Tahniah Warriors!

2

Pasukan kelantan berjaya mempertahankan kejuaraan apabila menumpaskan Darul Takzim FC (JDT) dalam saingan final Piala FA 2013. 

Kelantan memperoleh gol seawal minit ke 16 jaringan penyerang Norfarhan Muhammad menerusi umpanan cantik kapten pasukan Badri Radzi. Dominasi pasukan Kelantan ternyata sukar buat JDT untuk mencari mata penyamaan. 

Meskipun Johor melakukan beberapa percubaan pada minit-minit akhir perlawanan, namun keputusan 1-0 kekal sehingga ke wisel penamat.

Menjulang Piala FA pada musim ini diibaratkan sebagai pengubat duka bagi pasukan Kelantan yang telah gagal mempertahankan kejuaraan Liga Super. 

Kejayaan ini sekali gus membolehkan skuad The Red Warriors layak ke kejohanan AFC Cup untuk kali ke tiga berturut turut pada musim hadapan. 

-------------------------------------------------------------------------------

-Lega gila kot. Nervous dari pukul lapan sampai minit ke 95 walaupun Kelantan menguasai permainan. So far, it was a great game. Bojan Hodak dah turunkan first eleven terbaik. 

-Dari Obinna, Nik Shahrul, Daudsu, dan Azizi.. Berjaya merantai setiap pergerakkan lawan dengan baik.

-Di bahagian tengah, aksi lincah Shakir, Farhan, dan Zairul Fitri  memang awesome.

-Piya? Tak payah cakap la... Satu Malaysia dah tahu dia memang midfielder terbaik. Buat hantaran tepat, dan melakukan tugas dengan baik selaku perancang utama pasukan. Menobatkan beliau selaku Man Of The Match adalah satu keputusan yang tepat.

-Fakri Saarani menunjukkan peningkatan. Rajin, lincah, cuma takde rezeki melakukan penyudah. Way to go Fakri.

-Dickson Nwakaeme, hahaha! banyak jugak percubaan. Tetap berjaya meloloskan diri walaupun dikawal ketat pertahanan JDT. Walaupun tak score, membawa pasukan Kelantan ke final sudah cukup bermakna.

- Bagi JDT pula, berjaya melangkah ke final merupakan satu pencapaian yang cukup baik bagi sebuah pasukan yang melakukan 'rebranding' pada awal musim. Tahniah. Tapi, #lainkalilah ok?

Haaaaaaahhhh... baru boleh tidur lena! Buat sang juara, masih ada masa untuk memperbaiki kedudukan dalam Liga Super. Piala Malaysia? Belum bermula. Tahniah The Red Warriors! 
pic: Artortoise, Chak Tones, Bharian

Previous entry: Final Piala FA 2013: Kekalkan Silaturahim

Post a Comment

2Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. yeayy... walaupun mama warga Johor, tapi JDT bukan pilihan mama... haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. huh?? yeke? ingat kan orang Johor semua sokong JDT... hehe!

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top