Pencuci Muka Terbaik Untuk Kulit Berjerawat

23
Apabila anda mempunyai masalah kulit berjerawat pastinya sukar untuk mencari produk yang sesuai dengan kulit. It keeps coming back. Langkah pertama untuk menanganinya adalah bermula dengan menggunakan pencuci muka terbaik untuk kulit berjerawat.

Tak boleh pakai guna produk sembarangan kerana kandungan pencuci muka ni berbeza. Terdapat sesetengah produk dicipta khusus untuk menentang jerawat.


Tapi sebelum itu saya akan terangkan punca jerawat tumbuh. Secara amnya, ia bermula dari kotoran atau minyak yang lekat pada lubang pori. Video di bawah memberikan penerangan terbaik tentang bagaimana jerawat boleh tumbuh.


Saya akan sertakan sekali link untuk memudahkan anda membelinya secara online. Kerana produk yang saya senaraikan ini harganya jauh lebih murah dari kedai fizikal dan sebahagiannya tidak dijual di pasaraya dan juga drug store seperti Watson / Guardian.

Baca: Cara Hilangkan Jerawat dengan Mudah

Antara punca jerawat adalah:
  • Hormone
  • Fluid retention
  • Stress
  • Diet
  • Cuaca
  • Cosmetics (comedogenic oils)
  • Pemakanan
  • Kebersihan
Dalam entri ini saya akan fokuskan kepada kebersihan muka yang mana turut menjadi salah satu punca pertumbuhan jerawat. Setiap hari muka kita terdedah kepada kotoran seperti debu, asap, sering menyentuh muka dengan tangan, malah kain cadar/srung bantal yang tidak bersih juga menjadi salah satu faktor tumbuhnya jerawat.

Pencuci Muka Terbaik Untuk Kulit Berjerawat



1. Himalaya Purifying Neem Face Wash 150ml


Dirumus khas untuk memberikan anda kulit yang mulus, bebas masalah kulit. Selain membersihkan kulit, ia turut mengeluarkan minyak berlebihan serta kotora tanpa mengeringkan wajah.


Pencuci muka Himlaya ini mengandungi 'neem' yang terkenal dengan cirinya yang membunuh bakteria. Ia turut digabungkan dengan kunyit, yang membantu mengawal jerawat. 


Harga: RM23

Beli DI SINI: https://invol.co/cl8wh8y


2. Cosrx Good Low PH Morning Gel Cleanser


Pencuci muka yang bertekstur gel ini sesuai untuk semua jenis kulit lebih lebih lagi yang mempunyai masalah kulit berminyak. Pada masa yang sama mengekalkan kelembapan dan tidak membuatkan kulit terlalu kering.

Ini kerana nilai PH nya yang rendah iaiti sekira 5.0 - 6.0 sahaja. Which is almost perfect untuk semua jenis kulit. Lebih sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit berminyak dan berjerawat. Selain itu, ia juga di formulasikan untuk membersihkan makeup!



Saya dah cerita panjang lebar dalam entri review sebelum ni boleh baca di >> Review Cosrx Good Low PH Morning Gel Cleanser.

Produk dari Korea ni agak mahal. Kira-kira RM35-RM40 (150ml). Tapi satu botol tu boleh bertahan hingga 7-8 bulan. So, sangat berbaloi. 

Malangnya produk Cosrx tidak dijual di kedai fizikal atau drug store seperti Watson. Anda perlu membelinya secara online.


Harga: Rm26.50

Beli DI SINI: https://invol.co/cl267qz

 

3. Aiken Tea Tree Oil Facial Cleanser


Pencuci muka ini membersihkan liang pori yang tersumbat tanpa mengeringkan wajah. Ia mengandungi tea tree oil, yang memang dikhaskan untuk mereka yang mengalami masalah jerawat.


Untuk pengetahuan, tea tree oil ni bagus untuk kecutkan jerawat. Dalam masa sama ia turut mengawal minyak berlebihan. Cukup lembut untuk kegunaan harian.


Harga: RM8.89

Beli DI SINI: https://invol.co/cl267rm

4. Cetaphil Gentle Skin Cleanser


So far, Cetaphil Gentel Skin Cleanser adalah pencuci muka untuk kulit berjerawat dan sensitif yang terbaik setakat ini. Kalau anda tanya mereka yang pulih dari masalah jerawat boleh dikatakan 9/10 akan mengatakan mereka menggunakan produk Cetaphil.

