10 Pencuci Muka Untuk Jerawat dan Berminyak

0

Mencari pencuci muka untuk kulit berjerawat dan berminyak adalah langkah penting dalam rutin penjagaan wajah. Ini kerana pencuci muka ini dirumus khas untuk merawat dan menangani jerawat dari tumbuh. 

Apa yang anda perlu lakukan adalah memilih pencuci muka yang mengandungi bahan-bahan tertentu untuk membersihkan pori, rawat jerawat aktif, menghilangkan parut, dan dalam masa sama tidak buat jerawat bertambah buruk.  

Punca jerawat: 

  1. Hormon
  2. Stres
  3. Diet tidak seimbang
  4. Cuaca
  5. Produk kosmetik
  6. Pemakanan
  7. Whiteheads/blackheads
  8. Kebersihan

Saya bantu anda senaraikan pencuci muka untuk jerawat dan berminyak, berserta link agar mudah untuk beli secara online dengan harga lebih murah. 

AIKEN Derma Care Deep Cleansing Oil Control Skin Cleanser

Dirumus khas sebagai pencuci muka untuk kulit berminyak dan sensitif. Sebum berlebihan inilah yang menjadi salah satu punca jerawat. Cleanser ini membersihkan liang pori yang tersumbat dengan kotoran setelah seharian terdedah kepada habuk dan sebum. 

Dalam masa sama itu turut memberikan hidrasi melalui bahan ceramide agar kulit kekal memiliki kelembapan semula jadi yang diperlukan. Ini agar wajah sentiasa nampak segar dan bersih sepanjang hari. 

Ia kurang buih which is good kalau kulit anda sensitif.

Harga: RM11

Beli di sini: https://invl.io/cljkt69

COSRX Low pH Good Morning Gel Cleanser

Jenama dari Korea ini memang popular dikalangan pengguna Malaysia sejak kemunculannnya beberapa tahun dahulu. Pencuci muka ini menggunakan 'low pH' sebagai selling point di mana nilai pH yang rendah itu baik untuk kulit. 

Nilai pH yang ideal bantu seimbangkan kelembapan agar tidak terlalu berminyak dan terlalu kering. Just nice untuk kulit supaya kulit tidak kehilangan kelembapan semula jadi. 

Ia juga merupakan pencuci muka untuk kulit berminyak dan blackhead sebab ada AHA dan BHA. Saya sendiri menggunakannya, anda boleh baca - REVIEW Cosrx Low PH Good Morning Gel Cleanser

Harga: RM22

Beli di sini: https://invol.co/cl8whe6

PAPULEX Soap Free Cleansing Gel

Papulex ini mendapat rekomendasi ramai pakar dermatologi dan terbukti secara klinikal membantu merawat jerawat. Ia membersihkan lubang pori agar bebas kotoran. 

Ia mengandungi 3 bahan aktif iaitu Nicotinamide, Anti-Bacterial Adhesive (ABA) dan Zinc PCA bagi mencegah pertumbuhan jerawat. Bahan ini digunakan kerana sudah terbukti keberkesanan melalui kajian klinikal. 

Harganya agak mahal, tapi ramai yang menggunakannya sebab ia memang berkesan dalam menangani jerawat. Belum cuba belum tahu.

Harga: RM55

Beli di sini: https://invl.io/cljs49r

 

Artikel berkaitan: 

+ 11 Pencuci Muka Lelaki Untuk Kulit Berminyak dan Berjerawat  

+ 14 Skincare untuk Kulit Kusam Terbaik

+ 10 Pencuci Muka Untuk Kulit Kombinasi di Watsons

+ 11 Serum Untuk Kulit Berjerawat Terbaik Malaysia

Hada Labo AHA/BHA Acne Control Facial Wash

Pencuci muka untuk jerawat dan berminyak seterusnya adalah dari Hada Labo. Mereka keluarkan banyak pencuci muka, tetapi yang ni memang khas untuk kulit berjerawat. 

Dilengkapi dengan AHA/BHA untuk hilangkan sel kulit mati. Cleanser ini juga ada Triple Anti-Pollution Formula yang befungsi untuk membersihkan kotoran kecil dengan lebih efektif.

Kalau anda memiliki kulit sensitif, pencuci muka ini is for you sebab ia tak ada pewangi, alkohol, dan mineral oil. 

