulit selepas penggunaan. 

Ia juga tak ada mineral oil, paraben, alkohol, dan pewangi. So, ia juga selamat digunakan untuk pemilik kulit sensitif. 

Harga: RM11

Beli di sini: https://invl.io/cljkt69

I am more than happy untuk suggest skincare untuk lelaki. Sebab lelaki juga berhak memiliki kulit wajah yang sihat. Cuma kena ada rutin dan tak boleh malas. Semoga artikel pencuci muka lelaki untuk kulit berminyak dan berjerawat ini bermanfaat. 


Post a Comment

0Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top