Penyanyi dan komposer terkenal, Ajai,dan Soo Wincci, bekas Ratu Malaysia yang juga seorang penyanyi popular; serta pemuzik handal, Mista G, akan bergabung dengan finalis rancangan realiti X-Factor, David Correy dalam mendendangkan lagu tersebut.
'The World is Ours' mengetengahkan vokal pop Correy
yang bertenaga dan bernada tinggi dengan
adunan ritma samba dari Brazil, baile funk, hip-hop dan technobraga dalam suatu irama unik ala Brazil kepada
peminat bola sepak serta pencinta muzik
di seluruh dunia.
Pengurus Kumpulan untuk Komunikasi Pemasaran Bersepadu Serantau
dan Pengaktifan Coca-Cola
di Malaysia, Singapura dan Brunei, Lim
Yvette, berkata kebanyakan orang di luar Brazil terutamanya golongan muda, tidak berapa kenal akan muzik asli negara itu
kerana tidak termasuk dalam
aliran utama kontemporari.
David Correy |
"Kini, dengan
gandingan suara artis tempatan dalam lagu tema yang
bermakna ini, mesej kesatuan pelbagai
budaya dapat dimantapkan lagi melalui kejohanan Piala Dunia tahun ini", katanya.
David Correy berasal daripada kawasan favelas di Brazil yang agak mundur. Nasibnya kian berubah
cerah apabila dipilih sebagai finalis X-Factor USA 2012 dan seterusnya dilantik untuk menyampaikan lagu tema Coca-Cola dalam kempen Piala Dunia.
Correy teruja dengan pelantikannya sebagai duta lagu tema Coca-Cola dan menganggap kerjasama ini adalah atu penghormatan yang luar biasa buat dirinya.
Menurut Correy, beliau tersentuh apabila
mendengar lagu “The World Is Ours”
buat kali pertama. Kerana bait-bait lirinya yang berbunyi "run like you’re born to fly, Live
like you’ll never die", menggambarkan prinsip hidupnya dalam menghadapi
sebarang cabaran yang bakal mendatang.
"Segala isi hati saya seolah-olah dilafazkan dalam lirik lagu ini dan saya percaya semua orang dapat merasai suka duka kehidupan yang pernah saya alami melalui lagu ini", tambah Correy.
Menurut Lim Yvette, muzik yang disampaikan dalam beberapa kejohanan sukan anjuran kami seperti FIFA dan Olimpik, menampilkan artis yang benar-benar berbakat seperti David untuk mencerminkan jenama Coca-Cola yang optimis dan positif.
"Kami yakin kisah hidup David dapat menjadi inspirasi kepada warga Malaysia, terutamanya golongan belia yang mempunyai inspirasi tinggi dan berkeyakinan untuk mencapai impian masing-masing", katanya.
Antara penyanyi tempatan yang bersama-sama Correy dalam menyanyikan lagi The World Is Ours ialah penyanyi dan komposer, Ajai, bekas Ratu Cantik dan penyanyi, Soo Wincci, serta penyanyi Mista G.
The World Is Ours telah pun berkumandang corong radio tempatan, manakala muzik video bakal dilancarkan Mei ini.
Lagu Tema Piala Dunia 'This World Is Ours' Versi Malaysia:
Klik sini untuk muat turun!
Previous entri: Buku Trilogi The Hunger Games
"Segala isi hati saya seolah-olah dilafazkan dalam lirik lagu ini dan saya percaya semua orang dapat merasai suka duka kehidupan yang pernah saya alami melalui lagu ini", tambah Correy.
Menurut Lim Yvette, muzik yang disampaikan dalam beberapa kejohanan sukan anjuran kami seperti FIFA dan Olimpik, menampilkan artis yang benar-benar berbakat seperti David untuk mencerminkan jenama Coca-Cola yang optimis dan positif.
"Kami yakin kisah hidup David dapat menjadi inspirasi kepada warga Malaysia, terutamanya golongan belia yang mempunyai inspirasi tinggi dan berkeyakinan untuk mencapai impian masing-masing", katanya.
Masti G |
Ajai |
Soo Wincci |