Tips Supaya Blog Nampak Kemas

19

Assalamualaikum! Wah! Pelik tak kenapa aku tetiba buat 'tips blogging'? Blog yang sebelum ni hanya menceritakan tentang diri sendiri, kini BERTUKAR!

Takde apa2 pun sebenarnya. Saja nak share pendapat. Maklumlah, dah 25 tahun bergiat aktif dalam dunia blog! So, aku rasa nak buat tips dalam Bahasa Melayu. Tips ni dah ramai blogger lain buat, tapi aku nak buat dgn cara aku sendiri. *mukadimah sampai 2 para*

1. Warna background dengan warna text haruslah kontra!

Sebenarnya background color ni tersangatlah penting sebab itu adalah first impression bila orang singgah ke blog korang. Ada sesetengah blog yang letak background colour hitam, then text color grey.  Ada pulak yang background putih, text kuning! Memang terkeluar bijik mata nak baca. So, aku cadangkan pilih warna yang kontra. Baru lah sejuk sikit hati nak baca. Bak kata Puan Zimah, READABLE!

2. Upload gambar pada setiap entry


Cuba bayangkan kalau dalam surat khabar tu takde gambar? mesti bosan kan? Konsepnya sama  juga dengan blog. Oleh itu, upload la sekeping dua gambar agar mata pembaca boleh relax sikit. So, pengunjung blog anda takde lah boring sangat bila tengok text yg panjang berjela. Kalau gambar banyak sangat dan nak kurangkan load time, pakai je coding jQuery Lazy Load.

3. Kurangkan widget


Ni pun satu hal jugak, kalau letak banyak2 widget yang tak bagi keuntungan tu sebenarnya boleh meningkatkan masa untuk load blog korang. Contohnya macam letak jam, tarikh, dan gambar. Kalau boleh kurangkan letak flash widget, lagu, video streaming bagai! Sebab benda2 ni semua melembabkan load time.

4. Justify entry anda!

Tips yang ni sebenarnya terpulang. Kalau color blog tu dah cantik, dan tak sakit mata memandang boleh je kalau nak 'align center'. Tapi lebih afdal jika 'justify'. Melainkan kalau 'align center' tu dah jadi trademark blog korang. Bukan setakat justify je, kalau boleh, masukkan paragraph! Kalau entry korang tu panjang berjela stok essay 3000 patah perkataan, sila buat paragraph. Tengok pun dah sakit mata, apa pulak nak baca. 

5. Guna bahasa yang mudah difahami!

Hah! Aku tak sabar nak explain tips yang ni. Kat Malaysia ni pakai dua bahasa je. So, depends la nak pakai yang mana. Tapi ada sesetengah blogger yang menggunakan bahasa SMS! tersangatlah annoying-nya. Contoh ayat:

"hai korunk, rini aq nan mmbr kwa jln2 p pavi. bst siot! ktwg lpak2, mkn, tgk wyg. pas2 aq pny la bngang nan mmbr aku swg ni bub dye lmbt pai! kn men lme aq tgu!"

Hah! bawa-bawa la bertaubat! For sure blog korang akan kena ludah kahak hijau! Memang berbulu je mata nak baca. Benda ni aku dah survey dari komen2 pelawat kat blog yang guna bahsa SMS tu. 


Yang baca tips ni mesti ada yang cakap "blog aku, suka hati aku lah!". Ya, memang betul blog korang, email korang, url korang. Tapi kita buat blog ni mesti untuk orang baca kan? Tak salah kalau mesra pelawat. So, senang cerita, blog mesti READABLE! Lecturer aku pernah ajar dlm kelas Publication Design, "jangan syok sendiri". *Agak2 hati Puan Zimah sejuk tak bila baca entry ni?*

p/s: Punya la happy sangat bila blog dah ada social icon! 3rd attempt baru jadi. Social icon tu buttons that link to your  social networking sites so readers can connect with you! (yang ada lambang FB dgn Twitter tu -->) nak ke tutorialnya
p/ss: blog ni masih belum ada header yang sesuai. harap maaf. 

bubye!
Tags

Catat Ulasan

19Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. aku setuju yg num 2 2........
    coz aku pn x masok kan picca....
    ngan bahase sms...
    yg nie sgt99999 setuju!!!!!!!
    mmg annoyinggggggggg mcm nak muntah hijau biru kuning!!!!!

    BalasPadam
  2. @Eqee~~ ha tau punnn! muntah2 org baca blog gini, jangan harap orang nak singgah lagi. hahaha!

    BalasPadam
  3. thanks for tips. banyak sangat letak widget blog lambat loading.


    My latest entry : Heroin Kartun Disney Versi Gothic

    BalasPadam
  4. @shaffique kan? letak yg mana patut je.. ;)

    BalasPadam
  5. i like this entry sooo muchh!!!:)

    BalasPadam
  6. @fatienwm me punn! tutorials are coming. haha!

    BalasPadam
  7. wah nampaknya blog khazami dah beralih arah... dari kisah2 fazura.. kepada blog's tutorial... hiihi..

    BalasPadam
  8. @madamnora hahahahah! Eeee madam ni, takleh buat bnyak sgt citer pasal fazura. nanti over shadow pulak! hahaha! ;)

    BalasPadam
  9. @najihatussolehah most welcome dear.. :8)

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum.
    Memang benar, kadangkala artikel blog memang menarik, tetapi kerana menggunakan bahasa sms,hilang minat untuk membacanya. Terbaru dalam blogworking, seorang guru yang telah bersara menulis, "tyvm buat semua".

    Terkial kial mencari klu untuk memahami maksudnya. Setelah diulang baca berkali kali, barulah faham, rupa-rupanya "tyvm" itu adalah singkatan untuk "thank you very much". Memang tidak wajar samasekali.

    BalasPadam
  11. @KAK AIN betul kan? Kalau type macam tu maknanya dia sorang je la yang faham. *sigh

    BalasPadam
  12. betul tu..sangat annoying kalau guna bahasa sms tu.erggg

    jemput singgah http://diyanaasraf.blogspot.my/flashcard4d

    BalasPadam
  13. Betul tuh.. setuju bab nak kena tulis gunakay ayat yang betul...

    BalasPadam
  14. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  15. byk tips berguna kat sini... terutama yg baru berjinak dunia blogging macam saya.

    Jemput singgah
    http://mat-drat.blogspot.my
    http://www.sayangwang.com

    BalasPadam
  16. Hahaha.. juling mata kalau jumpa blog SMS. Nasib baik tak pernah jumpa lagi. ��

    Anyway, terima kasih bagi tips best��

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top