Rabu, 24 November 2021

10 Pencuci Muka Untuk Kulit Kering

Memiliki kulit kering memang tidak selesa. Kulit terasa tegang, kusam dan tampak tidak bermaya. Kulit wajah akan bertambah kering sekiranya anda sering terdedah dengan penghawa dingin, kurang minum air, dan menggunakan pencuci muka yang tidak sesuai.

 

Apa yang perlu anda lakukan untuk atasi masalah ini adalah dengan meningkatkan kelembapan pada kulit. Langkah pertama adalah menggunakan pencuci muka untuk kulit kering. Pilih yang ada moisturizing ingredients seperti glycerin dan ceramides yang boleh 'lock' air dari hilang. 




Saya senaraikan sejumlah pencuci muka untuk kulit kering yang boleh anda dapatkan di drugstore serta link pembelian online untuk harga yang lebih murah. 


1. CeraVe Hydrating Cleanser

 

Antara produk yang popular dan digunakan di seantero dunia, CeraVe memang diakui keberkesanannya.  Hydrating Facial Cleanser (hijau) menggunakan formula ringan untuk menanggalkan kotoran dan makeup. 


Kandungan utamanya adalah Hyaluronic acid yang sudah terkenal dalam meningkatkan kelembapan untuk kulit kering. Selain itu ia tidak berbuih dan tidak meninggalkan kesan ketegangan selepas mencuci.  

 


 

Produk ini agak mahal berbanding yang lain, tapi amat berbaloi. 


Harga: RM32

Beli di sini: https://invol.co/cl7jlt3

 

Artikel berkaitan: 

+ Skincare Untuk Kulit Kering di Watsons

+ 12 Moisturizer Untuk Kulit Kering

+ 10 Toner Untuk Kulit Kering

+ 7 Pencuci Muka Untuk Kulit Kering di Watsons


2. Hada Labo AHA+BHA Mild Exfoliating Face Wash


Pencuci muka ini juga adalah antara produk popular dari Hada Labo. Salah satu kebaikannya adalah kandungan AHA/BHA yang bertindak sebagai exfoliator yang boleh buang sel kulit mati dan blackheads. 



Hasilnya kulit jadi bersih, segar, dan mulus. Selain itu ia turut menghilangkan kotoran, minyak berlebihan tanpa mengeringkan kulit.  

 

 

Ramai yang tertanya-tanya, since it is an 'exfoliator', boleh ke guna setiap hari? Boleh. Sebab ia cuma mild dan stay kejap je pada muka. Sesuai dijadikan sebagai pencuci muka untuk kulit kering bagi lelaki. Sebab men lebih terdedah pada kotoran.


Harga: RM25

Beli di sini: https://invol.co/cl7hpi6

 

3. SIMPLE Moisturising Facial Wash


SIMPLE Moisturising Facial Wash ini adalah pencuci muka untuk kulit kering dan sensitif. Familiar dikalangan pemilik kulit kering kerana keberkesanan dan harganya yang berpatutan.  

 


 

Ia memiliki Pro-Vitamin B5, Vitamin E and Bisabolol, iaitu segala yang diperlukan agar kulit sihat. Tambahan pula, cleanser ini tidak berbuih which is good for dry skin. Produk ini adalah pencuci muka untuk kulit kering di Watsons yang cukup popular.


Harga: Rm15.89

Beli di sini: https://invol.co/cl7hqxh

 


4. Sebamed Facial Cleanser Normal to Dry Skin

 

Pencuci muka untuk kulit kering yang seterusnya adalah dari Sebamed yang mempunyai pH 5.5 which is bagus untuk kawal minyak dan air semula jadi agar kulit dapat kelembapan sempurna. 


Tugasan seperti keluarkan kotoran, membersihkan pori, dan buat kulit lebih lembut dapat dilakukan dengan baik. Rupanya ramai yang guna cleanser ni. Sebamed banyak keluarkan skincare untuk kulit kering di Watsons. Lipcare mereka juga tidak kurang hebatnya. 



 

Harga: RM36

Beli di sini: https://invol.co/cl7ht94

 

5. Cosrx Low pH Good Morning Cleanser


Ini adalah pencuci muka untuk kulit kering dan berminyak / kombinasi. But ist is a good pick for dry skin dek kerana nilai pH nya yang rendah. Bertekstur gel cair, ia juga mampu menanggalkan makeup dan sunscreen yang tidak mampu dikeluarkan oleh makeup remover. So muka jadi bertambah bersih.  

