Jumaat, 17 Januari 2020

,
Realme kini telah melancarkan aksesori earphone tanpa wayar mereka sendiri yang diberi nama Realme Buds Air. Dengan design ringkas, jenis TWS, dan harga yang mampu milik, adakah Buds Air mampu diangkat sebagai wireless earphones terbaik?

Ia merupakan wireless earphones pertama dari Realme, malah terbina dengan fungsi wireless charging. Nak tahu apa lagi spesfikasi Buds Air? Teruskan membaca artikel ini.


Spesifikasi Realme Buds Air


Cip R1


Terbina dengan Cip R1yang terkini dan Bluetooth 5.0 iaitu penyambungan pantas, audio yang stabil, jangka hayat bateri yang lebih lama, 'smart controls', dan pengecasan tanpa wayar.

Teknologi ENC atau 'Enviroment Noise Cancellation' juga sangat membantu dalam memastikan pengguna tidak diganggu dengan bunyi persekitaran semasa mendengar lagu.


Wireless charging


Earphones ini hadir dengan pengecasan tanpa wayar. Dengan hanya meletakkan pod pengecas di atas 10W Wireless Charger, ia mampu mengecas peranti seperti biasa.


Walau bagaimanapun, 10W Wireless Charger dijual secara berasingan.

Rekaan


Tidak mengejutkan yang rekaan Buds Air ini mirip Apple AirPods. Ini kerana AirPods adalah wireless headphones paling laris dan berkualiti di pasaran. Meniru rekaan dari jenama lain sudah lama diamalkan di dalam arena ini. So, calm down.

On the bright sight, orang akan sangka yang anda sedang memakai AirPods walhal anda hanya menggunakan peranti yang lebih murah.


Rekaan ringkas, melengkung, dan sesuai untuk semua golongan. Ia juga direka padan dengan semua jenis telinga. tidak mudah tercabut walaupun ketika melakukan aktiviti fizikal seperti berjogging.

Smart In-ear Detection


Salah satu spesifkasi menarik Buds Air adalah sokongan Smart In-ear Detection. Ia merupakan sensor yang mampu mengesan sekiranya ia dipakai. Jika anda cabut satu earphone dari telinga, muzik akan dihentikan secara automatik. Muzik disambung semula sebaik earphone dipakai.

So you won't miss anything from your favorite song.

Fungsi touch control
  • Double click - Menjawab, play/pause muzik
  • Triple click - Skip ke lagu seterusnya
  • Long press on one side - Menyeru Google Assistant / mematikan panggilan
  • Long press on both sides - Masuk dan keluar dari Gaming mode

Gaming mode


Ya, Realme Buds Air turut menyokong gaming mode. Agak tidak selesa untuk bermain permainan video sekiranya menggunakan earphones berwayar. Dengan Buds Air, anda hanya perlu tekan lama pada kedua belah earphones untuk mengaktifkan gaming mode.


Anda boleh bermain game dengan selesa dan mendengar bunyi yang jelas tanpa delay.

Ketahanan bateri


Hadir dengan bateri 400 mA. Ia mampu bertahan selama 17 jam secara berterusan jika anda menetapkan voluma pada 50%.

Berbaloilah untuk penggunaan sederhana kan?

Artikel berkaitan:
- Xiaomi Air Dots di Lazada Rm69
- BOSE Soundsport Review

Kualiti audio


Nah, aspek paling pentng dalam sebuah peranti audio. Buds Air menghasilkan bunyi yang berkualiti. Anda mampu mendengar audio yang jelas dan bass yang mengagumkan dengan bantuan 12 mm bass booster.


Tidak menghasilkan audio terbaik, tetapi dengan harga yang ditawarkan dan kualiti bunyi sebegini anda akan berpuas hati dan wajar diberi pujian.

