(Sinopsis) Atas Nama Cinta di Slot Akasia

10

Hey, I'm blogging here! Selepas tamatnya Gemersik Kalbu yang mempunyai OST yang sangat comel, kini TV3 menghidangkan sebuah lagi drama baru bertajuk ATAS NAMA CINTA bagi mengisi Slot Akasia. 

Atas Nama Cinta menjalankan penggambaran di Perth, Australia produksi Zeel Productions Sdn Bhd. Drama arahan pengarah berpengalaman ini dibintangi oleh Shahrizal  Jaszle, Fiza Halim, Tasha Shilla, Shah Iskandar, Wan Shade, Roy Azman dan ramai lagi. 

Atas Nama Cinta akan disiarkan setiap Isnin hinggga Khamis, jam 7pm bermula 13 Februari 2012 di TV3! 

Sinopsis: 

   Mengisahkan Ahmad (Roy Azman) bersama anaknya, Saiful (Shah Iskandar)pulang ke kampung halaman hingga menimbulkan tanda tanya kepada penduduk kampung kerana sebelum ini dia menetap di Kuala Lumpur.
   Sebenarnya, Ahmad mempunyai alasan tersendiri iaitu ingin melarikan diri dari along yang memburunya selepas gagal membayar hutang dan satu-satunya tempat selamat untuk bersembunyi ialah kampungnya.
   Dikampung, Saiful berkawan baik dengan Cinta(Fiza Halim) . Dia selalu menyelamatkan Cinta daripada menjadi mangsa buli. Sejak itu, Saiful sering menyelamatkan Cinta daripada orang-orang yang cuba membulinya. Dari situlah mereka menjadi rapat dan cinta mula berputik.
   Bagaimanapun, bagaikan tidak serik, Ahmad bertindak di luar batasan membuat onar apabila mencuri wang simpanan milik ibu Cinta iaitu Zahara.
   Ahmad kemudian melarikan diri ke Kuala Lumpur dan menggunakan wang terbabit bukan untuk membayar hutang sebaliknya berjudi. Nasib tidak menyebelahinya, dia bukan saja kalah malah kini turut diburu Zahara yang bertindak menjejakinya. Akibat insiden itu, pelbagai konflik tercetus antara Saiful dan Cinta.
   Untuk babak lain pula Ghaz telah dibawa lari oleh keluarga angkatnya ke Perth. Cinta pula telah ditipu kononnya Ghaz telah meninggal dunia kerana kemalangan. Selepas 15 tahun berlalu, Cinta berpeluang menyertai sebuah kursus di Perth selama dua minggu lalu bertemu lelaki yang pernah menyelamatkannya dahulu, Tengku Farish.
   Tengku Farish memperkenalkan Cinta kepada rakan karibnya. Bermula dari situ rakan karib Tengku Farish dan Cinta merasakan sesuatu bahawa mereka pernah mengenali antara satu sama lain.
   Apakah kesudahan drama ini? Bagaimana pula tentang perhubungan Saiful dan Cinta apabila mereka telah dewasa?Apakah yang terjadi kepada bibit cinta yang baru mula berputik antara Saiful dan Cinta? Mampukah mereka mengecap cinta yang diimpikan selama ini?
 sumber: Facebook Atas Nama Cinta
















 

Tags

Post a Comment

10Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. cerita atas nama cinta ni dorang ambik daripada cerita korea bertajuk spring waltz..

    ReplyDelete
  2. @Lady D yeke? thank you for the info! ;)

    ReplyDelete
  3. Cari lh heroin yg best skit,,,,,,,

    ReplyDelete
  4. Cari lh heroin yg best skit,,,,,,,

    ReplyDelete
  5. memg sebijik sgt ngn drama korea spring waltz tu.. peniru la.. x best camni..

    ReplyDelete
  6. ala relax la..niw versi melayu..ala filipina 2 buat cite stair way to heaven sebijik2 cm citer korea best jew..lg best dr citer ori..

    ReplyDelete
  7. spe nyanyi lagu tema cter niw yek..

    ReplyDelete
  8. macam best cerita ni, esp shah jazle tu yg belakon. yummeh!

    ReplyDelete
  9. arini br aku prasan sbijik citer spring waltz kecuali mak pompuan tu xmati....hahahaa

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top