Sunscreen Biore, yang Mana Patut Anda Pilih?

0

Jenama Biore sudah tidak asing lagi dalam mengeluarkan pelindung matahari atau sunscreen terbaik. Setiap satu daripada sunscreen Biore dirumus khas mengikut jenis kulit. Formula yang digunakan cukup untuk melindungi kulit dari sinaran UV, demi mengelak masalah kulit yang tidak diingini. 

Nak pilih sunscreen yang mana satu? Yang mana sesuai dengan kulit anda? 

sunscreen biore

Dalam artikel ini saya senaraikan jenis-jenis sunscreen Biore di pasaran dan bantu anda pilih yang mana sesuai dengan kulit.  

💡 Table of Contents

  1. Biore UV Aqua Rich Watery Essence
  2. Biore UV Perfect Milk Daily Sunscreen
  3. Biore UV Perfect Milk Moisture
  4. Biore UV Fresh & Bright Oil Control Matte
  5. Biore UV Bright Milk 

Biore UV Aqua Rich Watery Essence

Biore UV Aqua Rich Watery Essence

Kalau anda tengah cari sunscreen untuk kulit berminyak, Aqua Rich Watery Essence is a game changer! Ia diformulasi dengan tekstur cair agar kulit tidak melekit selepas sapuan.

  • Diperkaya dengan hyaluronic acid untuk kelembapan kulit.
  • Nilai SPF 50+ dan PA++++ , sempurna untuk lindungi kulit dari sinaran UVA/UVB.Tidak berminyak atau melekit membuatkan ia sesuai untuk oily skin.
  • Tidak buat pori tersumbat.

Biore Uv Perfect Milk Daily Sunscreen

Biore Uv Perfect Milk Daily Sunscreen

Kulit kering atau sensitif? Biore UV Perfect Milk adalah pilihan terbaik untuk anda. Juga ideal kalau anda banyak terdedah dengan aktiviti outdoor. Sunscreen ini direka agar beri kesan matte supaya tidak melekit ketika berpeluh.

  • Mengandungi Aqua Shield Smooth Veil sebagai 'sweat proof'. Tidak tanggal ketika berpeluh.
  • Ringan, mudah blend pada kulit.
  • Tidak bercapuk atau white cast.
  • Sesuai dijadikan sebagai makeup base.

Biore UV Perfect Milk Moisture

Biore UV Perfect Milk Moisture

Antara sunscreen terbaik di Watsons, laris dan highly functional. Saya sendiri guna sunscreen ni. Nilai SPF sempurna untuk cuaca Malaysia, tak melekit dan sesuai untuk semua jenis kulit. 

  • Beri kesan matte supaya tidak melekit atau bersinar selepas sapuan.
  • Mengandungi Vitamin E & Rice Germ Extract sebagai ejen pelembap.
  • Tekstur seperti susu cair, cepat meresap.
  • Tidak bercapuk
  • Ada slight scent, tetapi tidak terlalu ketara. 

Biore UV Fresh & Bright Oil Control Matte

Biore UV Fresh & Bright Oil Control Matte

Dirumus khas buat pemilik kulit berminyak suaya anda boleh mendapat perlindungan sepenuhnya tanpa risau wajah melekit. Ia dapat kawal sebum berlebihan tanpa buat kulit kering, Bahkan, ia juga sesuai kalau anda cari sunscreen untuk kulit berjerawat kerana mengandungi niacinamide dan vitamin E.

  • Tekstur ringan.
  • Mengandungi niacinamide dan vitamin E untuk kurangkan kemerahan dan bintik hitam.
  • Tiada white cast.
  • Hadir dengan matte finish.
  • Nilai SPF sempurna.

Biore UV Bright Milk

Biore UV Bright Milk

Pelindung matahari terakhir dalam senarai ini adalah Biore UV Bright Milk. Dipasarkan sebagai 'dullness corrector' di mana ia turut berfungsi sebagai primer. 

Sesuai untuk mereka yang inginkan light makeup tanpa foundation. Sunscreen ini memberikan kesan sempurna dengan kemasan pemerah pipi. 

  • Tekstur pekat tetapi ringan, mudah nak blend.
  • Ada hyaluronic acid, glycerin untuk beri kelembapan 
  • Tutup cela, dark spots dengan baik
  • Nilai SPF ideal untuk perlindungan sempurna

FAQs

Adakah sunscreen Biore bagus untuk jerawat?

Ya, kesemua sunscreen dari Biore baik untuk jerawat. Terutama UV Fresh & Bright Oil Control Matte dan UV Aqua Rich Watery Essence kerana mengandungi niacinamide.

Adakah Biore Aqua Watery Essence physical atau chemical sunscreen?

Ia adalah chemical sunscreen di mana mengandungi chemical UV filter yang menyerap sinar UV dan menukarnya kepada haba. Oleh itu, jika anda kuat berpeluh, chemical sunscreen adalah pilihan ideal.

Catat Ulasan

0Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top