Tiga pilihan warna


Buds Air hadir dengan tiga pilihan warna iaitu putih, hitam, dan kuning. Tiga variasi warna ini memberi lebih banyak pilihan kepada pengguna. Warna putih terlalu common. Biarpun lebih bergaya, putih lebih cepat kotor dan akan meninggalkan kesan kekuningan jika digunakan untuk jangka masa panjang.


Warna kuning pula untuk mereka yang mahukan kelainan. Malah lebih menyerlah selain ia adalah warna rasmi Realme sendiri.

Cara pair Buds Air ke telefon
  • Buka pod pengecas
  • Tekan butang pada pod pengecas selama tiga saat sehingga keluar lampu hijau
  • Buka bluetooth pada telefon, dan pilih 'Realme Buds Air'.


Kelebihan
  • Sambungan yang stabil
  • Kualiti audio, bass yang jelas dan berkualiti
  • Menyokong gaming mode
  • USB Type - C
  • Wireless charging
  • Smart control
  • Boleh dipadankan dengan semua telefon pintar
  • Noise cancelling

Kekurangan
  • Kotak/pod pengecas menggunakan plastik yang tampak murah
  • Tidak kalis air

Realme Buds Air Shopee


Harga Buds Air di Malaysia adalah pada RM299. Namun, bagi anda yang berminat, boleh mendapatkannya pada harga RM199 pada 21 Januari 2020 sahaja melalui Shopee.


Murah bukan? Kalau nak harga murah boleh beli di Shopee pada 21hb nanti. Beli dengan pengedar sah (Realme Official Store) untuk mendapatkan warranty selama 1 tahun. Boleh beli DI SINI


Adakah Buds Air ini the best bluetooth earphones? Tidak. Tetapi dengan harga mampu milik ini anda boleh menikmati audio berkualiti dan sejumlah ciri menarik yang ada pada earphone premium yang lain.

Maklumat lanjut layari - https://www.realme.com/my/realme-buds-air

Artikel ini bukan sponsored post, tetapi ditulis untuk berkongsi tentang kehebatan Realme Buds Air. Jika anda pernah membaca blog ini, you would know how much I love earphones and Oppo. Realme, if you are reading..... *wink*

Selasa, 24 Disember 2019

,
Pencuci Muka Untuk Kulit Kombinasi di Watsons | Anda tidak mempunyai masalah kulit berminyak, tetapi hanya berminyak di sesetengah kawasan pada wajah sahaja. Ini bermakna anda memiliki kulit kombinasi!


Kulit kombinasi kebiasaannya hanya berminyak di kawasan 'T-zone'. T-zone meliputi dahi, hidung, dan dagu. Tetapi macam mana nak tahu jenis kulit anda sama ada kering, berminyak, atau kombinasi? Berikut adalah caranya:

Cara mengetahui jenis kulit
  • Basuh muka dengan pencuci muka seperti biasa dan bilas.
  • Biarkan muka sekitar satu hingga dua jam tanpa memakai apa-apa produk.
  • Periksa kulit anda.

Kemudian lihat kondisi kulit selepas dua jam...
  • Kulit berminyak - Berminyak pada seluruh wajah
  • Kulit Kombinasi - Kulit berminyak pada T-zone sahaja
  • Kulit kering - Kulit kering dan ketat

Salah satu cara untuk menangani masalah kulit kombinasi adalah dengan menggunakan pencuci muka yang sesuai. Pencuci muka tersebut haruslah tidak mengeringkan dan dalam masa sama tidak membuatkan kulit semakin berminyak.

Tetapi, anda pasti ragu-ragu dalam memilih produk.

Saya akan memudahkan kerja anda dengan menyenaraikan cleanser untuk kulit kombinasi boleh didapati di Watsons. Atau anda boleh beli online melalui link yang saya share.


Pencuci Muka Untuk Kulit Kombinasi di Watsons


HADA LABO Deep Clean & Pore Refining Face Wash


Jenama dari Jepun ini memang cukup popular ya? Keberkesanannya memang ketahui ramai biarpun harganya agak mahal. Untuk pengetahuan, HL memilik beberapa jenis pencuci muka. Untuk kulit kombinasi, HL Deep Clean & Pore Refining Face Wash adalah yang paling sesuai.


