Cara Buat Affiliate Tiktok Tanpa 1000 Followers

0

Saya rasa anda pasti dah tahu yang kita boleh buat duit di Tiktok tanpa modal iaitu dengan cara affiliate. Disebabkan Tiktok merupakan platform media sosial paling popular sekarang, yang bukan sahaja boleh berhibur, malah ia berpotensi untuk berniaga dan jana pendapatan.  

Apa itu affiliate?

Dalam bahasa mudah, affiliate adalah mempromosi / mengiklankan produk orang lain menggunakan link khas. Anda akan mendapat komisen melalui setiap jualan yang terhasil dari link tersebut.  


Sebenarnya di Malaysia ni dah banyak program affiliate yang wujud. Saya sendiri dah bertahun-tahun buat duit dengan affiliate. Antara program affiliate yang menjadi pilihan influencers tempatan adalah Klikjer, Involve Asia, AccessTrade, dan Shopee Affiliate. Anda boleh cuba kerana pendaftaran adalah percuma. 

Tiktok affiliate program Malaysia juga  iaitu mempromosikan produk orang lain, kemudian terima komisen sekiranya berjaya membuat jualan. Hasilnya memang lumayan! 

Kelebihan buat duit dengan affiliate Tiktok

  • Nilai komisen yang tinggi. Jumlah 10% hingga 50% bergantung kepada jenis dan harga barang tersebut.
  • Tak perlu modal, simpan stok, atau pos barang kepada pelanggan.
  • Boleh request sample dari seller untuk buat produk review.

Namun, ada yang tanya "followers saya cuma 140 orang, boleh ke buat affiliate?". Jawapannya BOLEH!

Cara buat Affiliate Tiktok Tanpa 1000 Followers

Ramai yang beranggapan cara daftar Tiktok affiliate Malaysia perlu ada sekurang-kurangnya 1000 followers. Anda salah! Ini cara daftar Tiktok affiliate tanpa followers ramai. Anda cuma perlu:

  1. Ada akaun Tiktok
  2. Berumur 18 tahun dan ke atas
  3. Daftar sebagai penjual melalui website Tiktok Seller, dan bukan melalui app Tiktok.

LANGKAH 1 

Layari https://seller-my.tiktok.com/. Pilih 'Sign up with Tiktok Shop'.

LANGKAH 2

Di bahagian 'Seller information'. Pilih sama ada nak 'Individual' atau 'Corporate'. Kalau nak buat affiliate sebagai side income, pilih Individual. Kalau anda ada bisnes sendiri dan merancang nak berniaga di Tiktok kelak, pilih Corporate.

LANGKAH 3

Di bahagian Verify Personal Information, kalau pilih:

  • Individual - Muat naik gambar kad pengenalan dan nombor akaun bank. 
  • Corporate - Muat naik gambar lesen SSM dan nombor akaun bank.

* Kemudian tunggu sehingga permohonan anda diluluskan. Kebiasannya cuma ambil masa beberapa minit sahaja. Semak email, sekiranya berjaya anda akan dapat email seperti di bawah. 

LANGKAH 4

Muat turun Tiktok Seller melalui Apps Store atau Play Store. Atau, anda boleh guna laptop dan layari https://seller-my.tiktok.com/ semula.   

Pilih 'Log in with Tiktok'. 

Baca: 9 Laptop Terbaik Untuk Student/Kerja 2023 

LANGKAH 5

Lepas dah log in, pilih 'Authorize' untuk mengesahkan yang anda nak link kan account Tiktok dengan Tiktok Seller.

TAHNIAH, ANDA KINI SEDIA UNTUK BUAT DUIT DENGAN AFFILIATE TIKTOK! 

Dah settle semua langkah di atas, sekarang anda dah boleh buat affiliate dan profile anda dah ada logo beg Tiktok Shop.   

LANGKAH 6

Mula pilih produk

Cara add product affiliate tiktok ni senang je. Tekan logo Tiktok Shop pada profile anda. Tekan 'Manage Product', dan 'Add Products'. Anda akan dipaparkan produk yang kini dijual di Tiktok Shop. Pilih produk pilihan dan tekan 'Add'

Yang warna merah tu adalah jumlah Tiktok affiliate commission

LANGKAH 7

Masukkan beg kuning dalam video

Pada langkah terakhir sebelum anda muat naik video Tiktok, pilih 'Add Link' dan pilih produk yang nak promote. Anda boleh pilih beberapa produk dalam satu video. Kemudian anda boleh post video tersebut.

Beg kuning akan terpapar pada video dan anda akan mendapat komisen sekiranya mendapat jualan.

SIAP! 

Tips dapatkan sales affiliate Tiktok

  1. Pilih produk yang anda suka & minat supaya anda boleh terangkan dengan jelas kepada penonton.
  2. Promote produk yang tengah viral, diminati ramai, dan evergreen. 
  3. Pilih produk dari niche yang sama. Elak tukar-tukar niche.
  4. Post sekurang-kurangnya satu video setiap hari supaya dapat FYP untuk kekalkan algorithm. 

Kalau nak tahu tips dapatkan sales RM2k sehari, anda boleh rujuk - Panduan Bisnes Tiktok

Panduan ini akan bantu anda dengan lebih jelas bagaimana nak capai komisen 2k sehari macam influencers popular. 

Kandungan Panduan Bisnes Tiktok:

  1. Waktu terbaik untuk post video.
  2. Senarai produk panas dan yang senang dijual.
  3. Cara naikkan jualan dengan diskaun, voucher, dan campaign.
  4. Tips supaya video anda sentiasa FYP.
  5. Penerangan berbentuk video.

Ambil peluang untuk belajar terlebih dahulu, sebab berniaga tanpa ilmu ini susah sikit bak kata KhairulAming. Baca dulu - Panduan Bisnes Tiktok.  

Semoa artikel cara buat affiliate Tiktok tanpa 1000 Followers ini membantu anda jana pendapatan sampingan. Good luck!

Post a Comment

0Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top