 


 

Pencuci muka ini tidak mengakibatkan iritasi, sebaliknya kulit jadi lembut dan segar selepas dicuci. Tak ada fragrance tapi berbau herba. Saya pernah guna cleanser ni dulu. Best! Sekarang produk Cosrx dah masuk Watsons. Senang sikit nak beli. 

 

Harga: dari RM12.99

Beli di sini: https://invol.co/cl7ic0o

 

6. Eversoft Facial Cleanser Avocado


Jenama ni pun dah berpuluh tahun digunakan para wanita. Facial Cleanser Avocado ni amat sesuai untuk kulit yang rasa tegang. Kandungan utama cleanser ini adalah air dan glycerin yang banyak membantu melembapkan kulit kering.


Selain seimbangkan kelembapan wajah, ia juga deeply clean your pores agar kulit bersih dan dapat elak tumbuhnya jerawat.  

 

 



Lagi satu, hargnya amat berpatutan. Sekitar RM13 sahaja dan hadir dengan 195g satu tiub. Boleh tahan lama. 


Harga: RM13.50

Beli di sini: https://invol.co/cl7idj1

 

7. SAFI Beautea Black Tea & Black Orchid Detox Cleanser


Mudah didapati di drugstore dan pasaraya, produk Safi ini ada banyak kandungan yang baik untuk kulit kering dan sensitif. Contohnya Glycerin, Water, dan Sodium Cocoyl Glycinate. This products claims ada antioxidant. 



Fungsi antioxident ni boleh neutralise kulit selepas terkena kotoran, makeup, dan kekusaman akibat stress.  

 


 

Disamping itu, cleanser ni tak ada alkohol, paraben, fragrance, dan SLS.


Harga: RM18.50

Beli di sini: https://invol.co/cl7ivii

 

8. SAFI Dermasafe Mild & Gentle Gel Cleanser

 

Cleasser seterusnya juga dari Safi. Saya pernah tulis dalam artikel sebelum ini yang Safi adalah produk skincare tempatan terbaik! Bagi SAFI Dermasafe Mild & Gentle Gel Cleanser, produk ni langsung tidak menegangkan kulit malah, bertambah lembut.  

 


 

Nilai pH nya juga rendah. Kandungan licorice & chamomile membantu mengurangkan iritasi dan kemerahan akibat kotoran dan suhu. Ia juga seimbangkan kelembapan agar kulit tampak segar dan bersih. 


Harga: RM21

Beli di sini: https://invol.co/cl55pnh

 

9. Cetaphil Gentle Skin Cleanser

 

Siapa tidak kenal dengan jenama ini. Menjadi kegemaran ramai dan rekomendasi dermatologi. Ini semua kerana kandungan dan keberkesanannya dalam merawat semua jenis kulit. Kalau tengah cari pencuci muka untuk kulit kering dan berjerawat di Watsons, Cetaphil adalah pilihan ideal.


 

Terbukti secara klinikal dapat memberikan penghidratan secara berterusan pada kulit dan melindungi dari kekeringan. Kandungan seperti (vitamin B3), panthenol (vitamin B5) glycerin memang baik untuk kulit sensitif.  

 


 


Selain itu, Cetaphil juga boleh menanggalkan makeup berlebihan, bersihkan pori dari kotoran dan minyak. Highly recommeded. 


Harga: dari RM16.50

Beli di sini: https://invol.co/cl20zuw

 

10. Kayman Coalberry Cleanser

 

Antara produk tempatan yang berkualiti dan dipercayai. Bukan timbang kilo tau. Ramai pemilik kulit flawless guna Kayman. Saya sendiri pernah try dulu. Bagi Coalberry Cleanser, produk ni memiliki nilai pH rendah.  

 


 

Bertekstur gel cair dengan kandungan premium-grade activated charcoal. Madu, dan 10 jenis ekstrak berry. Semua ini bagus bagi memastikan pori betul-betul bersih selepas cucian dan menjadikan kulit lembap dan segar. Kalau tengah cari pencuci muka untuk kulit kering dan berjerawat, boleh try yang ni. 


Produk ni berbaloi untuk anda cuba. Banyak dijual di Shopee. 


Harga: RM49

Beli di sini: https://invol.co/cl7jlqz


Journey untuk mendapatkan kulit sihat dan mulus ni kena try and error tau. Tak semestinya produk tu sesuai dengan kulit kita. Semoga artikel pencuci muka untuk kulit kering ini dapat bantu melembapkan wajah agar segar sepanjang hari.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan