(Sinopsis) DINGIN LAVENDA di Slot Zehra Tv3

0

Hey I'm blogging here! Menyusuli Tahajjud Cinta, TV3 kini kembali menyiarkan drama berunsur islamik bagi mengisi Slot Zehra yang telah beberapaminggu tidak bersiaran.

DINGIN LAVENDA merupakan drama adaptasi daripada novel >> Dingin Salju Indiana, karya Nurolsham Saidin. Drama ini bakal dibintangi oleh pelakon berbakat seperti Eira Syazira, Zarina AF, Faralyna Idris, Azlee Khairi.

Drama arahan Amy Maziah ini bakal menemui penonton setiap hari Jumaat pada jam 9mlm, bermula 2 Desember 2011. 


Sinopsis Dingin Lavenda:

    Jannah dan Murni memilih Indiana, Amerika Syarikat untuk menyambung pengajian, tanpa menyangka hadirnya cabaran yang menggugat persahabatan dan permasalahan yang mencabar keimanan. Murni menyentak rasa dengan sikap dan egonya.
    Malah, segalanya tentang Murni mencemaskan. Jannah yang tegas, pernah mengaku kalah di tengah jalan, namun dia harus lebih kuat menghadapi keadaan. Masalah teman serumah, Nana, cukup memeningkan. Kehidupan pelik Kak Icon mengundang tanda tanya. 
    Sikap prihatin melampau Kak Zai mengundang rencah rasa. Dalam masa yang sama, dua jejaka hadir di hati Jannah: Azhar dengan surat-suratnya yang membaja semangat dan Matthew, pemuda Kristian yang mencari kebenaran. Siapakah yang jodohnya Allah tentukan buat Jannah?
 Sumber: Facebook Dingin Lavenda

Sinopsis tak macam sinopsis kan? Actually, ni je yang aku dapat setelah aku meng-google.  Okbai!

Tags

Post a Comment

0Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top