Hello internet! Kalau sebelum ni saya pernah bercerita mengenai Youtube sensation, The Shaytards, kali ni saya nak berkongsi dengan korang tentang Prank Vs Prank (PVP) yang menerbitkan video mengenakan orang atau lebih dikenali sebagai 'prank'.
PVP dikendalikan oleh Jesse Wellens bersama teman wanitanya, Jeana. Mereka menggelarkan diri mereka sebagai 'The Crazy Youtube Couple' kerana menghasilkan video-video prank yang menarik, kelakar dan kadang kala agak keterlaluan.
Sebenarnya mereka melakukan prank sesama sendiri, mula-mula Jesse prank Jeana kemudian Jeana akan balas dendam. Oleh itu mereka menamakan saluran Yuotube mereka sebagai Prank Vs Prank.
Antara video yang paling mendapat
sambutan adalah Girlfriend Caught Cheating, Surprise Haircut on Girlfriend dan Girlfriend Paintball in Shower. Tapi kan, selalunya si Jesse ni prank Jeana dengan labah2 sebab Jeana memang takut akan serangga.
Memang kelakar habis! Tapi video prank kegemaran saya adalaah 'Stanley Cup Ruined by Girlfriend' di mana Jeana senyap-senyap tukar channel lain masa Jesse tengah tengok perlawanan hoki ais. Jeana akan tukar channel lain disaat pemain ingin menjaringkan gol.
Untuk rekod,
setiap video yang mereka muat naik mencecah 2 juta penonton dan setakat
ini saluran PVP telah menghasilkan 113 video, berjaya mengumpul 1,110,727 subscribers dan mencecah 214,964,088 penonton!
So, disebabkan channel PVP mendapat sambutan mereka turut menghasilkan daily vlogs di mana mereka akan upload satu video setiap hari yg mengandungi aktiviti seharian mereka menerusi channel BFvsGF. Siapa yang nak tips diet, gym, dan sukakan kucing, BFvsGF adalah highly recommended. Gitu.
Selain itu, PVP turut mengendalikan sebuah lagi Youtube channel iaitu 'Down Range Gaming' yang melibatkan video mengenai permainan video Xbox serta channel NylahKitty. Ok, NylahKitty ni comel dan sesuai untuk cat lover.
Pencapaian terbaik PVP setakat ini adalah video2 mereka diselitkan dalam sebuah tv show terbitan MTV iaitu Pranked, dan pernah muncul dalam beberapa rancangan temubual termasuk Jay Leno Show.
Pencapaian terbaik PVP setakat ini adalah video2 mereka diselitkan dalam sebuah tv show terbitan MTV iaitu Pranked, dan pernah muncul dalam beberapa rancangan temubual termasuk Jay Leno Show.
PVP turut memiliki tagline mereka sendiri dgn sering menyebut PVP SAAAN dan DOPE FRESH NATION. Kadang2 aku pernah terjumpa orang type tagline tersebut di ruangan comment video2 lain yg takde kaitan dgn diorang.
Walaupun ramai lagi yg hasilkan
prank video di youtube, PVP still on top kerana video mereka hasilkan
adalah well-edited, high resolution dan kelakar.
Khabar mengatakan PVP menerima almost USD200,000 setiap tahun dari Google Adsense. Fuhh! Si Jesse ni dulu terlibat dgn US Military dan sekarang beliau menghasilkan video Youtube sepenuh masa selain menjual merchandise PVP.
Well, selain daily vlogs dari Shaytards, saya tengok PVP dan..... CTFxC. Next time la saya blog pasal CTFxC. So saya tinggalkan korang dengan salah satu video dari PVP. Okbai!
Tags
Kegiatan yang kreatif sekali. Penggemarnya semakin banyak
BalasPadamThis couple has amazing idea. They create unusual concept, and their purpose has earn many thing
BalasPadamMemang couple ini sungguh kreatif. Mantap sekali video-videonya
BalasPadammemang ada beberapa yang kelihatannya keterlaluan. tapi kocak banget...
BalasPadamCouple yang luar biasa. Artikel ini juga luar biasa kasih informasi...
BalasPadamAwesome couple. inspire creative people to do the same..
BalasPadamkadangkala saya tertawa terbahak-bahak setelah nonton karya-karya mereka. Ini sungguh ide yang kreatif namun kadang kala gila...
BalasPadamThis post is awesome. Ide yang bagus memberikan informasi dari kepopuleran seseorang. mantap
BalasPadam