Ia mengawal minyak berlebihan, membersih lubang pori, dalam masa sama mengembalikan kesegaran dan kelembutan kulit.

[Baca] Pencuci Muka Untuk Kulit Berminyak

Harga: RM26.50
Beli di sini - http://bit.ly/2Ssoq82

SIMPLE Refreshing Facial Wash Gel


Rangkaian skincare nombor 1 di UK dan tidak kurang juga hebatnya di Malaysia. Many good reviews about them dan harganya juga sangat berpatutan. Simple memiliki beberapa jenis cleanser.

Refreshing Facial Wash Gel mengandungi Triple Purified Water dan vitamin yang boleh menyuburkan kulit tanpa kesan iritasi.


Ia juga slightly menanggalkan makeup dan kotoran. Kandungan gel di dalamnya membantu melembabkan muka dan mengawal minyak berlebihan.

Harga: RM14.49
Beli di sini - http://bit.ly/2ZjeRdb

YADAH Pore Refining Foam Cleanser


Produk skincare dari Korea memang tengah 'in' sekarang. Keberkesanannya memang diakui ramai. Janema Yadah adalah antara yang popular dengan sunscreen, mask, dan cleanser.

Pore Refining Foam Cleanser sesuai untuk kulit kombinasi. Kandungan ekstrak 2000mb Albumen dari putih telur mengawal pengeluaran minyak berlebihan pada T-zone. Dalam masa sama mengeluarkan kotoran untuk membersihkan pori dan mencerahkan culit.


Teksturnya berbuih sebagai agen menanggalkan minyak, tetapi tidak terlalu mengeringkan kulit.

Harga: RM21.20
Beli di sini - http://bit.ly/2SlYCdL

Neutrogena Deep Clean Facial Cleanser


Pencuci muka untuk kulit kombinasi di Watsons yang seterusnya adalah Neutrogena Deep Clean Facial Cleanser. Pencuci muka ini sesui untuk kulit kombinasi dan berminyak.

Ia membersihkan lubang pori dari habuk, minyak, dan lebihan makeup. Menariknya dalam masa sala pencuci muka ini turut menanggalkan sel kulit mati yang membuatkan kulit tampak kusam.


Hasilnya, selepas mebilas wajah lebih segar dan bersih.

Harga: RM16.34
Beli di sini - http://bit.ly/2EOkS8s

COSMODERM Tea Tree Oil


Cosmoderm adalah rangkaian penjagaan kulit dari Malaysia. Produk tempatan yang dipercayai akan keberkesanannya. Bukan calang-calang produk boleh masuk Watsons tau.

Cleanser ini mencuci tanpa mengeringkan kulit. Mampu membersihkan pori yang tersumbat bagi mengelakkan jerawat.



Antara pencuci muka untuk kulit berjerawat kerana kandungan 'tea tree oil nya  yang berfungsi dalam merawat dan mencegah jerawat.

Harga: RM12.40
Beli di sini - http://bit.ly/35S7zzn

NANO WHITE Fresh Gel Cleanser


Kelebihan pencuci muka ini terletak pada kandungan 'micro beads' atau biji-biji halus yang bertindak sebagai ejen pembersih. Micro beads ini lebih lembut dan senang pecah, tidak seperti face scrub.


Tekstur gel dan kandungan boleh menghilangkan minyak berlebihan pada kawasan T-zone tanpa menghilangkan kelembapan semula jadi.


Ia juga mengandungi tea tree oil, vitamin  C, dan alga laut yang memberi manfaat kepada kulit.

