Menyusuli Saiful Nita, saksikan buah tangan terbaharu dari pengarah berkaliber, Murali Abdullah menerusi drama bersiri PUTERA RAYYAN yang bakal bersiaran di Slot Samarinda mulai 31 Oktober 2012 di Tv3.
PUTERA RAYYAN dibarisi oleh pelakon berbakat seperti Kamal Adli, Nad Zainal, Miera Liyana, Luftya, Aida Aris, Zila Bakarin, Shahee, Razali Hussin dan Zuhairi Ibrahim.
Drama bersiri 23 episod ini disiarkan setiap Selasa hingga Rabu 10.30 malam, dan Khamis 9.30 malam.
Sinopsis Putera Rayyan
Putera Rayyan ( Kamal Adli) menyamar sebagai pekerja di syarikat Datuk Norman. Anak Datuk Norman, Arisa(Nad Zainal) dan Anisa juga bekerja di syarikat itu.
Putera Rayyan terpikat dengan hati budi Arisa yang melayannya dengan baik, jauh berbeza dengan Anisa yang sombong dan mementingkan status. Baru saja cinta berputik, Datuk Norman meninggal dunia akibat kemalangan yang dirancang isteri keduanya, Nora yang juga ibu Anisa.
Sejak insiden itu, hidup Arisa dirundung malang. Rayyan berjanji mahu menjaga Arisa sebaik mungkin. Arisa dan Putera Rayyan berkahwin juga tetapi kehidupan rumahtangga
mereka tidak bahagia seperti yang diharapkan.
Hidup mereka suami isteri
bergolak disebabkan campurtangan dari pihak mertua dan juga kehadiran
orang ketiga, yang mahu memusnahkan hubungan mereka.
Arisa sering dianiaya oleh saudara tirinya Anisa.
Dia didera secara fizikal dan mental hingga jiwanya tertekan, dan selalu
menyalahkan dirinya atas kematian kedua ibu bapanya. Anisa sangat kejam
tetapi kurang bijak, bertindak kasar serta sanggup berbuat apa saja ke
atas Arisa.
Ibu mertuanya Tengku Mariam yg tidak merestui perkahwinan dia dan Rayyan dan mahu menjodohkan Rayyan dengan Tengku Suraya. Nora pula mengatur rancangan mahu menjodohkan Rayyan dengan Anisa apabila sedar Rayyan adalah keturunan diraja yang kaya raya.
Sampai bila nasib Arisa akan dirundung malang? Dapatkah Arisa dan Rayyan bahagia kembali?
sumber: Harian Metro
Selamat menonton! Okbai!
p/s: Jemput singgah ke entry contest iPhone 5 Gadget Impian dan kalau sudi click la button G+1 tu. Thank you! :D