10 Produk Skincare Untuk Lelaki Di Watsons | Bukan perempuan je nak cantik, sekarang lelaki pun dah mula aware akan kepentingan penjagaan kulit wajah.
Kulit wajah yang cantik bukan sahaja tampak bersih dan mulus, malah ia turut mencerminkan keperibadian individu. Wajah bebas jerawat, jeragat, cela, dan tidak kusam. Anda juga lebih berkeyakinan di khalayak ramai.
Saya tahu lelaki ni bukan pemalas, tapi tak rajin sangat untuk jaga kulit. Namun anda boleh mula dengan 3 rutin penjagaan yang wajib iaitu:
- Pencuci muka - Membersihkan muka setelah seharian terdedah kepada kotoran, habuk, dan minyak berlebihan.
- Moisturizer - Mengekalkan tahap kelembapan ideal agar tidak terlalu kering atau mempunyai minyak berlebihan.
-
Sunscreen - Melindungi kulit dari punca utama masalah wajah iaitu
sinaran UV. Memakai segala jenis produk tapi tak pakai sunscreen adalah
POINTLESS!
Oleh itu saya senaraikan beberapa skincare untuk lelaki yang boleh anda temui
di Watsons atau mana-mana drugstore. Saya juga sertakan link Shopee untuk
harga yang lebih rendah. Andaboleh jadikan artikel ini sebagai panduan skincare routine untuk lelaki.
PENCUCI MUKA
CETAPHIL Gentle Skin Cleanser
Saya yakin anda pernah dengar akan Cetaphil. Terkenal kerana menjadi rekomendasi pakar dematologi. Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif kerana kandungannya yang ringan dan tiada bahan yang memudaratkan kulit.
Ia boleh bersihkan pori dengan efektif, tanggalkan minyak berlebihan dan dalam masa sama tak buat kulit rasa tegang.
Harga: RM22
Beli di sini: https://invl.io/cljmz6e
Artikel berkaitan:
+ 11 Pencuci Muka Lelaki Untuk Kulit Berminyak dan Berjerawat
+ 11 Sunscreen Untuk Kulit Berminyak di Watsons
+ Serum Untuk Kulit Berjerawat Terbaik Malaysia
COSRX Salicylic Acid Gentle Cleanser
Kulit berminyak, nampak kusam dan tak bermaya, anda boleh guna pencuci muka dari Cosrx ni. Jenama dari Korea ni pun hebat juga dan masih bertahan dan menjadi pilihan ramai.
Ia mengandungi BHA dan salicylic acid untuk keluarkan sel kulit mati agar untuk menyerlahkan kulit yang sihat dan segar. Berbuih tetapi langsung tidak mengeringkan kulit. Hasilnya kulit slightly cerah sebab dah buang sel kulit mati.
Harga: RM26
Beli di sini: https://invl.io/cljmz5o
Garnier Men Oil Control 3 in 1 Charcoal Foam
Sering terdedah kepada cahaya matahari, kuat berpeluh, dan berminyak? Anda boleh guna Garnier men Oil Control. Di formulasi khas buat lelaki yang kuat berpeluh dan kulit cepat berminyak.
Menggunakan teknologi charcoal atau arang yang boleh kawal minyak berlebihan sehingga 12 jam. Disamping itu ia turut mempunyai micro beads atau manik halus sebagai ejen scrub agar kulit dapat dibersihkan dengan efektif.
Yang ni memang terkenal sebagai pencuci muka lelaki di Watsons. Highly recommended.
Harga: RM10
Beli di sini: https://invl.io/cljmz3m
KAHF Oil & Acne Care Face Wash
Untuk kulit berminyak dan berjerawat, saya cadangkan KAHF Oil & Acne Care Face Wash. Produk dari Indonesia yang tengah hangat di Tiktok.
Baca: 11 Pencuci Muka Lelaki Untuk Kulit Berminyak dan Berjerawat
Jenama ini memang memfokuskan set skincare untuk lelaki. Bagi cleanser, botol berwarna hijau ini amat sesuai dijadikan skincare untuk lelaki berjerawat. Selain itu bleh juga digunakan untuk kulit yang sering berminyak terutama di kawasan t-zone.
Ia mengandungi Mediterranian Sage extract dan French Cypress yang boleh kawal excess sebum untuk tempoh 12 jam. Kulit sekaligus terhindar dari excess sebum yang boleh mengakibatkan jerawat. Dah ada jerawat ni memang leceh, elok kalau anda cegah dari awal.
Harga: RM17
Beli di sini: https://invl.io/cljktah
MOISTURIZER
Y.O.U Radiance Up Deep Moisturizing Cream
Nama sahaja krim, tapi bertekstur gel yang sangat ringan dan cepat meresap.
Apa yang best tang moisturizer ini adalah ia mengandungi niacinamide, vitamin
C, dan symwhite 377 di mana berfungsi untuk melembap dan slightly mencerahkan
kulit. Kalau anda tengah cari produk memutihkan kulit lelaki di Watsons, boleh cuba YOU okay?
Pelembap ini juga ada ceramide yang boleh kuatkan skin barrier agar tidak mudah rosak dan terdedah kepada masalah kulit.
Harganya agak keras sikit, tapi berbaloi sebab ia 246g, tahan lama, dan paling penting berkesan.
Harga: RM73
Beli di sini: https://invl.io/cljmz32
Skintific MSH Niacinamide Brightening Moisturizer Gel
Skincare untuk lelaki di Watsons seterusnya adalah moisturizer dari Skintific. Kalau muka tak ada masalah jerawat, anda boleh pakai pelembap MSH Niacinamide Brightening Moisturizer Gel (bekas pink).
