15 Pencuci Muka Untuk Kulit Berminyak di Watson

0

Leceh betul kalau berminyak, berpeluh sikit mesti muka akan berkilat dan melekit! Salah satu cara untuk menangani masalah ini adalah dengan menggunakan pencuci muka yang bersesuaian. 

Pencuci muka untuk kulit berminyak dirumus khas untuk buang minyak berlebihan, kotoran, dan sisa makeup. Kebiasaanya ia mengandungi salicylic acid atau niacinamide untuk membersihkan pori dan extra sebum. Ini adalah untuk elak wajah melekit dan mencegah jerawat.  

Punca kulit berminyak:

  1. Hormon
  2. Stress
  3. Cuaca
  4. Faktor pemakanan
  5. Tidak menggunakan moisturizer (pelembap)
  6. Penggunaan skincare yang tidak bersesuaian


Berikut merupakan sejumlah pencuci muka untuk kulit berminyak di Watson yang boleh anda cuba. Jenama yang dijual di Watson dan drugstore lebih selamat digunakan. saya juga sertakan link agar anda boleh beli dengan harga yang lebih murah. 

COSRX Low pH Good Morning Gel Cleanser

Banyak kandungan best dalam cleanser ini yang membuatkan ia benar-benar berkesan dalm menangani minyak berlebihan. Membersih jauh ke dalam pori dengan bantuan AHA BHA agar pori bebas minya, kotoran, dan sisa makeup.

Nilai pH nya yang rendah iaitu sekitar 5.0 - 6.0 sahaja, which is almost perfect untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif. Maksudnya ia tidak akan mengeringkan selepas cucian. 

Ia juga ada tea tree oil untuk melegakan kulit dan merawat jerawat aktif. 

Harga: RM22

Beli di sini: https://invl.io/cljxjzr

Cetaphil Oily Skin Cleanser

Siapa tidak kenal dengan jenama Cetaphil ni kan? Pencuci muka terbaik di Watson dan paling popular di dunia.

Untuk kulit berminyak, anda boleh pilih yang Oily Skin Cleanser. Ia sangat ringan dan mampu membersihkan segala kotoran dan minyak yang tersumbat pada pori. 

Juga sesuai untuk kulit kombinasi dan berjerawat. It claims mampu mengurangkan tahap penghasilan sebum dalam masa 2 minggu sahaja.

Pada saya harganya berpatutan kerana hadir dengan botol besar membuatkan ia tahan selama 3 bulan. 

Harga: RM35

Beli di sini: https://invl.io/cljxk0l

 

Artikel berkaitan: 

8 Toner untuk Kulit Berminyak dan Berjerawat di Watson

+ 12 Produk Skincare untuk Lelaki di Watson

Himalaya Purifying Neem Face Wash

Pencuci muka untuk kulit berminyak di Watson seterusnya adalah Himalaya Neem Face Wash. Diformulasi dengan herba untuk membersihkan wajah dari minyak berlebihan dan kotoran.

Ektrak neem dan kunyit berfungsi sebagai ejen anti bakteria untuk melindungi kulit dari tumbuh jerawat. Hasilnya kulit lebih bersih dan segar.

Himalaya ni banyak guna bahan semula jadi tau, jadi amat ideal kalau kulit anda sensitif dengan bahan chemical.

Harga: RM10.90

Beli di sini: https://invl.io/cljxk1a

Hada Labo Blemish & Oil Control Hydrating Foaming Wash

Hada Labo keluarkan sejumlah pencuci muka mengikut masalah kulit. Untuk oily skin, anda boleh guna Blemish & Oil Control Hydrating Foaming Wash. Ia memberikan kelembapan semula jadi dan singkirkan minyak berlebihan. 

Mengandungi ekstrak hatomogi dan bunga chamomile to calm your skin dan seimbangkan pH supaya kulit tak hasilkan extra sebum.

Yang best tentang cleanser ini adalah ia bebas pewangi dan mineral oil. selain itu ia membersih dengan efektif dengan buih halus. 

