Xiaomi Tv Box S 2nd Gen (Android Box Paling Lancar Setakat Ini!)

0

Siapa tengah cari Android box lancar untuk tonton Netflix, Disney+ Hotstar, Prime dan Youtube? Korang boleh pertimbang untuk beli Xiaomi Tv Box 2nd Gen sebab ia adalah antara yang terbaik di pasaran! 

Seperti yang saya terangkan dalam artikel senarai android box terbaik di Malaysia, memang banyak peranti seumpamanya di pasaran hari ini. Namun, untuk pengalaman menonton yang lancar, saya cadangkan anda beli Xiaomi Tv Box 2nd Gen.  

Xiaomi Tv Box S 2nd Gen

💡 Table of Contents

  1. Apa itu Xiaomi Tv Box 2nd Gen?
  2. Spefikasi
  3. Kelebihan Xiaomi Tv Box S 2nd Gen
  4. Kekurangan
  5. Harga
  6. Kesimpulan

Apa itu Xiaomi Tv Box 2nd Gen?

Peranti yang membolehkan anda melayari web, muat turun aplikasi, dan menonton kandungan dalam talian yang disediakan oleh Netflix, Disney, Prime, atau Youtube. 

Xiaomi TV Box 2nd Gen merupakan versi terkini selepas Mi Box S. 2nd Gen ini lebih lancar kerana hadir dengan beberapa penambahbaikkan. 

Spesifikasi

Prestasi yang cemerlang : Dikuasakan dengan quad-core Cortex-A53 CPU dan Mali-450 GPU, menjanjikan kegunaan yang lancar dan lebih responsif. Tidak lag ketika navigasi dan tempoh load aplikasi yang pantas. Anda boleh play video di bawah untuk lihat kelancarannya.

Resolusi 4k Ultra HD : Nikmati pengalaman menonton kandungan kegemaran dalam resolusi 4k yang lebih terang, jelas, dan warna yang luar biasa hebat! 

Google Assistant : Terbina dengan Google Assistant di mana anda boleh buat carian dengan guna arahan suara sahaja. Tak perlu ambil masa lama untuk tekan butang. 

Banyak pilihan aplikasi : Bukan sekadar, aplikasi penstriman seperti Netflix. Bahkan ribuan lagi aplikasi lain boleh dimuat turun dalam Google Play Store seperti telefon pintar anda.  

xiaomi tv box 2nd gen ports

Kepelbagaian sambungan : Tampil dengan HDMI 2.0a, USB 2.0, dan audio output. Membolehkan anda sambung pendrive dan speaker untuk nikmati hiburan maksimum.

Kelebihan Xiaomi Tv Box S 2nd Gen

Ini sebab kenapa anda patut beli android box ini:

  1. Performance padu, lancar tanpa lag. Ini disebabkan cip pemprosesan terkini dan menggunakan sistem operasi Google Tv berbanding versi Mi Box S cuma Android 9.
  2. Paparan 4K HDR yang menakjubkan! Anda bakal tenggelam dalam filem kegemaran dek kerana visual yang hebat.

  3. Pilihan aplikasi yang banyak, termasuklah permainan video.
  4. Post USB dan bluetooh, untuk sambungan aksesori tambahan seperti keyboard atau touchpad. 
  5. Mudah digunakan. Cuma plug and play sahaja. Bahkan ia mudah alih, senang untuk anda bawa travel atau balik kampung. 
  6. Tak perlu upgrade tv kepada smart TV, sambungkan terus peranti ini pada tv lama anda.  
  7. Produk berkualiti dan LEGIT, diperakui oleh Google. 

Kekurangan

  1. Tiada slot memory card

Harga

FAQs

Bolehkah Xiaomi Tv Box tonton Astro?

Setakat ini hanya peranti Long Tv yang mempunyai lesen SKMM untuk menyiarkan live tv termasuk saluran Astro. 

Apa beza peranti ini dengan Mi Box S?

2nd Gen adalah yang terkini, menggunakan cip yang lebih berkuasa, menyokong 8K, dan dilancarkan dengan Google TV dan bukannya Android 9.

Kesimpulan

Saya highly recommend Xiaomi Tv Box S 2nd Gen ini. Jenama bukan calang-calang. Berbaloi dari segi harga considering ia cemerlang dari segenap sudut. Lancar dan berkualiti untuk menonton filem kegemaran dan melayari internet.

Catat Ulasan

0Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top