Harga: RM25

Beli di sini: https://invl.io/cljs4a5

Eucerin Pro Acne Solution Cleansing Gel

 

Eucerin ni terkenal dengan pelbagai produk yang menangani masalah jerawat. Pencuci muka ini contohnya memang menjadi best seller di Watsons biarpun harganya sedikit mahal. 

Apa yang best tentang cleanser Pro Acne Solution Cleansing Gel ini adalah ia bebas buih, bersifat anti bacterial, dan non comedogenic (untu elak pori tersumbat). 

Ia mampu merawat jerawat aktif dan memudarkan parut jerawat serta kemerahan. 

Harga: RM48

Beli di sini: https://invl.io/cljs4ai

CERAVE Acne Foaming Cream Cleanser

Saya yakin anda pernah dengar akan kehebatan produk Cerave ini. Ia turut menjadi rekomendasi para dermatologi terutama range yang diformulasi khas buat kulit berjerawat. 

Kandungan yang menarik perhatian dalam cleanser ini adalah 4% benzoyl peroxide untuk membunuh bacteria punca jerawat. Benzoyl peroxide ni banyak digunakan dalam produk high end tau. 

Disamping itu ia juga hadir dengan hyaluronic acid untuk 'lock air' agar tidak hilang dari kulit, ceramide dan niacinamide untuk kuatkan skin barrier dan kurangkan minyak berlebihan. 

Harga: RM35

Beli di sini: https://invl.io/cljs4au

Skinmade Salicylic Acid + Gluconolactone Gentle Renewing Cleanser

Kulit berminyak, ada tiny bumps, dan banyak jerawat aktif? Boleh guna pencuci muka dari Skinmade ini. Ada salicylic acid tanggalkan sel kulit mati dan serlahkan kulit sihat. 

Pencuci muka ini gentle, menghilangkan minyak berlebihan dengan membersih jauh ke dalam pori. PHA yang terkandung di dalamnya banyak membantu singkirkan tiny bumps yang menjadi punca jerawat. 

Bukan main famous lagi Skinmade ni di Tiktok. Ramai yang menggemarinya. 

Harga: RM36

Beli di sini: https://invl.io/cljs4ax

Axis Y Quinoa One-Step Balanced Gel Cleanser

Axis Y pun ada pencuci muka untuk jerawat dan berminyak. Anda boleh pilih Quinoa One-Step Balanced Gel Cleanser. Berteksture gel, ringan, dan mampu tanggalkan makeup berlebihan. Langsung tak berbuih. 

Kandungan utama pencuci muka ini adalah centella asiatica extract (pegaga), quinoa, dan grean tea. Kesemua bahan ini adalah antara key ingredients to fight acne dan pudarkan parut.  

Kalau kulit jenis berminyak, memang akan rasa perbezaan lepas pakai cleanser Axis Y ini. Rasa ringan, bersih dan tak mengeringkan. 

Harga: RM55

Beli di sini: https://invl.io/cljs4bc

Y.O.U Hy! Amino AC-Ttack Anti Acne Facial Wash

Tengok nama produk pun dah tahu fungsinya. You Hy ni ada banyak tau, untuk lawanjerawat anda pilih yang berwarna hijau. 

Cleanser ini ada bahan untuk bersihkan liang pori, kurangkan excess sebum, dan mencegah dan serta merawat jerawat dengan efektif.  

Pencuci muka ini amat berpatutan, tetapi kaya dengan bahan best seperti salicylic acid for clogged pores, centella, dan tea trea oil untuk combat acne. Anda juga boleh jadikan ia sebagai pencuci muka untuk kulit berminyak dan kusam. 

Harga: RM25

Beli di sini: https://invl.io/cljs4do

Oxy Acne Face Wash

Oxy ni memang terkenak sebagai jenama skincare untuk mencegah dan merawat jerawat. Ubat jerawat Anti Pimple Mark dan Acne Patch adalah antara produk best seller mereka. 

Bagi  pencuci muka pula, Oxy Acne Face Wash juga tidak mengecewakan. Hadir dengan tricsolan untuk membersih jauh ke liang pori agar tidak tersumbat dan bersihkan cela.  

Bersifat anti bakteria, tidak mengeringkan kulit, bahkan ada vitamin C dan E untuk slightly mencerah. 

Harga: RM12

Beli di sini: https://invl.io/cljs4fq

Semoga artikel pencuci muka untuk jerawat dan berminyak ini dapat membantu anda dalam mendapatkan wajah bersih dan mulus.

Post a Comment

0Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top