Itinerary Hatyai 3 Hari 2 Malam - Aktiviti, restoran halal & mesra poket!

0

Rakyat Malaysia tak sah kalau tak bercuti ke Hatyai. I don't blame them. Hatyai memang best! Bajet kecil, makanan sedap serta boleh shopping murah. Kalau tengah plan nak ke sana, ini itinerary Hatyai 3 hari 2 malam untuk rujukan anda kelak!

Kami yakin anda tidak akan bosan sekiranya bercuti di Hatyai. Dari pengangkutan, hotel, tempat menarik di Hatyai, tempat makan halal, semuanya padu dan mesra poket. 

itinerary hatyai 3 hari 2 malam

Oleh itu kami buat panduan lengkap untuk percutian 3 hari 2 malam di Hatyai. 

Kelebihan bercuti di Hatyai?

  1. Makanan halal dan sedap mudah didapati. Menjadi sebab utama kenapa orang Malaysia suka ke Hatyai.
  2. Jarak perjalanan yang singkat dan murah. Boleh ke Hatyai dengan van, bas, keretapi, atau kapal terbang.
  3. Banyak tempat shopping murah di Hatyai.
  4. Banyak tempat menarik untuk pelancong.
  5. Mesra muslim. Pilihan restoran halal, tempat solat, dan hotel mesra muslim.

Dokumen perjalanan untuk ke Hatyai

Terdapat dua dokumen perjalanan yang boleh digunakan untuk ke Hatyai. Pilih salah satu.

Guna passport

Pastikan passport anda sah sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh perjalanan. Visa tidak diperlukan untuk ke Thailand sekiranya perjalanan tidak melebihi 30 hari.

Guna border pass

border pass hatyai

Tak ada passport? Jangan risau. Boleh mohon border pass. Tetapi border pass ini hanya layak kepada warganegara yang:

  1. Lahir di negeri Kelantan, Perlis, Kedah, dan Daerah Hulu Perak (termasuk Pengkalan Hulu, Grik, dan Lenggong).
  2. Bermastautin di daerah di atas.

Nanti saya buat artikel khas tentang border pass ni okay?

Bagaimana cara ke Hatyai (Pengangkutan)

1. Ke Hatyai dengan KTM ETS dari KL Sentral

KTM ETS KL sentral padang besar

Cara paling bajet tapi seronok. Anda akan naik keretapi ETS dari KL Sentral ke Padang Besar. Harga tiket cuma RM76 (5 jam 30 minit)

Tiba di Padang Besar, beli tiket keretapi State Railway of Thailand ke Hatyai dengan harga RM6 sahaja. Perjalanan cuma 1 jam.

2. Ke Hatyai dengan kapal terbang

Ramai juga yang ke Hatyai dengan flight. Lebih cepat. Harga tiket flight pun tak mahal.

Harga tiket flight ke Hatyai bermula dari RM169 sahaja. Anda akan tiba di Hatyai International Airport yang dekat je dari pusat bandar.

3. Ke Hatyai dengan kereta sendiri

Yang ni banyak benda kena buat. Dokumen yang diperlukan adalah:

  1. Passport / border pass
  2. Insurans kereta (Wajib ada. Boleh beli di www.gothai.my)
  3. Geran asal kenderaan
  4. Permit kenderaan

Laluan ke Hatyai:

  1. Bukit Kayu Hitam –> Sadao (1 - 2 jam)
  2. Rantau Panjang –> Sungai Golok –> Hatyai (4 jam)

Itinerary Hatyai 3 Hari 2 malam

Hari Pertama (Day 1)

z sleep
 hotel hatyai

Setiba di Hatyai, check-in hotel dulu untuk letak barang dan berehat setelah berjam-jam travel.

Banyak hotel menarik di Hatyai yang strategik dan selesa. Kami dah kumpulkan beberapa hotel popular. Korang boleh rujuk link di bawah dan cek harga okay?

Hotel menarik di Hatyai bawah RM200


1. Makan tengah hari di Kai-Tod Decha

kai tod decha

Korang wajib makan di tempat makan best di Hatyai ni tau! Popular dengan nasi komok & ayam goreng berempah Thailand yang beraroma tu. 

Selain nasi komok, banyak lagi menu lain seperti masakan panas, dessert Thai, sup, daging harimau menangis, dan mi celup.

Kat sini memang ramai orang tau. Elak datang pada waktu puncak.

Waktu operasi: 10 am–9 pm

2. Pergi Khlong Hae Floating Market

khlong hae hatyai

Pasat Terapung ini memang lokasi idaman pelancong Malaysia. Sebab di Malaysia memang susah nak dapat vibe sebegini.

