(Sinopsis) Ameera di Slot Samarinda

1


Hello internet!  Setelah berakhirnya drama penuh emosi Mahabbah, kini drama Ameera bakal menemui penonton setia Tv3 di Slot Samarinda.

Drama bersiri Ameera arahan Murali Abdullah dibintangi Rita Rudaini (Ameera), Syamsul Yusof (Ameer), Zarina Zainoordin (Zila), Jasmin Hamid (Puan Suraya), Aishah Ilias (Marisha),  Faizal Hussein (Jai), dan ramai lagi.





Menariknya drama terbitan Zeel Production ini adalah hasil garapan penulis novel terkenal dengan karya-karya hebat iaitu Sharifah Abu salem.

Ameera bakal disiarkan bermula 23 Mei 2012, setiap Selasa dan Rabu jam 10.30pm, manakala Khamis pula pada jam 9.30pm.

Sinopsis Ameera:

Drama Ameera berkisar kehidupan Ameera dan Ameer yang bahagian melayari bahtera rumah tangga selama empat tahun walaupun masih belum dikurniakan anak.Namun, mereka tertekan apabila ibu Ameer, Puan Suraya mendesak Ameer berkahwin denga Marisha.

Apabila Ameera disahkan mandul, Ameer masih enggan mengahwini Marisha yang menjadi pilihan ibunya. Ameera buntu memikirkan cara penyelesaian, akhirnya mencadangkan Ameer supaya mengahwini seseorang untuk mendapatka anak dan menceraikan selepas melahirkan anak. Ameer menganggap Ameera bergurau sehingga seorang gadis kampung dan miskin, Zila muncul dalam kehidupan mereka.

Zila melarikan diri  dari kekasihnya Faruk, kerana mahu menjualnya kepada sindiket pelacuran.Ameera membawa Zila pulang kerumahnya. Ameera menganggap Zila sebagai calon paling sesuai untuk menjadi isteri kepada Ameer.

Ameera menawarkan upah RM350,000 kepada Zila. Ameer pada mulanya membantah namun Ameera merayu supaya menerima cadangannya untuk berkahwin dengan Zila. Akhirnya Ameer bersetuju.Ameer dan Zila bernikah secara rahsia. Dalam perjanjian yang ditandatangani Zila, dia akan diceraikan selepas mengandung dan melahirkan anak Ameer.

Zila akhirnya jatuh cinta terhadap Ameer. Ameer telah memberi perhatian lebih kepada Zila setelah dia disahkan mengandung.

Apakah cadangan Ameera untuk mendapatkan zuriat Ameer daripada perkahwinan tersebut itu memakan diri? Bagaimana pula nasib Zila selepas melahirkan anak? Berjayakah Zila melepaskan diri daripaada cengkaman Faruk? Segalanya bakal terjawab dalam Ameera yang akan disiarkan mulai 23 Mei 2012.

Sumber: Facebookpage Ameera

Catat Ulasan

1Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. lawa pic diorg tu.

    tapi cite melayu ni.. =,=

    read my new entry on my blog.Do follow if you interested, and i shall follow you ! =D

    http://lovelynemo.blogspot.com

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top