12 Produk Skincare Untuk Lelaki Di Watsons

0

10 Produk Skincare Untuk Lelaki Di Watsons | Bukan perempuan je nak cantik, sekarang lelaki pun dah mula aware akan kepentingan penjagaan kulit wajah.

Kulit wajah yang cantik bukan sahaja tampak bersih dan mulus, malah ia turut mencerminkan  keperibadian individu. Wajah bebas jerawat, jeragat, cela, dan tidak kusam. Anda juga lebih berkeyakinan di khalayak ramai.  

Saya tahu lelaki ni bukan pemalas, tapi tak rajin sangat untuk jaga kulit. Namun anda boleh mula dengan 3 rutin penjagaan yang wajib iaitu:

  1. Pencuci muka - Membersihkan muka setelah seharian terdedah kepada kotoran, habuk, dan minyak berlebihan.
  2. Moisturizer - Mengekalkan tahap kelembapan ideal agar tidak terlalu kering atau mempunyai minyak berlebihan.
  3. Sunscreen - Melindungi kulit dari punca utama masalah wajah iaitu sinaran UV. Memakai segala jenis produk tapi tak pakai sunscreen adalah POINTLESS!

Oleh itu saya senaraikan beberapa skincare untuk lelaki yang boleh anda temui di Watsons atau mana-mana drugstore. Saya juga sertakan link Shopee untuk harga yang lebih rendah. Andaboleh jadikan artikel ini sebagai panduan skincare routine untuk lelaki.

PENCUCI MUKA

CETAPHIL Gentle Skin Cleanser

Saya yakin anda pernah dengar akan Cetaphil. Terkenal kerana menjadi rekomendasi pakar dematologi. Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif kerana kandungannya yang ringan dan tiada bahan yang memudaratkan kulit. 

Ia boleh bersihkan pori dengan efektif, tanggalkan minyak berlebihan dan dalam masa sama tak buat kulit rasa tegang. 

Harga: RM22

Beli di sini: https://invl.io/cljmz6e

 

Artikel berkaitan:

+ 11 Pencuci Muka Lelaki Untuk Kulit Berminyak dan Berjerawat

+ 11 Sunscreen Untuk Kulit Berminyak di Watsons

+ Serum Untuk Kulit Berjerawat Terbaik Malaysia

COSRX Salicylic Acid Gentle Cleanser

Kulit berminyak, nampak kusam dan tak bermaya, anda boleh guna pencuci muka dari Cosrx ni. Jenama dari Korea ni pun hebat juga dan masih bertahan dan menjadi pilihan ramai. 

Ia mengandungi BHA dan salicylic acid untuk keluarkan sel kulit mati agar untuk menyerlahkan kulit yang sihat dan segar. Berbuih tetapi langsung tidak mengeringkan kulit. Hasilnya kulit slightly cerah sebab dah buang sel kulit mati. 

Harga: RM26

Beli di sini: https://invl.io/cljmz5o

Garnier Men Oil Control 3 in 1 Charcoal Foam

Sering terdedah kepada cahaya matahari, kuat berpeluh, dan berminyak? Anda boleh guna Garnier men Oil Control. Di formulasi khas buat lelaki yang kuat berpeluh dan kulit cepat berminyak. 

Menggunakan teknologi charcoal atau arang yang boleh kawal minyak berlebihan sehingga 12 jam. Disamping itu ia turut mempunyai micro beads atau manik halus sebagai ejen scrub agar kulit dapat dibersihkan dengan efektif. 

Yang ni memang terkenal sebagai pencuci muka lelaki di Watsons. Highly recommended. 

Harga: RM10

Beli di sini: https://invl.io/cljmz3m

KAHF Oil & Acne Care Face Wash

Untuk kulit berminyak dan berjerawat, saya cadangkan KAHF Oil & Acne Care Face Wash. Produk dari Indonesia yang tengah hangat di Tiktok. 

Baca: 11 Pencuci Muka Lelaki Untuk Kulit Berminyak dan Berjerawat

Jenama ini memang memfokuskan set skincare untuk lelaki. Bagi cleanser, botol berwarna hijau ini amat sesuai dijadikan skincare untuk lelaki berjerawat. Selain itu bleh juga digunakan untuk kulit yang sering berminyak terutama di kawasan t-zone. 

Ia  mengandungi Mediterranian Sage extract dan French Cypress yang boleh kawal excess sebum untuk tempoh 12 jam. Kulit sekaligus terhindar dari excess sebum yang boleh mengakibatkan jerawat. Dah ada jerawat ni memang leceh, elok kalau anda cegah dari awal. 

Harga: RM17

Beli di sini: https://invl.io/cljktah

MOISTURIZER

Y.O.U Radiance Up Deep Moisturizing Cream

Nama sahaja krim, tapi bertekstur gel yang sangat ringan dan cepat meresap. Apa yang best tang moisturizer ini adalah ia mengandungi niacinamide, vitamin C, dan symwhite 377 di mana berfungsi untuk melembap dan slightly mencerahkan kulit. Kalau anda tengah cari produk memutihkan kulit lelaki di Watsons, boleh cuba YOU okay?

Pelembap ini juga ada ceramide yang boleh kuatkan skin barrier agar tidak mudah rosak dan terdedah kepada masalah kulit.

Harganya agak keras sikit, tapi berbaloi sebab ia 246g, tahan lama, dan paling penting berkesan. 

Harga: RM73

Beli di sini: https://invl.io/cljmz32

Skintific MSH Niacinamide Brightening Moisturizer Gel

Skincare untuk lelaki di Watsons seterusnya adalah moisturizer dari Skintific. Kalau muka tak ada masalah jerawat, anda boleh pakai pelembap MSH Niacinamide Brightening Moisturizer Gel (bekas pink).