Bot-bot terapung yang berlabuh di tepi sungai ini menjual pelbagai makanan dan snek sedap. Ais krim kelapa dalam buluh, mi celup, dan ayam goreng adalah menu popular di sini. 

Disamping pasar terapung, ada pasar tani di sebelahnya. Ia umpama Uptown di KL. Banyak barangan dan murah.

Waktu operasi: 3 pm – 9 pm (tutup Rabu & Khamis)

3. Bang Han Restaurant

bang han restaurant

Untuk makan malam kami sarankan anda ke Bang Han Restaurant kerana mereka sediakan pelbagai jenis menu. 

Anda mungkin tak lapar sangat sebab dah makan di Khlong Hae tadi. Jadi boleh order dim sum, roti canai, pancake, atau ayam susu.

Nasi kerabu dan masakan panas pun ada tau. Berbaloi kalau singgah.

Hari Kedua (Day 2)

Full day di Hatyai! Apa kata mulakan pagi anda dengan pergi ke tempat sarapan pagi halal di Hatyai.

1.  Sarapan di Khaled Restaurant

khaled restaurant hatyai

Kalau tak nak breakfast di hotel, korang kena selit restoran ni dalam itinerary Hatyai 3 Hari 2 Malam tau. 

Banyak menyediakan masakan Kelantan seperti nasi dagang, nasi kerabu, dan laksam. Kuih muih tradisional Kelantan pun banyak dijual.

Anda juga boleh makan roti canai dan lauk campur lain di sini. Murah je tau.

Waktu operasi: 6 am–8 pm

2. Melawat Hatyai Municipal Park

Hatyai Municipal Park

Lokasi wajib pelancong dari dalam dan luar negara. Pengunjung boleh lihat pemandangan bandar Hatyai dari bukit Municipal Park ni. 

Di punca terdapat tokong setinggit 20 meter yang menjadi mercu tanda wilayah Selatan Thailand.

Apa yang best di Municipal Park adalah korang boleh naik kereta kabel ke puncak.

3. Shopping di Central Festival Hatyai

Central Festival Hatyai

Walaupun banyak tempat shopping di KL, vibe nya tak sama dengan membeli-belah di Hatyai. Shopping mall terbesar di Hatyai ni lebih murah dan banyak pilihan kedai.

Girls, korang kena pergi ke Beautrium. Macam Watsons, tapi lebih grand. Banyak skincare berjenama tau. 

Kedai makanan halal pun banyak. 

Waktu operasi: 10 am - 10 pm

4. Asean Night Bazaar

Asean Night Bazaar

Haruslah kami selitkan Asean Night Bazaar dalam list itinerary Hatyai 3 hari 2 malam ni. Salah satu tempat menarik Hatyai waktu malam tau. 

Macam-macam jenis makanan dijual, banyak gerai halal. Tempat makan pun luas dan selesa.

Selain makanan, banyak juga kedai pakaian & snek murah. Bolehlah beli buah tangan di sini. 

Waktu operasi: 4.30 pm - 10 pm

Hari Ketiga (Day 3)

1. Dimsum Chabura Hatyai

Dim Sum Chabura

Mulakan hari anda dengan bersarapan di Dimsum Chabura Hatyai. Restoran ni tutup pukul 2 petang tau. Datang awal. 

Dimsum kat sini memang murah dan banyak pilihan. Kalau tak nak makan dimsum pun tak ada. Banyak lagi menu best lain seperti gyoza, masakan panas, nasi kerabu, daging harimau menangis, dan pancake.

2. Jalan-jalan di Kim Yong Market

Kim Yong Market

Ramai yang rancang nak membeli-belah di Kim Yong market ni. Lokasi terbaik untuk anda beli buah tangan seperti snek, kuih tradisonal Thailand, baju, dan aksesori lain. 

Yang paling mendapat perhatian di sini adalah gerai nasi komok popular, Kai Tod Meena. Gerai dibuka seawal 10 pagi. Dari jauh lagi dan boleh bau ayam gorengnya.

Datang awal, sebab kena beratur.

Waktu operasi: 7 am - 6 pm

Jom balik!

Dah beli semua barang yang anda nak kan? Lepas check out hotel, boleh terus naik van ke stesen keretapi atau airport.

Goodbye Hatyai!

Kesimpulan

Korang ada idea lokasi lain ke nak selit dalam itinerary Hatyai 3 hari 2 malam ni? Kalau ada kongsikan dalam ruang komen di bawah. Semoga artikel ini bermanfaat!

Catat Ulasan

0Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top