12 Moisturizer Untuk Kulit Kering

11

10 Moisturizer Untuk Kulit Kering | Kulit kering memerlukan perhatian dari segi kelembapan untuk mengelak wajah dari berasa tegang, kemerahan, kesat, dan iritasi. Ia akan bertambah kering sekiranya anda sering terdedah kepada penghawa dingin. Oleh itu, menggunakan moisturizer bersesuaian amat penting agar kulit mendapat kelembapan yang seimbang.  

 


 

Walau bagaimanapun tidak semua moisturizer memiliki formula yang sama. Anda harus menggunakan moisturizer yang boleh 'lock air' supaya tidak hilang dari kulit.

 

Tips memilih pelembap muka untuk kulit kering

  • Jenis krim 
  • Elak yang mengandungi alkohol kerana ia boleh mengeringkan kulit
  • Memiliki kandungan occlusive (mengekalkan kelembapan), emollient (memperbaiki tekstur kulit), and humectants (tarik air ke kulit), ceramide (lock air pada kulit)


Baca: Tips Memilih Pelembap Muka

Saya senaraikan sejumlah moisturizer untuk kulit kering yang popular dan menjadi rekomendasi warga net. Kebanyakannya boleh anda temui di drugstore. Selain itu, saya sertakan juga link pembelian secara online untuk harga yang lebih rendah.




12 Moisturizer Untuk Kulit Kering

1. Simple Hydrating Light Moisturizer

Jenama yang sudah tidak asing lagi dalam arena penjagaan wajah. Range yang berwarna hijau dirumus khas buat pemilik kulit kering. Tekstur krim pekat ini amat serasi dengan kulit selain menjadikan wajah lembap dan lembut selama 12 jam. 



 

Ia juga memiliki kandungan yang amat diperlukan kulit seperti Pro-Vitamin B & Vitamin E. Formulasinya juga tidak menutup lubang pori


Kalau nak tahu, ia adalah moisturizer untuk kulit kering di Watsons yang paling popular. 


Harga: RM15

Link pembelian: https://invol.co/cl6h0i6

 

2. Cerave Moisturizing Cream

Sesuai untuk pemilik kulit kering atau 'sangat-sangat kering'. Kandungan utamanya adalah ceramide yang sudah terkenal dengan fungsi 'lock air' agar tidak kering seterusnya menjadi iritasi. Sekali sapuan mampu bertahan selama satu hari.


Biarpun krimnya pekat, namun ia langsung tidak melekit. Malah tidak berbau, sesuai kalau kulit korang alah dengan fragrance. 

 

Menariknya selain untuk wajah, Cerave Moisturizing Cream ini turut sesuai disapu pada badan especially on dry spots like elbows or knees. Cerave masih belum masuk Watsons. So, anda kena beli secara online.



Harga: RM32

Link pembelian: https://invol.co/cl6h0om

 

Artikel berkaitan:

+ Pencuci Muka Untuk Kulit Kering di Watsons

+ 11 Moisturizer Untuk Kulit Berjerawat

+ 10 Moisturizer Untuk Kulit Kombinasi

+ 8 Pencuci Muka Untuk Kulit Kering dan Kusam


3. HADA LABO Gokujyun Hydrating Milk

Siapa tidak kenal dengan Hada Labo bukan? Gokujyun Hydrating Milk ini mengandungi humectants and emollients yang sempurna untuk kulit kering. Malah, tidak mengandungi paraben di mana ramai yang sensitif dengan kandungan ini.

 

Pic: imanabdulrahim
 

Teksturnya tidak terlalu pekat, dan mudah meresap. Malah ia memiliki kandungan humectants and emollients. 


Kulit lebih segar, lembap, dan lembut setelah disapu. Botolnya juga amat praktikal dan very hygienic. Oh ya, produk Hada Labo ini agak mahal dek kerana keberkesanannya. Jadi, tunggu waktu sales di drugstore atau beli online je lah. 

