G-Shock Big Bang Black Koleksi Terbaru Casio. Siapa yang tidak kenal dengan jenama jam tangan terkemuka Casio? Jenama yang sudah berada di pasaran sejak 1974 ini sudah tidak asing lagi bagi pengguna jam tangan.
Oleh itu sempena menyambut ulang tahun siri G-Shock yang ke-34, Casio mengumumkan koleksi terbaru yang dinamakan BIG BANG BLACK untuk siri popular itu. Koleksi terbaru ini hadir warna matte black yang boleh didapatkan dengan 5 model berlainan.
G-Shock Big Bang Black Koleksi Terbaru Casio
Memandangkan siri G-Shock adalah antara siri jam tangan yang paling laris, Casio menampilkan 5 model baru dengan warna matte yang kini menjadi trend dan lain dari warna hitam yang pernah Casio hasilkan sebelum ini.
Namun ia bukanlah warna matte seperti yang biasa kita lihat kerana Casio menggunakan teknologi cat yang menyerap cahaya. Warna hitam matte ini diinspirasikan dari warna gelap alam semesta.
Kemasan unik
Bagi menambah kelainan dari model lain, warna menawan ini bukan hanya pada badan jam bahkan pada butang, buckle, dan skrin LCD turut diwarnakan hitam.
Setiap model memiliki keluli tahan karat dan ditambah dengan warna keemasan turut ditambah di bahagian buckel untuk memberikan warna kontra selain selari dengan nama Big Bang itu sendiri. Kemasan lain yang ada pada jam G-Shock kali ini adalah perkataan 'Since 1983' pada permukaan jam serta pada kotak khas untuk koleksi ini.
Peminat atau pengumpul jam tangan G-Shock pastinya teruja dengan model baru ini kerana ia mempunyai ciri lain dari yang lain.
Harga G-Shock Big Bang
Harga jam tangan ini dianggarkan bermula pada RM780. Jangan risau Tak lama lagi mesti ada kat Lazada.
Apa yang membuatkan jenama Casio terus kukuh di pasaran adalah design, kualiti, dan harganya yang mampu milik. Saya sendiri memiliki jam tangan Casio jenis gold. Tahan lasak, berkualiti dan sesuai untuk pelbagai acara. Saya tinggalkan link di bawah kalau anda berminat nak beli model yang sama..
Anda boleh rujuk laman rasmi Casio untuk info lebih detail >> http://g-shock.jp/products/35th/
- Casio Women Black Dial Gold Stainless Steel Strap Watch
Artikel sebelum ini - Tips Tingkatkan Jualan di Instagram
Terima kasih kerana membaca G-Shock Big Bang Black Koleksi Terbaru Casio
Wow.. Boleh tahan harga G-shock ni.. Kaw2.. tapi yala kan minat masing2.. Yang penting happy ;)
ReplyDeleteSaya pun peminat GShock , versi ni antara koleksi palign rare
ReplyDeletejenama ini dah popular sangat..
ReplyDeletesaya pernah beli jenis paling murah..
saya gelar jam pakai buang hehehe
habis bateri beli baru jam ..
membazir juga cara tersebut
Mahal jugak harganya tu, rajin buat artikel macam ni terbaiklah
ReplyDeleteCantik betul desing ! Very sporty.
ReplyDeletetgh mencari g shock versi gundam..belum ditemui selain yg original hehehe
ReplyDeleteg shock ramai permintaan.. untung2 ada orang cari nih.
ReplyDeletejenama popular kan ni nik
ReplyDeleteBaru-baru ni saya tengok model yang lebih kurang sama kat Lazada. Harga dia tak mahal sangat. Dalam lingkungan RM300 - RM400.
ReplyDeletesalam ziarah..tq sudi drop komen kat blog kite aritu..G shock ni mmg elok..incek hubby peminat tegar g shock ni..so tiap kali bday dia, mmg adiahkan tu jer kat dia...rega pun blh tgk bajet dlm lingkungan brp..affordable la kiranya.,.. hehehe
ReplyDelete