Jika dilihat dari segi kandungan, moisturizer ini memiliki segala yang diperlukan untuk mendapatkan kulit yang sihat dan flawless. Ia ada niacinamide dan alpha arbutin yang telah terbukti secara klinikal boleh mencerah dan mengurangkan jeragat. Dua bahan ini boleh kurangkan penuaan tau.

Disamping itu ia turut diperkaya dengan centella (ekstrak pegaga) dan ceramide untuk kuatkan skin barrier. 

Harga: RM53

Beli di sini: https://invl.io/cljmz2s

SIMPLE Hydrating Gel Cream

Produk dari UK dan yang paling popular di Watsons. Range berwarna biru amat dirumus khas buat pemilik kulit berminyak. Jenis gel, ringan, mudah meresap ke dalam kulit. 

Ada vitamin E dan Pro-Vitamin B5 untuk mengekalkan kelembapan semula jadi serta kawal minyak berlebihan. Ia beri kesan matte finish tau, jadi kulit tidak lagi berminyak dan berkilat. 

Apa yang membuatkan jenama Simple ini ramai pengikut adalah kerana tak ada harsh chemical yang membahayakan kulit. Jadi ia sesuai untuk kulit sensitif. 

Harga: RM26

Beli di sini: https://invl.io/cljmz2a

Aiken Vita-C Bright Moisturizer

Dengan Vitamin C sebagai kandungan utama, ia sekali gus menjadi ejen pencerah dan merawat kulit kusam. Boleh 'lock air' agar kulit kekal terhidrasi dan menampakkan wajah yang segar dan berseri. 

Jenis gel, ringan, cepat meresap, dan tidak melekit. Selain itu ia turut mengandungi tea tree oil yang terkenal dengan kebolehan merawat jerawat dan hilangkan bintik-bintik hitam. Harganya juga amat berpatutan dan sesuai untuk remaja. 

Harga: RM14

Beli di sini: https://invl.io/cljmz0g

SUNSCREEN

Biore UV Perfect Milk Moisture

Sesuai untuk semua jenis kulit terutama kulit berminyak sebab ia beri kesan matte finish untuk elak muka nampak berminyak. 

nilai SPF50 iaitu jumlah terbaik untuk protect kulit terutama dengan keadaan cuaca di Malaysia. Perfect Milk Moisture ini kalis peluh dek kerana formula hebatnya yang buat ia kekal dan terus melindungi kulit.

Harga: RM12

Beli di sini: https://invol.co/cl8q38a

Sunplay UV Whitening Moisture Gel

Sunscreen ni sering sold out di Watsons. Selain melindungi kulit dari sinaran UV ia turut berfungsi sebagai pelembap agar kulit sentiasa terhidrasi. 

Memiliki tekstur krim cair, tetapi senang nak blend dan cepat meresap. Ia juga bersifat anti aging di mana dengan memakai sunscreen, anda boleh elak wajah dari nampak lebih tua dari usia. Ini kerana sinaran UV yang bahaya tu boleh buat kulit nampak kusam, berjeragat, dan tak bermaya. 

Harga: RM31

Beli di sini: https://invl.io/cljmz01

3W CLINIC Natural Vita Moist Sun Cream

Sunscreen dari 3W Clinic ini tengah 'in' sekarang. Berfungsi dengan baik dalam melindungi kulit dari sinaran UV, melembap, ringan, dan tidak bercapuk.

Nilai SPF nya juga sempurna untuk protect kulit anda sewaktu aktiviti outdoor. 

Selain itu harganya juga amat berpatutan. Patutlah ramai yang menggemarinya. Oh ya, sunscreen ini takde di Watsons, tetapi dijual di drugstore Aeon Wellness. Atau, anda boleh beli di Shopee sahaja.

Harga: RM11

Beli di sini: https://invl.io/cljmyzm

Wardah UV Shield Essential Sunscreen Gel

Jenama dari Indonesia ni memang best kan? Berkualiti, berkesan, dan harga mampu milik. Bagi pelindung matahari, anda boleh pilih UV Shiled Essential Sunscreen Gel. Merupakan antara best seller di drugstore. 

Melindungi kulit dari sinaran UVA & UVB serta blue light dengan baik pada nilai SPF30 sahaja. Formula tanpa alkohol ini ringan, tekstur agak cair membuatkan ia mudah meresap dan tidak melekit. 

Bukan itu sahaja, ia lengkap dengan vitamin E dan pro vitamin B5 supaya kulit nampak segar. Best kan? Murah pulak tu. 

Harga: RM13

Beli di sini: https://invle.co/clba43k

3W Clinic Intensive UV Sunblock Cream

Tak lengkap senarai sunscreen terbaik tanpa produk kedua dari 3W Clinic ini. Terkenal dikalangan remaja kerana harganya yang berpatutan. Murah dan berkesan. Sempurna untuk melindungi kulit dari sinaran UV tanpa mengeringkan.

Memiliki ekstrak aloe vera yang turut bertindak sebagai ejen pelembap dan melegakan iritasi kalau anda ada jerawat. Ia lembut, tak bercapuk (no whitecast). 

Produk ini tak available di Watsons, tapi anda boleh dapatkan di Aeon Wellness.

Harga: RM9

Beli di sini: https://invl.io/cljmyyn

Semoga artikel produk skincare untuk lelaki di Watsons ni dapat membantu anda dalam mendapatkan wajah yang sihat dan mulus.

Post a Comment

0Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top