Tidak ada jalan mudah buat finalis Piala Malaysia musim lalu, Kelantan apabila diundi bersama juara Liga Super, Johor Darul Takzim (JDT), Pulau Pinang dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Undian yang berlangsung di Institut Sukan Negara itu menyaksikan Kelantan diundi dalam kumpulan maut buat kali ketiga berturut-turut. Tahun ini peminat bola sepak tanah air bakal melihat Kelantan bertemu JDT lebih awal dari yang dijangka.
Namun bagi skuad The Red Warriors, setiap pasukan memiliki kekuatan masing-masing dan tidak boleh dipandang ringan. Kelantan harus waspada terhadap JDT kerana pasukan itu dianggap sempurna di setiap posisi dan prestasi semasa yang cemerlang.
Begitu juga dengan ATM, walaupun prestasi pasukan itu merudum musim ini, namun tidak mustahil jika skuad kendalian B. Sathianathan itu bangkit untuk memulihkan maruah yang tercalar
Kehadiran pendatang baharu dari Liga Perdana juga perlu diberi perhatian kerana setelah menjalani proses penjenamaan semula, pasukan kendalian K. Devan itu menunjukkan peningkatan yang positif dan hampir kembali ke Liga Super, namun nasib tidak menyebelahi mereka.
JADUAL PIALA MALAYSIA KELANTAN 2014
TARIKH
|
PERLAWANAN
|
VENUE
|
13 Ogos 2014
|
Johor DT vs TRW
|
Stadium Larkin
|
19 Ogos 2014
|
TRW
vs Pulau Pinang
|
Std.
Sultan Muhammad IV
|
22 Ogos 2014
|
ATM vs TRW
|
Stadium Selayang
|
26 Ogos 2014
|
TRW
vs ATM
|
Std.
Sultan Muhammad IV
|
29 Ogos 2014
|
Pulau Pinang vs TRW
|
Std. Bandaraya P.Pinang
|
2 Sept 2014
|
TRW
vs Johor DT
|
Std.
Sultan Muhammad IV
|
Copy kod di bawah untuk mendapatkan banner #PrayForMH17
Entry berkaitan: Jadual Piala Malaysia 2014<a href="http://nikkhazami.blogspot.com" target="_blank"><img src="http://i1135.photobucket.com/albums/m637/nikkhazami/mh17banner.jpg" border="0" alt=" photo mh17banner.jpg"/></a>
Previous entry: Cabaran Review Entri Denaihati
awal-awal lagi JDT kena kerja keras. apapun luaskan kuasamu JDT.
BalasPadamhoho..semoga pahang dan selangor melangkah ke final.
BalasPadam