Harga: RM12.90
Beli di sini - http://bit.ly/3985WzJ

EUCERIN Cleansing Gel


Rangkaian produk Eucerin terkenal dengan slogan 'Pro acne solution'. Diiklankan sebagai pembersih muka untuk kulit berjerawat dan sensitif. Malah, kandungannya yang boleh mencegah dan merawat jerawat memeng diakui ramai. Untuk kulit combination to oily, penggunaan pencuci muka Eucerin Cleansing Gel amat digalakkan.

gambar: lipglossismylife.com

Minyak dan debu yang terkumpul pada T-zone boleh mengakibatkan pertumbuhan jerawat. Ia dapat membersihkan minyak berlebihan, makeup, dan habuk dalam pori. Formula tanpa buih dan 6 peratus Ampho-Tenside sangat membantu!


Agak mahal, tapi berbaloi untuk menghilangkang minyak pada T-zone.

Harga: RM40.25
Beli di sini - http://bit.ly/34XkM9a

[Baca]  7 Pencuci Muka Untuk Kulit kering di Watsons

CETAPHIL Gentle Skin Cleanser


Produk pencuci muka yang sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif. Saya yakin anda pernah dengar akan kehebatan produk ini sehingga ahli dermatologi turut mencadangkan penggunaannya.


Disebut-sebut sebagai pencuci muka yang sesuai untuk kulit berminyak dan berjerawat. 

Ada yang mengatakan bila guna Cetaphil, dah tak nak guna cleanser lain dah. I guess it's true. Saya sendiri guna dan belum plan lagi nak tukar.

Kira-kira 2 minggu penggunaan, anda akan lihat hasilnya di mana minyak sudah berkurangan di bahagian T-zone. Kalau tak percaya, cubalah!

Harga: RM19.80
Beli di sini - http://bit.ly/2sfFi7w

Memang banyak pencuci muka untuk kulit kombinasi di Watsons. Ini adalah antara yang paling banyak popular dan dipercayai. Kalau anda ada cadangan lain, boleh kongsikan dalam ruangan komen di bawah. Next time saya share pencuci muka terbaik untuk lelaki pula. Heee!


Isnin, 16 Disember 2019

,
Tempat Shopping Murah di Hatyai | Selain ingin menghabiskan hujung minggu bersama keluarga dengan melihat budaya Selatan Thailand, membeli belah adalah salah satu faktor mengapa rakyat Malaysia gemar bercuti di Hatyai.

Saya dah kongsikan lebih 30 tempat menarik sekitar Hatyai, anda boleh rujuk di artikel 32 Tempat Menarik di Hatyai dan Songkhla. Hatyai juga boleh dikatakan sebagai syurga membeli belah. Segala macam barangan boleh anda temui di daerah ini. Malah, harganya yang jauh lebih murah berbanding di Malaysia menjadi pendorong orang ramai untuk shopping di sana.

Ada juga yang mengambil peluang beli secara borong untuk dijual secara online.

Melalui artikel ini, saya akan kongsikan tempat shopping di Hatyai yang boleh anda terjah sekiranya berpeluang bercuti di daerah paling selatan di Thailand ini.


Tempat Shopping Murah di Hatyai


#1 Greenway Night Market


Dah nama pun night market, sudah tentulah banyak barangan menarik yang dijual di sini. Anda boleh mendapatkan pakaian baru dan bundle, aksesori, handbag, kasut pelbagai jenama, tudung, dan banyak lagi.


Kalau nak berbelanja murah di Hatyai, pastikan anda berkunjung ke sini. Memang murah! 

Selain itu makanan turut dijual. Tidak sukar untuk mendapatkan makanan halal di Hatyai. Di Greenway Night Maket, banyak sekali makanan minuman halal. Anda cuma perlu cari gerai yang memaparkan logo halal ataupun penjual yang berhijab.

Mereka juga boleh bertutur dalam Bahasa Melayu. Senang untuk anda tawar menawar.

Waktu operasi: 5 pm - 10 pm | tutup pada Isnin
Alamat: 1406/4 ถนน กาญจนวณิชย์ Hat Yai, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand

#2 Asean Night Bazaar


Konsepnya sama seperti pasar malam tetapi ia lebih gah, luas, dan terdapat ratusan gerai menarik. Banguna dua tingkat ini memang akan menyerikan malam anda di Hatyai.