 

Harga: RM46

Link pembelian:  https://invol.co/cl3gvsn

 

4. LaF Med Med Secret Cream Ceramide

Produk untuk kulit muka kering LaF Med Med Secret Cream Ceramide. Untuk pengetahuan, LaF mengeluarkan 3 jenis moisturizer iaitu Aquaporin, The First, dan Ceramide. Untuk kulit kering Ceramide pilih yang Ceramide okay? 

 


 

LaF Med Med Secret Cream Ceramide ini memiliki banyak kandungan yang baik untuk kulit. I'm quite amazed by it. Selain shea butter, beewax, centella, dan green tea. Semua ini menjadikan kulit lembap, lembut, dan cegah iritasi. 



Biarpun agak pekat, namun ia cepat meresap. Sesuai sangat kalau korang sering terdedah dengan aircond. 


Harga: RM47

Link pembelian: https://invol.co/cl2c7gx


5. Muji Moisturizing Milk

Kalau nak tahu, Muji ada 3 jenis 'Moisturizing Milk' iaitu Light, Moisture, dan High Moisture. Kalau kulit anda kering teruk sampai rasa tegang dan kesat, High Moisture adalah pilihan terbaik. 

 


 

Dua titisan sudah cukup untuk melembapkan kulit dari pagi hingga malam. Bukan itu sahaja, ia langsung tidak berbau, so sesuai sangat kalau kulit korang alah dengan produk ber-fragrance. 


Harga: RM19

Link pembelian: https://invol.co/cl6h0r7


6. Ceradan

Produk ini dicipta oleh dermatologist dari Singapura, dirumus khas sebagai moisturizer untuk kulit kering dan sensitif. Ceramide dan beberapa lagi kandungan baik yang ada pada Ceradan mampu memperbaiki kulit agar lebih segar dan sihat. 

 

 

Moisturizer ini agak pekat, almost macam lotion. Tapi cepat meresap. Jadi, Ceradan ini memang sesuai untuk dry skin sahaja. Kalau kulit berminyak, takut nanti lebih berminyak dan muka jadi shinny. 


Harga: RM75

Link pembelian: https://invol.co/cl2c7ht


7. Cetaphil Moisturizing Cream

Jenama Cetaphil sudah sinonim dalam arena produk penjagaan kulit. Keberkesanannya diakui ramai. Selain pencuci muka, Cetaphil turut menghasilkan moisturizer untuk kulit kering iaitu Cetaphil Moisturizing Cream. 


Produk ini memberi kelembapan dan memperbaiki kulit kering dan sensitif. Menggunakan formula HELO SYSTEM iaiti memerangkap dan menghalang air dari hilang pada kulit. 

Pic: ieyrahm.blogspot.com

 

Tidak berminyak, mudah meresap, dan melembutkaan wajah. 


Harga: RM34.52

Link pembelian: https://invol.co/cl2c7i7


8. Rosken Dry Skin Cream

Popular, berkesan, murah, dan mudah didapati. Rosken juga mengeluarkan pelbagai produk mengikut jenis kulit. Go for Dry Skin yang berwarna biru gelap. 


Sering terdedah kepada cahaya matahari suhu rendah, atau penghawa dingin, sering buat kulit jadi tegang dan kusam. Rosken Skin Repair Dry Skin membantu mengembalikan air yang hilang pada kulit. 

 

 

Disebabkan pelembap ini cepat meresap, anda dapat merasainya sebaik selepas sapuan. Ini adalah antara skincare untuk kulit kering di Watsons yang paling laris.


Harga: RM14.37

Link pembelian: https://invol.co/cl2c7iu




9. Cosmoderm Vitamin E Cream 3000 IU

Moisturizer untuk kulit kering drugstore yang agak popular di Malaysia. Botol berwarna oren ini dirumuskan buat pemilk kulit normal to dry skin. Kandungannya sangat efektif untuk kulit kering, tegang, dan sensitif. 

 


Selain memberi kelembapan, ia juga menghalang kedutan dan merawat parut. Ramai juga pengguna Cosmoderm ni.


