9 Tempat Menarik di Golok WAJIB PERGI 2024

0

Kalau dalam artikel sebelum ini saya dah kongsikan lebih 30 tempat menarik Hatyai, kali ini saya senaraikan pula tempat menarik di Golok , Thailand untuk rujukan percutian anda. 

Rakyat Malaysia ni suka betul bercuti di Selatan Thai kan? Mana tidaknya, lokasinya dekat, mudah di akses, banyak tempat shopping dan restoran halal, serta mesra Muslim. 

Di Golok, tak banyak tempat tempat tarikan pelancong seperti Hatyai. Tetapi masih ramai rakyat kita yang gemar ke sini sebab nak rasa pengalaman baharu, enjoy makanan sedap, dan shopping.

tempat menarik di golok

Cara ke Golok dengan kereta melalui Rantau Panjang

1. Bawa passport atau Border Pass. Border pass hanya digunakan oleh warganegara Malaysia yang berasal Kelantan, Perlis, Kedah, dan Hulu Perak sahaja. Penduduk negeri lain wajib guna passport.

2. Cop passport di Imigresen Rantau Panjang (tak perlu turun dari kereta, drive thru sahaja).

3. Tiba di Sungai Golok Boundry Post, anda perlu cop passport / border pass. Manakala pemandu ke Kaunter Borang Maklumat Kenderaan & Penumpang di bahagian luar. 

4. Selesai cop passport, terus ke kaunter insurans & kastam. Untuk insuran kereta, documen yang perlu anda bawa adalah: Geran kereta original, passport, kad pengenalan. (Sila buat salinan fotostat juga ya?)

6. Tunggu sehingga nama dipanggil, kemudian tanda tangan. Siap! Korang dan boleh masuk ke Thailand! 

💡 Table of Contents

  1. Mee Celup 3 Jate
  2. Nasi Khaomok Jeeraphan 2
  3. Pasar Malam Sungai Golok
  4. Pickpockets Cafe
  5. Ban Thon Beach
  6. Summer Thon Cafe
  7. Big C Sungai Kolok 
  8. Lubokdiyae Blue Lake
  9. 7 Eleven

Mee Celup 3 Jate

Mee Celup 3 Jate

Tempat menarik di Golok yang pertama adalah Mee Celup 3 Jate. Untuk cari kedai ni, anda kena masuk lorong di hadapan Inter Tower Hotel. 

Apa yang best di sini adalah mee celup Thai original. Sup pekat, penuh dengan lauk seperti ayam, daging, perut, dan paru. 

Dari luar, restoran ini nampak biasa sahaja. Tetapi dekorasinya agak menarik dan selesa kalau anda datang dengan keluarga. Sedap, murah, bersih, dan berbaloi! 

Waktu operasi: 11 am - 5.50 pm (Tutup pada Jumaat)

Nasi Khaomok Jeeraphan 2

Nasi Khaomok Jeeraphan 2

Tempat makan menarik di Golok yang wajib anda cuba. Restoran Nasi Khaomok Jeeraphan 2 lah lokasinya. Kalau nak tahu, restoran pernah viral gara-gara Khairul Aming tau. 

Nasinya lembut dan rasa rempahnya amat sedap. Sebab tu tak ada kuah tau. Di makan pula bersama ayam goreng berempah dan sos istimewa. Cuba juga teh ais dan green tea di sini ya? Padu, memang wajarlah restoran ini viral.Selain nasi komok, mereka juga menyediakan: 

  • Pulut mangga
  • Nasi campur
  • Mee celup
  • Kerabu mangga 

Waktu operasi: 6 am - 7 pm

Lokasi: Google Maps

Pasar Malam Sungai Golok

Pasar Malam Sungai Golok

Kalau anda datang pada hari Jumaat, bolehlah nikmati pengalaman ke pasar malam yang tidak jauh dari Sungai Golok ni. Tidak jauh beza dengan pasar malam di Malaysia, tetapi makanan dan vibe dia yang berbeza. 

Banyak makanan dan snek Thai yang wajib anda rasa sebab memang jarang dijumpai di Malaysia. Contohnya pisang kapit, pulut goreng, ayam susu, crepe ori Bangkok, dan yang paling popular sotong bakar. Ramai orang Malaysia beli sebab agak murah di Golok. 

Waktu operasi: 6 pm - 10 pm (Jumaat sahaja)

Pickpockets Cafe

Pickpockets Cafe

Entah kenapa orang Malaysia suka betul minum kopi di sini, padahal kat negara kita ni bersepah cafe premium. Mungkin sebab harganya yang slightly murah, and nak buat raso-raso. 

