Tarikh Awal Muharam 2017 Malaysia. Awal Muharam atau dikenali sebagai Maal Hijrah merupakan salah satu tarikh penting dalam kalendar Islam. Ini kerana 1 Muharam adalah tarikh di mana seluruh umat Islam meraikan permulaan Tahun Baru.
Tarikh Awal Muharam 2017
Pada tahun ini, 1 Muharam 1439H jatuh pada 22 September 2017 (Jumaat) dan seluruh negeri di Malaysia bakal menikmati cuti umum pada hari tersebut.
Untuk rekod, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebelum ini menetapkan 21 Sept sebagai tarikh Awal Muharam sebelum diubah kepada 22 Sept berikutan ralat teknikal yang disahkan dan disemak oleh Panel Falak Jakim yang meneliti semula data bulan Zulhijjah.
Baca: Tips Tingkatkan Jualan di Instagram
Umat Islam meraikan 1 Muharam sebagai bulan pertaman dalam tahun Islam. Ini bagi memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Mekah ke Madinah pada tahun 622 Masihi, dan dianggap sebagai masa untuk menilai diri serta titik perubahan.
Bersempena dengan kedatangan tahun baru, berikut dikongsikan Doa Akhir dan Awal Tahun buat rujukan bersama.
sumber: Jakim
Doa Akhir dan Awal Tahun Kalendar Islam
Artikel sebelum ini - Antara yang Menarik di Traveloka Sempena Sukan Sea 2017
Terima kasih kerana membaca Tarikh Awal Muharam 2017
Kalender Islam dah nak memasuki tahun baru. Semoga diberkati semuanya dgn rahmat kejayaanNya.. aamiin.
BalasPadamtidak terasa muharram akan segera tiba ya semoga tahun ini lebih baik dari tahun yang lalu
BalasPadamalamak cuti lagi..
BalasPadambudak sekolah paling seronok
lega juga takyah mohon cuti, lau tak hari jumaat tu nak mohon cuti..:D
BalasPadamJadi dah tukar tarikh ya
BalasPadamatas kalendar salah
Wah terus sambung dari jumaat sampai ahad
Terbaik
Banyak betul cuti bulan September ni. Memang meriah.
BalasPadamEsok lusa saj kita akan menyambut Awal Muharam ni
BalasPadam