Harga: RM35

Beli di sini: https://invl.io/cljxk22

Senka Perfect Whip Fresh

Untuk pengetahuan, Senka adalah jenama di bawah Shiseido. Senka keluarkan beberapa pencuci muka mengikut jenis kulit. Untuk kulit berminyak dan kombinasi, anda boleh cuba tiub berwarna biru. 

Mengandungi Uji Green Tea dan double hyaluronic acid yang tinggi antioksiden untuk membersihkan kotoran pada permukaan dan liang pori. Ia juga kawal extra sebum dalam masa sama kekalkan minyak dan kelembapan semula jadi supaya kulit sentiasa terhidrasi.

Ia mampu milik dan tahan sehingga 2 bulan. 

Harga: RM11.83

Beli di sini: https://invl.io/cljxk2n

AIKEN Derma Care Deep Cleansing Oil Control Skin Cleanser

Derma Care adalah range yang baharu sahaja diluncurkan. Terbukti secara klinikal mampu bersihkan kotoran supaya tidak membentuk jerawat. 

Disamping kurangkan minyak di kawasan t-zone, ia turut mempunyai 5X ceramide membekalkan kelembapan supaya kulit nampak segar dan tidak kusam. 

Cleanser ini tidak berbuih dan nilai pH yang seimbang agar tidak mengeringkan kulit. 

Harga: RM11

Beli di sini: https://invl.io/cljxk32

Kahf Oil & Acne Care Face Wash

For men, yang mencari pencuci muka untuk kulit berminyak lelaki... Anda boleh cuba produk Kahf, jenama dari Indonesia yang memfokuskan set penjagaan diri lelaki. 

Oil & Acne Care Face Wash (botol hijau) yang direka khusus untuk masalah kulit berminyak dan berjerawat. Khas buat lelaki yang ada masalah oily skin + jerawat. Ada Mediterranian Sage extract dan French Cypress yang boleh kawal excess sebum untuk tempoh 12 jam. 

Kalau anda banyak aktiviti lasak, sering terdedah kepada cahaya matahari, dan kuat berpeluh, this cleanser is made for you. 

Harga: RM17

Beli di sini: https://invl.io/cljxk3i

Cosmoderm Niacinamide Salicylic Acid Cleanser

Kalau anda mencari pencuci muka untuk kulit berminyak dan blackhead, boleh cuba cleanser dari Cosmoderm yang popular ini. Kandungan utama iaitu salicylic acid itu sudah menunjukkan ia mampu menghilangkan whitehead/blackhead supaya tidak terbentuk menjadi jerawat. 

Ia turut membersih jauh ke dalam liang pori menjadikan kulit lebih bersih dan bebas minyak berlebihan. 

Niacinamide juga memberikan kelembapan and slightly mencerahkan wajah. Highly recommended! 

Harga: RM14

Beli di sini: https://invl.io/cljxk46

Sebamed Facial Cleanser For Oily to Combination Skin

Jenama Sebamed ini pun tak kurang hebatnya kerana banyak keluarkan produk medicated untuk merawat pelbagai jenis masalah kulit dan lain-lain. 

If you have extremely oily skin dan berminyak teruk di kawasan t-zone, boleh cuba pencuci muka ini. Harganya agak tinggi sedikit berbanding yang lain tetapi memang berbaloi untuk selesaikan masalah wajah berkilat tu. 

Ia lembut sebba nilai pH 5.5 sahaja which is just nice for our skin. Amat efektif dalam menghilangkan excess sebum tanpa mengeringkan kulit.

Di samping itu ia bebas buih dan alkohol. Malah ada Hamamelis Virginia dan Pro-Vitamin B5 untuk memastikan wajah kekal terhidrasi. 

Harga: 42

Beli di sini: https://invl.io/cljxk4b

SKINTIFIC 5X Ceramide Low pH Cleanser 

Memang wajarlah kalau Skintific ini popular. Mana tidaknya, ia memiliki banyak kandungan yang baik untuk kulit. Ceramide contohnya berfungsi untuk lock kelembapan semula jadi dari hilang. Ini sekali gus mengurangkan masalah kulit berminyak anda. 