Even kalau anda jumpa doktor atau dermatologist sekalipun, mereka akan syorkan Cetaphil ni.

Cetaphil ni ada banyak, Gentle Skin Cleanser ni pencuci muka untuk kulit kering dan berjerawat, Oily Skin untuk kulit berminyak dan  berjerawat, Daily Facial pula untuk kulit normal hingga berminyak. Kesemuanya membersihkan muka dengan efektif iaitu mengeluarkan minyak berlebihan dari dalam pori. Dalam masa yang sama tidak mengeringkan kulit.

Cetaphil senang nak dapat di pasaraya. Kat Watsons pun ada jual. Tapi kalau beli secara online lebih murah.


Harga: dari RM15

Beli DI SINI: https://invol.co/cl20zuw

 

5. Cosmoderm Tea Tree Oil Facial Cleanser


Tadi saya ada sebut yang tea tree oil ni bagus untuk merawat jerawat kan? Ada satu lagi produk yang bagus iaitu Cosmoderm Tea Tree Oil Facial Cleanser. Ia sangat lembut, mampu membersih dan mengeluarkan minyak dalam pori.

Pencuci muka ni ada 200 I.U vitamin E yang membantuk melembapkan kulit. 

 

Harga: RM11

Beli di sini: https://invol.co/cl8whay

 

6. COSRX Salicylic Acid Exfoliating Cleanser


Satu lagi produk dari jenama Cosrx, pencuci muka yang sesuai untuk kulit muka berminyak dan berjerawat.

Cleanser ini mengandungi salicylic acid iaitu ramuan khas untuk merawat dan mencegah jerawat. Disamping itu ia juga berfungsi sebagai exfoliator iaitu bertindak menanggalkan sel kulit mati.


Lagi satu ia mengandungi BHA yang bukan sahaja bagus untuk jerawat, bahkan kulit berminyak dan menanggalkan blackheads.

Sesuai digunakan untuk semua jenis kulit termasuk sensitif. 


Harga: RM26

Beli di sini: https://invol.co/cl2102r

 

7. Eucerin Pro Acne Solution Acne Oil Control Cleansing Gel


Jenama ini sudah lama terkenal dnegan rangkaian produknya yang memfokus untuk menangani jerawat.

Sangat efektif dalam menghilangkan ketidaksempurnaan dan jerawat pada kulit. Sebagai antara pencuci muka terbaik di Watsons ini, ia mengandungi 6% Ampho-tensides yang bertindak mengeluarkan minyak berlebihan dan kotoran. Ia juga boleh menanggalkan makeup.


Sifat anti-bakterianya menghalang pembiakan bakteria yang boleh menyembabkan pertumbuhan jerawat. 


Harga: RM48

Beli di sini: https://invol.co/cl8whc7


8. Garden of Eden Mild Cleanser


Dirumus khas untuk kulit kusam dan berjerawat. Cleanser ini diformulasikan dengan ekstrak witch hazel yang mengecilkan pori.

Selain itu ia turut mengandungi ekstrak aloe vera (lidah buaya) yang boleh mengurangkan minyak dan melembutkan kulit.


Baca juga: Ini Kegunaa Gel Aloe Vera yang Anda Tidak Tahu

Ini merupakan sabun muka untuk kulit berminyak dan kusam. Disyorkan untuk mereka yang mempunyai masalah jerawat dan ingin menghilangkan parut jerawat. 

 

Harga: RM16

Beli di sini: https://invol.co/cl2105s 

 
Satu lagi, jangan bergantung 100% pada pencuci muka je. Kena guna scrub dan mask sekurang-kurangnya 2 kali seminggu untuk bersihkan pori untuk menghalang jerawat tu tumbuh. Berikut adalah scrub dan mask yang saya suggest berserta dengan link yang anda boleh beli secara online:

Okay, itu sahaja pencuci muka terbaik untuk kulit berjerawat yang dapat saya kongsikan dalam entri ini. Semoga bermanfaat.

Tags

Post a Comment

23Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Dulu saya guna Cetaphil, dalam beberapa minggu nampak kulit makin berjerawat. Lepas tu tukar ke Himalaya. Setakat ni Himalaya yang terbaik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rupgi plak. cetaphil tu mahal kan?