Jika dilihat dari segi kandungan, moisturizer ini memiliki segala yang
diperlukan untuk mendapatkan kulit yang sihat dan flawless. Ia ada niacinamide
dan alpha arbutin yang telah terbukti secara klinikal boleh mencerah dan
mengurangkan jeragat. Dua bahan ini boleh kurangkan penuaan tau.
Disamping itu ia turut diperkaya dengan centella (ekstrak pegaga) dan ceramide
untuk kuatkan skin barrier.
Harga: RM53
Beli di sini: https://invl.io/cljmz2s
SIMPLE Hydrating Gel Cream
Produk dari UK dan yang paling popular di Watsons. Range berwarna biru amat dirumus khas buat pemilik kulit berminyak. Jenis gel, ringan, mudah meresap ke dalam kulit.
Ada vitamin E dan Pro-Vitamin B5 untuk mengekalkan kelembapan semula jadi serta kawal minyak berlebihan. Ia beri kesan matte finish tau, jadi kulit tidak lagi berminyak dan berkilat.
Apa yang membuatkan jenama Simple ini ramai pengikut adalah kerana tak ada harsh chemical yang membahayakan kulit. Jadi ia sesuai untuk kulit sensitif.
Harga: RM26
Beli di sini: https://invl.io/cljmz2a
Aiken Vita-C Bright Moisturizer
Dengan Vitamin C sebagai kandungan utama, ia sekali gus menjadi ejen pencerah dan merawat kulit kusam. Boleh 'lock air' agar kulit kekal terhidrasi dan menampakkan wajah yang segar dan berseri.
Jenis gel, ringan, cepat meresap, dan tidak melekit. Selain itu ia turut mengandungi tea tree oil yang terkenal dengan kebolehan merawat jerawat dan hilangkan bintik-bintik hitam. Harganya juga amat berpatutan dan sesuai untuk remaja.
Harga: RM14
Beli di sini: https://invl.io/cljmz0g
SUNSCREEN
Biore UV Perfect Milk Moisture
Sesuai untuk semua jenis kulit terutama kulit berminyak sebab ia beri kesan matte finish untuk elak muka nampak berminyak.
nilai SPF50 iaitu jumlah terbaik untuk protect kulit terutama dengan keadaan cuaca di Malaysia. Perfect Milk Moisture ini kalis peluh dek kerana formula hebatnya yang buat ia kekal dan terus melindungi kulit.
Harga: RM12
Beli di sini: https://invol.co/cl8q38a
Sunplay UV Whitening Moisture Gel
Sunscreen ni sering sold out di Watsons. Selain melindungi kulit dari sinaran UV ia turut berfungsi sebagai pelembap agar kulit sentiasa terhidrasi.
Memiliki tekstur krim cair, tetapi senang nak blend dan cepat meresap. Ia juga bersifat anti aging di mana dengan memakai sunscreen, anda boleh elak wajah dari nampak lebih tua dari usia. Ini kerana sinaran UV yang bahaya tu boleh buat kulit nampak kusam, berjeragat, dan tak bermaya.
Harga: RM31
Beli di sini: https://invl.io/cljmz01
3W CLINIC Natural Vita Moist Sun Cream
Sunscreen dari 3W Clinic ini tengah 'in' sekarang. Berfungsi dengan baik dalam melindungi kulit dari sinaran UV, melembap, ringan, dan tidak bercapuk.
Nilai SPF nya juga sempurna untuk protect kulit anda sewaktu aktiviti outdoor.
Selain itu harganya juga amat berpatutan. Patutlah ramai yang menggemarinya.
Oh ya, sunscreen ini takde di Watsons, tetapi dijual di drugstore Aeon
Wellness. Atau, anda boleh beli di Shopee sahaja.
Harga: RM11
Beli di sini: https://invl.io/cljmyzm
Wardah UV Shield Essential Sunscreen Gel
Jenama dari Indonesia ni memang best kan? Berkualiti, berkesan, dan harga mampu milik. Bagi pelindung matahari, anda boleh pilih UV Shiled Essential Sunscreen Gel. Merupakan antara best seller di drugstore.
Melindungi kulit dari sinaran UVA & UVB serta blue light dengan baik pada nilai SPF30 sahaja. Formula tanpa alkohol ini ringan, tekstur agak cair membuatkan ia mudah meresap dan tidak melekit.
Bukan itu sahaja, ia lengkap dengan vitamin E dan pro vitamin B5 supaya kulit nampak segar. Best kan? Murah pulak tu.
Harga: RM13
Beli di sini: https://invle.co/clba43k
3W Clinic Intensive UV Sunblock Cream
Tak lengkap senarai
sunscreen terbaik
tanpa produk kedua dari 3W Clinic ini. Terkenal dikalangan remaja kerana
harganya yang berpatutan. Murah dan berkesan. Sempurna untuk melindungi kulit
dari sinaran UV tanpa mengeringkan.
Memiliki ekstrak aloe vera yang turut bertindak sebagai ejen pelembap dan melegakan iritasi kalau anda ada jerawat. Ia lembut, tak bercapuk (no whitecast).
Produk ini tak available di Watsons, tapi anda boleh dapatkan di Aeon
Wellness.
Harga: RM9
Beli di sini: https://invl.io/cljmyyn
Semoga artikel produk skincare untuk lelaki di Watsons ni dapat membantu anda
dalam mendapatkan wajah yang sihat dan mulus.