Ia juga menekankan 'low pH' supaya nilai pH kulit kekal ideal dan tidak cepat keringan. Ia juga ada acid amino yang produce fine foam untuk membersihkan kotoran dengan efektif.

Oh ya, pencuci muka untuk kulit berminyak dan pori besar ini juga ada hyaluronic acid dan niacinamide to get brighter skin. 

Harga: RM29

Beli di sini: https://invl.io/cljktaa

Clinelle Deep Cleansing Gel

Sesuai untuk kulit normal dan berminyak, diperkaya dengan centella (pegaga) yang bukan sahaja memberikan kelembapan, tetapi melindungi kulit dari kemerahan dan iritasi.

Selain itu, ekstrak ginseng menjadikan kulit lebih berseri dan tea tree oil bukan sekadar merawat jerawar aktif bahkan mengurangkan bakteria yang boleh mendorong kepada pertumbuhan jerawat. 

Ia langsung tidak mengeringkan kulit selepas mencuci. 

Harga: RM29

Beli di sini: https://invl.io/cljxk4i

DERMACTION PLUS BY WATSONS Pro Acne Purifying Facial Gel

Dermaction Plus adalah produk dari Watsons sendiri dan telah diuji secara klinikal. Untuk kulit berminyak dan berjerawati, anda boleh pilih Puriying Facial Gel. Ia lebih mild dan kurang buih. 

Ia membersihkan pori, kurangkan minyak, dan menyingkirkan bakteria. 

Pencuci muka ini turut bantu seimbangkan kelembapan kulit, mengecilkan pori, kurangkan kemerahan dan mencerahkan parut jerawat. 

Harga: RM27

Beli di sini: https://invol.co/cljxk4u

Wardah Lightening Whip Facial Foam

Berkesan, berkualiti dan berpatutan. Sebab itulah Wardah semakin popular di Malaysia. Pencuci muka ini ada niacinamide yang kawal minyak dan beri kelembapan kepada kulit.

Selain itu yang menghasilkan buih halus bak whip cream sebagai ejen pencuci yang efektif dalam menanggalkan segala kotoran pada wajah. 

Amat ideal buat oily to combination skin, especially beginner yang baru cuba nak amalkan skincare routine

Harga: RM12

Beli di sini: https://invl.io/cljxk55

PURE BEAUTY Brighten Up Cleansing Foam

Di samping menyingkirkan minyak, cleanser dari Pure Beauty ini juga dikategorikan sebagai pencuci muka terbaik untuk jeragat di Watson. Banyak ulasan positif mengenainya di Tiktok dan Twitter. 

Dirumuskan menggunakan Alpha-Bisabolol untuk mengurangkan iritasi, bintik hitam, dan meratakan tona kulit. 

Selain melembapkan kulit ia hadir dengan Urban Shield Complex yang berfungsi memberi extra protection terhadap sinaran UV. Namun, anda masih perlu pakai sunscreen tau! 

Harga: RM22

Beli di sini: https://invol.co/cljxk5u

COSRX Salicylic Acid Daily Gentle Cleanser


Produk kedua dari Cosrx, saya juga pernah cuba cleanser ini selepas baca rekomendasi dari Tiktok @ohmyshopee. Ternyata ia berkesan dalam mengawal minyak dan kulit lebih bersih dan lembut selepas cucian. 

Bukan sekadar singkirnya sebum, ia juga menanggalkan sel kulit mati dengan kandungan salicylic acid. Oleh itu ia dikategorikan sebagai pencuci muka untuk kulit berminyak dan kusam. 

Boleh pakai setiap hari sebab cleanser ini mild sahaja. 

Harga: RM20

Beli di sini: https://invl.io/cljce7n

Pencuci Muka untuk Kulit Kering

  • CeraVe Hydrating Cleanser
  • SIMPLE Moisturising Facial Wash 
  • Sebamed Facial Cleanser Normal to Dry Skin
  • Rosken Dry Skin Wash

Semoga artikel pencuci muka untuk kulit berminyak ini bermanfaat. Dalam artikel akan datang, saya akan kongsikan senarai pencuci muka untuk jeragat pula.

Catat Ulasan

0Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top