Sinopsis Drama JIWA di Tv3

1


Menyusuli drama 'Aku', sebuah lagi karya terbaharu dari Film Scape Sdn Bhd berjudul JIWA bakal menghiasi Slot Aksi yang menampilkan Remy Ishak, Kamal Adli, dan Faizal Hussein sebagai terajui utama.

Drama bersiri 14 episod arahan Kabir Bhatia dan Nurhanisyam Muhammad ini turut dibintangi Siti Elizad, Liza Shadan, Sheila Mambo, dan ramai lagi. 



Drama Jiwa bakal bersiaran mulai 5 Februari 2014, Rabu jam 9.00 malam di TV3.

Sinopsis Drama Jiwa 

Mengisahkan tentang dua beradik tiri iaitu Iskandar (Remy Ishak) dan Jiwa (Kamal Adli), hasil perkahwinan Alif Rizal (Faizal Hussein) dengan isteri pertama, Mastura (Sheila Mambo), ibu Iskandar dan isteri kedua, Zulaikha (Liza Shadan), ibu Jiwa. Alif merupakan seorang anggota tentera yang amat tegas dan komited dengan tugasnya. Sejak perkahwinan dengan Zulaikha, hubungan Alif dengan Mastura dan Iskandar semakin renggang.

Oleh kerana sikap Alif yang sering mengutamakan Jiwa, Iskandar mula merindukan kasih sayang seorang ayah dan mula membenci Jiwa. Maka, Jiwa selalu sahaja dipukul dalam senyap oleh Iskandar, dia merasakan yang Jiwa merupakan punca Alif sentiasa memukulnya. Iskandar sering mengintai dari jauh melihat layanan baik Alif terhadap Zulaika dan Jiwa

Iskandar dan Jiwa bersahabat dengan Fara (Siti Elizad), rakan baru yang sering menumpang di rumah mereka. Fara mempunyai perwatakan lelaki, kasar dan lasak. Ini membuatkan dia lebih rapat dengan Iskandar. Namun, pada masa yang sama, Fara sentiasa menjadi pelindung kepada Jiwa apabila dia dibuli.

Sementara itu, Alif pula telah ditamatkan perkhidmatannya di dalam askar kerana insiden yang melibatkan kematian ketika dia sedang bertugas. Selepas itu, dia bekerja sebagai ketua pengawal di sebuah syarikat keselamatan. Namun, dia masih mengekalkan disiplin seorang askar dan terbawa-bawa perangai itu dalam membesarkan Iskandar dan Jiwa. 

Selain bersekolah, Iskandar dan Jiwa dikerah oleh Alif untuk berlatih tinju setiap hari. Alif memberi latihan yang keras dan tegas untuk menjadikan mereka peninju yang hebat. Iskandar diajar dengan kekerasan kerana Alif tahu yang Iskandar mampu menerima latihan sebegitu rupa. Manakala, latihan Jiwa lebih kepada memantapkan kejantannya.

Zulaikha menjadi risau dan meminta Alif mengurangkan latihan Jiwa kerana minat Jiwa lebih terarah kepada buku. Alif berkeras yang Jiwa harus menjalani latihan itu. Mereka dikerah memasuki pertandingan demi pertandingan dan ternyata Iskandar lebih jaguh daripada Jiwa.

Apabila semakin meningkat dewasa, hubungan Iskandar dan Jiwa kian renggang. Iskandar kini merupakan kutu jalanan kampung bersama dua rakan baiknya, Peca dan Zul. Bersama-sama Fara, mereka sering melakukan aktiviti nakal di kampung. Hubungan Iskandar dan Fara semakin rapat dan akhirnya menjadi pasangan kekasih. Jiwa yang turut menyukai Fara hanya mampu memendam rasa.  

kredit: budiey.com
  
Previous entry: Google Doodle Yasmin Ahmad
 
Tags

Post a Comment

1Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top