Mana tidaknya, tingkat bawah dikhaskan untuk barangan seperti pakaian, aksesori, kasut, gajet, dan bermacam-macam lagi. Ada juga yang dijual secara pukal. Jadi ramailah rakyat Malaysia yang mengambil peluang shopping di sini.


Tingkat atas pula adalah ruang untuk makanan sahaja. Menariknya, majoriti gerai menjual makanan halal. Mesti anda rambang mata melihat kepelbagaian makanan, minuman, dan snek yang dijual. Jangan lupa untuk cuba Thai tea ya? Ia seperti teh air, teyapi lebih pekat dan menyelerakan.

Asean Night Bazaar ini adalah salah satu tempat menarik di Hatyai, rugi kalau anda tak ke sana.

Waktu operasi: 3 pm - 10.30 pm | tutup pada Isnin
Alamat: Thonon Chotevittayakul 5, Tambon Hat Yai, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand

#3 Kim Yong Market


Tempat shopping di Hatyai yang seterusnya adalah Kim Yong Market. Terletak di tengah-tengah bandar Hatyai, Kim Yong menjadi tempat shopping murah di Hatyai dek kerana kemeriahan dan kepelbagaian barangan yang dijual. Bukan sekadar gerai, bahkah banyak premis menarik yang boleh anda tuju.


Sebut sahaja apa yang anda inginkan, pakaian, aksesori, mainan, makanan halal? Semuanya boleh anda temui di Kim Yong Market. Ia juga terkenal sebagai lokasi untuk membeli handbag murah di Hatyai. Memang berbaloi-baloi!


Saya sendiri pernah ke sana, boleh sesat dibuatnya. Tapi puas hati, tshirt, jeans, handbag semua murah. Di sinilah tempat terbaik untuk anda beli cenderamata seperti keychain atau fridge magnet.

Kim Yong Market beroperasi dari awal pagi lagi. Banyak barang basah dan runcit di siang hari, manakala tempat ini bertukar meriah pada waktu malam. Ia juga terkenal sabagai tempat menarik di Hatyai waktu malam dek kerana kemeriahannya. 

Waktu operasi: 6 am - 6 pm
Alamat: Supasarnrangsan Rd, Tambon Hat Yai, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand

#4 Central Festival Mall


Nak ke tempat shopping bertaraf antarabangsa? Singgahlah ke Central Festival Mall. Sama seperti malll di Kuala Lumpur, Central Festival menempatkan ratusan premis menarik. Butik berjenama, kedai gajet, restoran rangkaian, dan tempat hiburan keluarga seperti panggung wayang.

Di sini turut menempatkan ice skating sama seperti yang terdapat di Sunway Piramid. Luas dan menyeronokkan untuk anda sekeluarga. Tiketnya murah sahaja, sekitar 400 bhat sahaja.


Oh ya, buat peminat kelab bola sepak Eropah, Manchester United, jangan lupa singgah ke MU Official Store untuk mendapatkan merchandise rasmi.

Waktu operasi: 10 am - 9.30 pm
Alamat: 1520 Kanjanavanich Rd, Hat Yai, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand

#5 Santisuk Market


Terletak di tengah-tengah bandar, bangunannya agak usang, tetapi masing banyak barang yang boleh anda temui di sini. Kalau anda mencari kain sutera Hatyai, di sinilah tempatnya. Selain itu, barangan seperti DVD, jam tangan, kosmetik, pakaian, barang berasaskan kulit, juga boleh didapati di sini.


Memang murah, jauh lebih murah sehingga 50 peratus dari di Malaysia.

Waktu operasi: 9 am - 7 pm
Alamat: นิ พั ท ธุ์, Nipatuthit 2 Rd, Hat Yai, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand

#6 7 Eleven Thailand


Anda pasti pernah terbaca tentang makanan menarik di rangkaian kedai serbaneka, 7 Eleven. Jika anda berkesempatan ke Hatyai, kami sarankan anda singgah ke 7 Eleven. Ini kerana 7 E Thailand memang next level!