Dari segi kopi, segala macam jenis kopi boleh anda order di sini. Ia dibrew segar dengan aroma yang membangkitkan selera. Untuk yang tak minum kopi, usah risau sebab Pickpokets Cafe turut hadir dengan fruits smoothie, macha, dan air coklat. Desert pun ada.

Antara sebab lain adalah cafe ini turut menyediakan masakan panas yang sedap. Contohnya tomyamnya yang enak, portion besar dan mewah dengan lauk.

Waktu operasi: 9.30 am - 7 pm

Ban Thon Beach

Ban Thon Beach

Tempat menarik di Golok seterusnya adalah Ban Thon Beach, agak jauh dari Sungai Golok iaitu sekitar 1 jam 20 minit pemanduan. Namun amat berbaloi untuk anda kunjungi. 

Pantainya bersih, luas dan terdapat banyak gazebo untuk anda berteduh atau berkelah. Vibe pantai ni memang best. Lokasi pantai ini juga dekat dengan airport Narathiwat, jadi kalau bertuah dapatlah tengok kapal terbang mendarat.

Pengunjung juga boleh tengok aktiviti nelayan tempatan seperti proses pengeringan ikan masin dan view nelayan di laut. Disamping itu anda boleh bergambar di kawasan bot yang berlabuh ditepi pantai.  

Lokasi: Google Maps

Summer Thon Cafe

Summer Thon Cafe

Merupakan sebuah cafe yang terletak di tepi pantai Ban Thon Beach. Cafe bertemakan putih minimalis dan konsep terbuka. Dihidangkan pula dengan pelbagai masakan panas, western, dan pelbagai dessert enak serta ditemani view pantai indah. 

Baca: Tempat Sarapan Best di Kuala Lumpur

Menerima rating baik di laman Google. Rata-rata puas hati dengan servis serta makanan yang disediakan. Harga pun masih berpatutan dan lebih murah berbanding makan di cafe hipster di Kuala Lumpur.

Waktu operasi: 10.30 am - 8.30 pm

Big C Sungai Golok

Big C Sungai Golok

Nak shooping di Golok? Saya cadangkan anda ke Big C yang terletak 6.6 km sahaja dari Sungai Golok. Big C ni hypermarket yang tidak ubah seperti Lotus dan Aeon tu je. Tapi barang lebih murah dan banyak produk menarik yang tak ada di Malaysia. 

Wajar kalau anda beli buah-buahan, snek halal, dan pelancong Malaysia ambil peluang beli Nescafe dan Milo di sini. Disamping itu, banyak juga gerai kudapan dan dessert sedap di sini. 

Waktu operasi: 10 am - 10 pm

Lubokdiyae Blue Lake

Lubokdiyae Blue Lake

Juga dikenali sebagai Padi Lake dikalangan pelancong. Terletak di Narathiwat iaitu 44 minit pemanduan dan Sungai Golok. Popular dek kerana air tasiknya yang biru. 

Ia bukan lokasi pelancongan pun. Don't get too excited sebab tak ada gazebo atau laluan pejalan kaki. Cuma parking tepi tasik dan boleh bergambar sahaja. Kalau ada drone bolehlah ambik dari video dari pandangan atas. 

Lokasi: Google Maps

7 Eleven

7 Eleven Golok

Lokasi terakhir dalam senarai ini sudah tentulah 7 Eleven! Wajib masuk 7 Eleven untuk beli pelbagai snek halal untuk di bawa pulang. Kita semua tahu burger 7E memang sedap dan di Malaysia harganya sekitar RM9 - RM10. Sedangkan di Golok cuma 40bhat sahaja.  

Lokasi 7 Eleven sekitar Sungai Golok

Selain burger anda boleh beli kek, susu, roti, dan beberapa barangan runcit lain yang murah. 7 Eleven Thailand ni bukan biasa-biasa ya? Boleh rambang mata tak jumpa pintu keluar bila kalau dah masuk.  

FAQs

Hotel di Golok, Thailand?

Terdapat banyak hotel bajet yang boleh anda inap di sekitar Sungai Golok. Namun, lebih berbaloi untuk anda menginap di Kelantan sahaja. Lebih jimat kalau anda turut bercadang untuk jalan-jalan sekitar Kota Bharu. 

  • HUMAIRA HOTEL (RM213 | Tempah DI SINI) memang selesa dan strategik untuk anda sekeluarga. 

humaira hotel

Kalau anda idea dan cadangan lokasi lain boleh kongsikan dengan pembaca di ruangan komen di bawah. Oh ya, saya juga pernah terbitkan artikel senarai tempat makan best di Hatyai, manalah tahu sekiranya anda nak ke Hatyai hujung minggu ini. 😁

Semoga artikel ini bermanfaat.

Catat Ulasan

0Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top