Menggantikan Amukan Pocong, anda bakal dihidangkan dengan sebuah drama drama bersiri terbaru bagi mengisi Slot Seram di Tv3.
WARIS merupakan sequel kepada Kekasihku Seru yang pernah memenangi (Drama Rantaian Terbaik Anugerah Skrin 2009) akan kembali menghantui anda mulai 14 Jun 2012, setiap hari Khamis jam 10.00 malam.
Drama bersiri 13 episod terbitan Filmscape Sdn. Bhd adalah buah tangan terbaharu pengarah terkenal
Kabir Bhatia dan garapan skrip oleh Mira Mustaffa, Tommy CT Loh dan Nik
Naemah.
Masih mengekalkan barisan pelakon yang sama seperti Datin Paduka Umie
Aida (Mas Suri), Emelda Rosmila (Marisa), Fizz Fairuz (Rashad), Hairi
Othman (Waris) dan Kuza (Mas Ayu), turut menampilkan Liza Shadan (Aida), Mozalfa Faisa (Fariz), Syamiem
Alnisa (Sarah) dan Fadzrin Danial (Amar).
(Sinopsis) Waris:
WARIS mengisahkan kehidupan Rashad dan Marisa
selepas 10 tahun yang tenang bersama anak lelaki mereka Amar. Waris
menjadi igauan ngeri bagi Marisa pada suatu ketika dulu kerana dia
merupakan mangsa kepada Waris yang memerlukan seorang kekasih dari
keturunan Mas Ayu untuk memastikan hayatnya berpanjangan.
Marisa bersyukur kerana dapat memulakan kehidupan baru bersama suami
tersayang dan anak lelakinya yang sangat ceria dan aktif. Kadang-kala
dia akan berasa sedih apabila terkenangkan anak kembarnya yang sudah
meninggal dunia pada hari kelahiran.
Rashad dan Marisa telah membawa Amar bercuti di Terengganu. Dalam
perjalanan, mereka terserempak dengan sebuah upacara pengebumian di mana
seorang wanita telah dibunuh secara kejam dan meninggalkan anak
perempuannya yang masih kecil, Sarah.
Marisa menjadi panik apabila Amar hilang dari penglihatan mereka.
Selepas dijumpai, Amar terkena sawan. Namun, doktor mengesahkan keadaan
Amar normal selepas melakukan pelbagai ujian. Sejak itu, Amar berubah
menjadi murung dan cepat marah. Buntu melihat perubahan anak mereka,
Rashad dan Marisa telah membawanya pulang berjumpa dengan Mas Suri, Ibu
kepada Marisa.
Mas Suri mula berasa bimbang jika masalah yang sering membelenggu
fikirannya selama ini telah menjadi nyata. Dia risau jika Waris telah
bangkit semula. Mas Suri terpaksa membuka rahsia yang anak kembar
perempuan Marisa masih hidup dan berada di bawah jagaan Rokiah. Mas Suri
terpaksa memisahkannya daripada Marisa kerana dia tahu Waris akan
kembali memburu anak perempuan keturunan mereka. Rokiah yang
dipertanggungjawabkan menjaga anak perempuan itu telah menyerahkan anak
tersebut kepada sepupunya kerana menganggapnya sebagai beban.
Marisa seakan tidak percaya mendengar pengakuan Mas Suri. Tergamak
Mas Suri melakukan perkara yang sama dia pernah lakukan pada Marisa. Mas
Suri memohon maaf daripada Marisa kerana dia tiada pilihan lain bagi
melindungi cucu perempuannya daripada ancaman Waris. Selama ini, Mas
Suri sedar bahawa Mas Ayu tidak akan berputus asa dan dia akan menyeru
semula Waris.
Amar menjadi sasaran baru Waris yang terdesak untuk mencari Tuan baru
kerana keadaan Mas Ayu yang terlalu lemah dan sedang nazak. Waris
perlukan badan baru untuk berkuasa semula. Walaupun masih marah terhadap
ibunya, Marisa perlukan bantuan Mas Suri untuk menjejaki anak
perempuannya, Sarah yang kini dijaga oleh Aida dan suaminya, Fariz.
Sarah membesar dalam keadaan yang daif tanpa belaian kasih sayang.
Selepas ibu angkatnya meninggal dunia, Aida telah mempelawa Sarah untuk
tinggal bersama. Tanpa disedari, Aida telah mengundang bahaya dalam
kehidupannya. Sarah yang dipengaruhi oleh kuasa jahat telah memberi
ancaman nyawa kepada ahli keluarga barunya.
Sempatkah Mas Suri dan Marisa menjejaki Sarah sebelum Waris? Apakah
muslihat Waris akan berjaya pada kali ini? Berjayakah Mas Suri
membebaskan keturunannya daripada ancaman Waris buat selama-lamanya?
Sumber: Facebook Waris
dah abes dah amukan pocong?? tak pernah tgk pon.uhuh...
BalasPadam@luqman zakaria sama lah.. tak pernah tengok jugak. hehe.. :p
BalasPadamkenapa la banyak no cerita hantu kat Mesia ni?
BalasPadam@Nora Karim mesia mmg banyak hantu. yang peliknya, semua dlm tv suka bunuh orang.. cliche betul..hmm.
BalasPadam