Harga: RM19

Link pembelian: https://invol.co/cl2c7kd


10. Safi Dermasafe Soothe & Hydrate Day Moisturizer

Jenama tempatan yang berkualiti dan dipercayai. Kesemua kandungan yang terdapat dalam moisturizer ini bagus untuk normal to dry skin. Ingredients utamanya adalah air, niacinamide, dan Hyaluronic Acid. 

 

Pic: akucantikkk.com
 

Seperti yang kita tahu, niacinamide ini adalah sejenis vitamin B yang boleh repair kulit dan mengecilkan pori. Hyaluronic Acid pula lock kelembapan supaya kulit segar sepanjang hari. 


Teksture moisturizer ni jenis gel tau. Tapi langsung tak mengeringkan. Bahkan tidak memiliki fragrance. Packaging pun cute! 


Harga: RM32

Link pembelian: https://invol.co/cl6h0rm

 



11. Wardah Aloe Hydramild Moisturizer Cream

Produk dari Indonesia ini semakin mendapat tempat dikalangan pengguna Malaysia. Mana tidaknya, ia berkesan. Malah harganya juga amat berpatutan. Bagi Aloe Hydramild Moisturizer Cream, ia berkandungan aloe vera yang sudah diketahui keberkesanannya dari segi kelembapan. 


Memberi kelembapan dengan serta mera selain menjadikan kulit segar sepanjang hari. Krimnya agak pekat, tetapi tidak meninggalkan kesan berminyak pada wajah. Just nice untuk pemilik kulit kering. 


 


Harga: Rm7.20

Link pembelian: https://invol.co/cl2c7ks


12. Cosrx Honey Ceramide Full Moisture Cream

Kalau korang biasa guna produk skincare dari Korea, sudah pasti tahu akan jenama Cosrx. Saya sendiri menggunakan serum dari Cosrx. And I love it! Bagi moisturizer pula, ia memiliki ceramide dan ekstrak madu yang memberikan kelembapan buat kulit. 


 

Diformulasi agar kulit kekal lembap sepanjang hari, dan kandungan ceramide ini juga bakal memberikan kesang glowy. 


Moisturizer ni diletakkan dalam bekas/jar tau, which I am not a fan of dari segi kebersihan. But, setiap bekas hadir dengan spatula. Biarpun mahal, review pelembab untuk kulit kering ini semuanya positif. Cosrx masih belum masuk Watsons. Haih...


Harga: RM120

Link pembelian: https://invol.co/cl2c7m2

 

Semoga artikel moisturizer untuk kulit kering ini dapat membantu. Harus diingat yang moisturizer adalah step paling penting dalam rutin skincare seharian. Wajib pakai tidak kira apa jenis kulit sekali pun! 


Tags

Post a Comment

11Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Kulit saya pun kering kerana cuaca yang terlalu panas... Saya juga guna Muji

    ReplyDelete
    Replies
    1. produk muji tu ade jual kat mana ye?Watson ada masuk ke?

      Delete
  2. kalau kulit mengelupas nak kene cari skincare yg macam mane and skincare apa yg sesuai untuk hilangkan kulit mengelupas ni..betul betul perlukan jawapan..buntu ni tak tahu nak kene buat apa

    ReplyDelete
    Replies
    1. menggelupas tu biasanya sebab kering. kena pakai yang cream. dah cuba hada labo?

      Delete
  3. Kulit saya kering dan kusam , boleh suggest tak skincare yg set UTK kulit kering dan kusam?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh cuba range dari hada labo.

      Delete
    2. Saya dh cuba sebelum ni, tapi xberkenan malah naik jerawat ..maaf

      Delete
  4. Moisturizer himalaya sesuai utk kulit kering x ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesuai, nnt kulit jd moist je, boleh pakai kt muka dan bdn jugak.

      Delete
  5. Nak cari sunscreen @ sunblock normal skin tapi hydrate

    ReplyDelete
  6. Moisturiser Aiken biru sesuai x untuk kulit kering ?

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top