Iklan Raya Astro 2015 Paling Best

8


Iklan Raya Astro 2015 Paling Best. Rasanya tidak lengkap Ramadan dan Syawal kita tanpa dihiasi iklan-iklan menarik dan sedih di kaca televisyen. Apa yang saya perasan setakat ini hanya iklan raya dari Astro yang benar-benar memberi impak kepada penonton.

Bertepatan dengan tema Aidilfitri #KosongKosong pada tahun ini, Astro memaparkan iklan yang bertajuk "Tiada Noktah Untuk Kemaafan" yang mengangkat kisah Herman, bekas penagih dadah yang ingin memohon maaf terhadap bapanya.

Kali ini tiada lagi kisah lucu dan ragam kanak-kanak menyambut hari raya. Ataupun perjalanan yang penuh berliku seorang anak muda yang ingin pulang beraya bersama keluarga dikampung. 

Kisah benar 

Iklan raya Astro pada tahun ini menyingkap kisah benar Herman yang belum pernah dikongsikan kepada umum. Herman dahulunya merupakan seorang penagih dadah. Akibatnya dari najis dadah, dia lumpuh dan tidak boleh bertutur. Setelah ditempatkan di pusat pemulihan, Herman banyak berubah dan memasang impian untuk berjumpa dengan ayahnya dan memohon maaf. 

Walaupun tanpa dialog, sarikata yang tertera mampu menyentuh hati anda. 


Iklan yang berdurasi 2 minit ini telah mencatat hampir 200,000 tontonan di laman Youtube walaupun video itu baru dimuat naik enam hari lalu. Rata-rata yang menonton memberikan respon positif dan mengalirkan air mata ketika menonton.

Tajuk iklan Tiada Noktah Untuk Kemaafan memang kena dengan situasi Herman. Saya rasa iklan raya Astro kali ini memberi pengajaran buat semua. Setiap orang tidak pernah lari dari melakukan kesilapan. Siapa pun anda, apa sahaja kesalahan yang dilakukan anda berhak mendapat kemaafan. 
 
Saya tinggalkan anda dengan iklan hebat ini. Kalau mata tak masuk habuk, tak tahu la...

VIDEO: Iklan Raya Astro 2015 - Kisah Herman



Entry sebelum ini: Kek Gulung Coklat untuk Puasa dan Raya

Terima kasih kerana membaca Iklan Raya Astro 2015 Paling Best
Tags

Catat Ulasan

8Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. penat nanges 6 hari nih.

    ramai sangat dok share video nih..

    huhh..haa..

    BalasPadam
  2. memang sedih iklan ni..walaupun tanpa dialong, tapi mampu buat banyak air mata mengalir..

    BalasPadam
  3. sediakan tisu banyak2, memang buat sedih ja iklan raya ni.

    BalasPadam
  4. Memang betul -betul sedih dsn menyentuh jiwa dan sanubari. Cukup terbaik vidro daripada Astro ini untuk klip video Sidilfitri.

    BalasPadam
  5. Tetiba pula mata masuk habuk tengok video ni..teringatkan ayah di kampung

    BalasPadam
  6. iklan seperti ini lebih baik daripada iklan yang merepek2.. sedih tengok video ni..

    BalasPadam
  7. Baru tengok, memang banjir habis petang ni...huhuhu

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top