Kebanyakkan makanan di sini memang tidak dijual di 7 E Malaysia. Sangat menarik dan rata-rata yang pernah cuba mengatakan ia sangat murah dan sedap.

Benda wajib beli di 7E Hatyai
  • Susu Teapot
  • Susu Pisang Meiji
  • Roti
  • Burger segera
  • Pizza segera
  • Ramen / mi segera
  • Kopi
  • Hot Dog

Banyak lagilah makanan menarik yang dijual. Tetapi hati-hati, tak semua makanan halal. maklumlah, negara bukan Islam. Anda kena tengok paket makanan yang ada logo halal ya?


Tempat makan best di Hatyai


Selesai membeli-belah, perut pasti berkeroncong bukan? Saya senaraikan juga beberapa tempat makan halal dan sedap di Hatyai buat rujukan anda kelak.

Salma Halal Restaurant


Dibuka seawal jam 8 pagi, menyediakan hidangan Nasi Lemak Udang Goreng yang sudah menjadi signature restoran ini. Masakan panas dan ala Thai seperti tomyam, sotong telur masin dan kerabu mangga memang menyelerakan.

Alamat: Prachathipat Rd, Hat Yai, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand

gambar: faraamusa.blogspot.com

Hamid Restaurant


Cukup popular dikalangan pelancong Muslim dan rakyat Malaysia. Hidangan seperti roti canai, roti pisang, memang sebijik macam kedai mamak! Cuba juga sup perut, Sotong Stim Limau & Cili Padi! Lokasinya tidak jauh dari Lee Garden Plaza.

Alamat: 73-75 Prachathipat Rd, ตำบล หาดใหญ่ Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand

Dimsum Chabura


Tempat makan menarik di Hatyai yang wajib anda kunjungi. Menyediakan hidangan dimsum dalam mangkuk kecil, tetapi banyak pilihan. Pasti rambang mata dibuatnya. Semuanya halal dan majoriti pelanggan adalah Melayu. Susah untuk mendapatkan meja, jadi anda kena bersedia!

Alamat: Khlong Hae, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand

Cukup tak 6 tempat shopping murah di Hatyai yang saya senaraikan di atas? Pastikan anda berkunjung kesemua tempat di atas. Bolehlah bandingkan harga. Atau anda ingin cadangkan lokasi lain? Kongsikan dalam ruangan komen di bawah.

Isnin, 25 November 2019

,
Cara Tengok Netflix Percuma | Sudah ramai yang mula melanggan Netflix. Tidak dinafikan, penawaran kandungan Netflix memang berkualiti, pelbagai, dan memenuhi citarasa penonton. Tambahan pula, harga langganannya yang murah membuatkan Netflix menjadi penstriman video pilihan berbanding syarikat seumpamanya yang lain.


Harga Netflix Malaysia 2019 bermula dari plan RM17, RM33, RM42, dan RM51. Setiap plan mempunyai kelebihan tersendiri. Mujurlah kesemua plan membolehkan anda mengakses kandungan tanpa had dan boleh di unsubscribe pada bila bila masa.

[Baca] Cara Daftar Netflix Malaysia

Buat yang masih ragu-ragu berbaloikan melanggan Netflix, anda boleh menontonnya secara percuma! Bukan percuma selamanya, tetapi cuma SEBULAN.

Macam mana cara dapatkan Netflix percuma ini? Teruskan membaca artikel ini.

Cara tengok Netflix Percuma

Netflix memberi tontonan percuma selama sebulan merupakan tempoh percubaan. Sama ada anda berpuas hati dengan kandungan mereka.

Dalam tempoh ini anda mendapat akses penuh terhadap semua rancangan yang Netflix tawarkan.