      Delete
    2. Saya amik Cetaphil Oily Skin agak mahal sikit. Himalaya walaupun harga dalam Rm 32++, tak perlu guna banyak sgt.

      Delete
  2. Eyqa memang ada masalah jerawat dan kulit berminyak sekarang. Sangat stress bila tengok jerawat. Nak try Cosrx pulak..

    ReplyDelete
  3. masa kulit muka akak berjerawat tahun lepas, akak selalu guna cosmoderm tea tree oil tu..dari pencuci sampai la yg krim jerawat tu..terus jadi ok muka akak..best cosmoderm

    ReplyDelete
  4. Dulu muka kita memang macam dalm video tu jerawat bernanah dan banyak tapi bila dah dewasa ni makin kurang dah sekai sekala jer tumbuh dan memang sakit hehehe.. Tapi sekarang produk dah banyak...

    ReplyDelete
  5. Himalaya memang best gila dan mohon sesiapa pun cubaproduk himalaya.a bit pricey but worth it! Believe me ❤

    ReplyDelete
  6. Jerawat memang benda yang tak suka bila dia muncul . Banyaknya produk yang disyorkan . Boleh lah cuba slah satu produk Yang bersesuaian lepas ni.

    ReplyDelete
  7. Pernah pakai yang himalaya dan cetaphil tu. Serasi dengan kulit dan jerawat pun makin berkurang. Harga pun murah.

    ReplyDelete
  8. Tp certain of the products tak sesuai dgn semua kulit jadi kne try n error jugak mana yg berkesan. So far sy tgok cetaphill okay. Mmg setia jelah dgn cetaphil hingga ke hari ini

    ReplyDelete
  9. I kalau jerawat letak ubat gigi. Tu dulu la...it works though then dapat tahu tak bagus guna tu. Then I guna baking powder paste. It works juga. This is super good to use too. Great compilation here. Can help many people.

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah kulit wajjah sis tak ada masaalah jerawat. Anak sis aje alami jerawat teruk..nak bagi dia produk2 mcm ni dia muda lagi. Doc cakap hormon bertukar. Dah besar still berjerawat bolehlah dia cari produk yg sesuai dgn kulit wajah dia

    ReplyDelete
  11. great tips.. tapi tak pernah guna lagi produk ni

    ReplyDelete
  12. Tq recommend kan these. Kebetulan anak berjerawat teruk so boleh bagi dia guna huhu

    ReplyDelete
  13. 4 produk kat atas saya pernah cuba dan saya memang setuju berkesan. Tapi sekarang saya dah jadi peminat Clinelle, tak tukar dah rasanya :D

    ReplyDelete
  14. Terima kasih atas perkongsian. Tak pernah try lagi dengan semua jenama ni. Tapi semua jenama ni memang bagus sebab pernah baca feedback dari mereka yang dah pernah pakai. Alhamdulillah... Saya tak ada masalah jerawat yang teruk. Boleh lah suggest dekat husband.

    ReplyDelete
  15. ah.. i hate pimples.. those are really great products to get rid of pimples.. thanks for sharing the list..

    ReplyDelete
  16. Good list. I used to suffer from really bad pimples. Then doctor recommended Cetaphil. Really helped me a lot. Still use it off and on these days.

    ReplyDelete
  17. Rawlins pakai Marine Essence Beauty Bar je sekarang untuk penjagaan kulit sebab kulit Rawlins nie problematic dan sensitif. Setakat ini tak berani nak try yang lain takut masalah menjadi-jadi kan. Thanks sebab share info begini - mesti ramai yang tercari-cari penyelesaian kulit diorang kan.

    ReplyDelete
  18. I also using Himalaya and Eucerin facial Cleanser. It more mild texture and good for our skin. But eucerin more expensive.

    ReplyDelete
  19. First time dengar psal corsx tu...mcm best ja..nanti nak try jugak la

    ReplyDelete
  20. guna himalaya hehe. Buat masa ni okay

    ReplyDelete
  21. With the growing age, it is necessary to take care of your skin. But due to the busy schedule, many women are not able to find enough time for them and their skin becomes dull and aging spots become more visible. Here are some easy solutions that will not only make your skin beautiful but also reduce the anti-aging spots and wrinkles. For more details, visit

    http://www.rushyourtrial.com/coupon-category/skin-care/

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top