(Sinopsis) Ramadan Yang Hilang di Slot Samarinda

0

Menjelang Ramadan, stesen tv nombor satu negara iaitu Tv3 membangkitkan kenikmatan menjalani ibadah puasa dengan tayangan drama menarik.

Apabila berakhirnya Epilog Cinta Khirana tidak lama lagi, sebuah drama khas Ramadan bertajuk Ramadan Yang Hilang bakal menyusul.

Drama bersiri ini dibintangi pelakon Eira Syazira, Zamarul Hisham, Azizah Mahzan, Zila Bakarin, dan ramai lagi.

Sinopsis Ramadan Yang Hilang

Mengisahkan konflik antara dua beradik, Zafirah dan Delisha apabila Delisha yang merupakan anak angkat kepada ibu bapa Zafirah menerima lebih perhatian dan kasih sayang sehingga Zafirah terasa disisihkan. Delisha yang sering didera secara emosi dan fizikal oleh bapa tirinya merupakan seorang kanak-kanak yang murung. 

Pelajarannya jauh ketinggalan kerana Delisha sering ponteng sekolah dan tidak serius dalam pembelajaran. Jauh berbeza dengan personaliti Delisha, Zafirah merupakan seorang kanak-kanak yang periang, bijak dan bahagia dengan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi oleh ibu bapanya, Zubir dan Saadiah. Hidup Zafirah berubah selepas Delisha dijadikan anak angkat oleh Zubir. 

Zubir sering mengingatkan Zafirah supaya melayan Delisha dengan baik dan menganggapnya sebagai adik kandung. Namun, sikap Delisha yang berlagak seperti budak sombong menyebabkan Zafirah sukar bertolak-ansur dengannya. Zafirah sering ditegur jika berlaku perselisihan faham antara Delisha dan Zafirah. 

Previous entry: Undi Peserta Mencari Ramli dan Menangi Peluang Menyaksikan Manchester United!

Tags

Post a Comment

0Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top