Langkah 1: Layari https://www.netflix.com/my/

Klik 'Try 30 days free'

Langkah 2: Pilih "See the plans"

Pilih satu di antara EMPAT pelan yang anda mahu. Kemudian klik "Continue"


Langkah 4: Di ruangan 'Create Your Account', klik "Continue" 

Langkah 5: Masukkan email dan password anda pada ruang yang disediakan

Langkah 6: Pilih jenis pembayaran

Di sini anda diberi beberapa pilihan iaitu credit/debit card, PayPal, dan gift code. Manakala sekiranya anda pelanggan Maxis atau Celcom, anda boleh memasukkan nombor telefon postpaid anda. Netflix akan mengenakan caj melalui bil telefon anda.


Langkah 7: Pilih 'Start Membership'

Siap!

Dengan cara ini anda sudah pun boleh menonton Netflix percuma selama sebulan. Anda boleh cancel pada bila-bila masa sahaja. Netflix akan menghantar notifikasi 3 hari sebelum tarikh luput. Batalkan langganan sekiranya tidak mahu di charge pada bulan akan datang. 

[Baca] Netflix vs iFlix yang Mana Lebih Baik

Itulah satu-satunya cara untuk tonton Netflix free. Tapi ramai je yang kongsi akaun Netflix dnegan keluarga dan rakan. Malah, ada juga yang buat cara dapatkan Netflix percuma dengan guna email baru setiap bulan. Haha!

Cara menonton Netflix

  • Pada telefon pintar / tablet
  • Pada computer / laptop
  • Pada tv / smart tv


Bagi yang tertanya-tanya, macam mana cara tengok Netflix di tv tanpa menggunakan smart tv? Tentulah boleh, anda boleh menggunakan sambungan Chromecast atau Xiaomi Mi Box. Harganya tidaklah terlalu mahal dan sangat berbaloi kerana anda juga boleh menonton Youtube di tv.

Beli secara online lebih murah dengan pautan di bawah.
- Chromecast RM165 - Beli di SINI
- Xiaomi Mi Box RM249 - Beli di SINI


Kelebihan Netflix

  • Penawaran program yang diterbitkan mereka sendiri. Seperti Stranger Thing, Bird Box, The Haunting of Hill House, dan banyak lagi. Jumlah kandungan ini semakin meningkat saban tahun.
  • Peminat komik MARVEL pasti akan gembira kerana banyak series adaptasi komik sepertiLegion, Jessica Jones, The Punisher, Luke Cage, The Defenders, Daredevil, dan Iron Fist.
  • Boleh membatalkan langganan pada bila-bila masa.
  • Tidak perlu menunggu untuk tonton episod baru. Katakan sesebuah siri mempunyai 8 episod, Netflix akan menyiarkan kesemuanya sekaligus.
  • Banyak kategori romance, horror, action, documentary, rancangan kanak-kanak, dan lain-lain.
  • Harga langganan yang murah.
  • Boleh menyekat kandungan dewasa untuk tontonan bawah umur.

Cara sekat kandungan dewasa di Netflix


Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila Presiden FINAS menggesa kerajaan memantau Netflix kerana mengandungi banyak kandungan yang tidak sesuai untuk ditonton oleh kanak-kanak.

Ramai yang tidak bersetuju platform ini ditapis. Ini kerana pihak Netflix sendiri sudah membina sistem saringan. Ikuti langkah di bawah untuk menyekat kandungan dewasa.
  1. Layari www.netflix.com/YourAccount
  2. Settings > Parental Control
  3. Masukkan pin 4 angka
  4. Pada bahagian 'Restrict By Maturity Level', pilih tahap umur kandungan
  5. Save

Selepas ini, semua rancangan yang mempunyai kandungan dewasa atau ganas, akan dihalang dan meminta anda memasukkan nombor pin. Jelas tak? Anda juga boleh sekat kandungan pada HBO Go.

Mudahkan cara tengok Netflix percuma? Cuma masukkan email sahaja. Good luck!