Hey I'm blogging here! Selepas berakhirnya Vanilla Coklat minggu lalu, TV3 akan menghidangkan anda dengan drama terbaru iaitu 3 JANJI bagi mengisi Slot Lestari.
3 Janji dibintangi pelakon popular seperti dibarisi pelakon popular tanahair antaranya Liyana Jasmay, Shahrizal Jaszle, Shah Iskandar, Ana Dahlia, Idzham Ismail, Hanez Suraya, Ungku Ismail, Roy Azman, Rosnah Johari dan Zara Zya.
3 Janji dibintangi pelakon popular seperti dibarisi pelakon popular tanahair antaranya Liyana Jasmay, Shahrizal Jaszle, Shah Iskandar, Ana Dahlia, Idzham Ismail, Hanez Suraya, Ungku Ismail, Roy Azman, Rosnah Johari dan Zara Zya.
Drama arahan Heyqal Hanifah ini akan disiarkan mulai 20 Mac 2012, setiap selasa jam 9.00 malam di Tv3!
Sinopsis 3 Janji
Kisah ‘3
Janji’ bermula di sebuah kampung yang berjauhan dari bandar. Dalia
(Liyana Jasmay) dan Khursyi (Shahrizal Jaszle) berkawan baik sejak
kanak-kanak. Mereka hidup berjiran dan hubungan kedua-dua keluarga juga
akrab.
Dalia dan
Khursyi saling memahami dan menyayangi. Impian Dalia ialah menjadi
penari tetapi Khursyi yakin Dalia akan berjaya sebagai seorang doktor.
Khursyi pula bercita-cita menjadi seorang kaunselor yang hebat. Hubungan
mereka bertukar menjadi pasangan kekasih apabila Khursyi tidak dapat
menafikan kasih sayangnya terhadap Dalia selepas berjaya menghalang
rancangan jahat Elias (Idzham Ismail) terhadap Dalia. Kedua-dua keluarga
juga merestui hubungan mereka dan merancang untuk berbesan apabila
sampai masa nanti.
Malang tidak berbau… Dalam perjalanan
mereka ke sekolah untuk mengambil keputusan SPM, Khursyi ditimpa
kemalangan menyebabkan dia cedera parah dan tidak sedarkan diri. Selepas
tersedar, Khursyi bercakap tentang 3 janji yang pernah dibuat bersama
Dalia sebelum ini.
Khursyi bersyukur yang dia sudah berjaya
menjadi sahabat terbaik buat Dalia, dan kemudian menjadi kekasih yang
terbaik dan berazam untuk menjadi suami terbaik buat Dalia. Dalia
terharu dan bahagia kerana amat disayangi Khursyi. Pesan Khursyi lagi,
andai mereka tiada jodoh pula, dia mahu Dalia mencari lelaki yang boleh
melaksanakan 3 perkara itu juga. Itulah 3 Janji yang harus dipegang
Dalia.
Namun, tidak lama kemudian Khursyi
meninggal dunia. Bagaikan kehilangan sesuatu dalam dirinya, Dalia pasrah
tetapi cuba menguatkan diri untuk meneruskan hidupnya., Dalia redha
dengan pemergian Khursyi dan sentiasa teringat kepada 3 janji yang
pernah dilafazkan oleh Khursyi.
Keluarga
Dalia mengambil keputusan untuk berpindah ke Indonesia kerana keadaan
Dalia yang sentiasa murung. Selepas 5 tahun, Dalia pulang ke Malaysia
dan tinggal bersama makciknya, Adila (Hanez Suraya). Dalia mengambil
jurusan perubatan seperti yang dijangka oleh arwah Khursyi dahulu tetapi
masih menari ketika lapang untuk mengubat hatinya yang luka.
Yassin
(Shah Iskandar) terpikat dengan tarian Dalia ketika mengambil gambusnya
di studio latihan. Tanpa disedari, Yassin turut mengiringi tarian Dalia
dengan alunan gambusnya berentak zapin. Dalia terkejut dengan kehadiran
Yassin dan terus berhenti menari sebelum meninggalkan bilik itu.
Sejak hari
itu, Yassin sering mencari peluang untuk mendekati Dalia. Keikhlasan
dan kebaikan Yassin akhirnya membuka hati Dalia untuk berkawan
dengannya. Yassin menjadi teman setianya semasa membuat ulang kaji dan
menari.
Keprihatinan Yassin mengingatkan Dalia tentang 3 Janji tersebut
kerana Yassin sudah menepati janji pertama yang telah menjadi sahabat
terbaik buat Dalia. Tanpa disedari, Sufi (Ana Dahlia) yang mencemburui
hubungan mereka sanggup berbuat apa sahaja termasuklah bersubahat dengan
Elias untuk mendapatkan Yassin.
Hati Dalia
menjadi keliru apabila berjumpa dengan jiran barunya, Kamil (Shahrizal
Jaszle) yang mirip wajah arwah Khursyi. Kerinduannya terhadap arwah
Khursyi menjadikan Dalia hilang dalam angannya dan mengejar cinta
daripada Kamil. Pada mulanya Kamil rimas dengan obsesi Dalia. Namun,
Kamil mula berkawan dengan Dalia kerana mempunyai agenda tersembunyi.
Sumber: FanPage 3 Janji
huhu! cam menarik gak~~
BalasPadam