Sebelum itu, Yoodo merupakan sebuah syarikat yang dimiliki dan di bawah operasi Celcom Axiata Bhd.
Namun, apa perbezaan Yoodo dengan lambakan telco lain seperti Celcom, Maxis, U Mobile, Digi, Ookyo dan lain lain? Nah, uniknya Yoodo ini, pelanggan mempunyai kuasa untuk mencipta dan mengubahsuai pelan mudah alih.
Yoodo ni murah, anda boleh mendapatkan pakej data 5GB pada harga RM30 sebulan. Tapi ia boleh diselaraskan mengikut keperluan.
Itu bukan satu-satunya perkara best tentang Yoodo. Banyak lagi ciri cool yang boleh memberikan anda sebab kenapa perlu bertukar kepada Yoodo!
8 Kelebihan Yoodo Berbanding Telco Lain
#1 Ubah suai pelan mudah alih
Pelanggan diberi kebebasan untuk mencipta dan mengubahsuai pelah yang mereka langgan secara menyeluruh. Ini bermakna pelanggan boleh menambah atau mengurangkan kuota pakej mengikut keperluan.
Katakan anda merupakan pengguna internet tegar di mana sering menonton video dan mendengar muzik menggunakan perkhidmatan penstriman, anda boleh meningkatkan jumlah kuota internet berbanding berbanding panggilan dan SMS.
Baca: Beli Topup Prepaid Online Lazada
Segalanya boleh dilakukanpada bila-bila masa menerusi aplikasi Yoodo sahaja. Contohnya anda boleh tengok gambar kat bawah ni.
Yoodo rate |
Dalam pada itu pelanggan boleh menambah data/calls/SMS pada bila-bila masa menggunakan 'booster plan'. Yoodo booster rate adalah seperti berikut:
Data
1GB – RM10
3GB – RM30
6GB – RM40
Panggilan
50 minutes – RM5
100 minutes – RM7
200 minutes – RM9
SMS
50 SMS – RM3
100 SMS – RM5
200 SMS – RM8
#2 Tiada kontrak dan komitmen
Ini merupakan kelemahan utama kebanyakan telco di mana pelanggan dikenakan syarat dan penggunaan yang terhad pada harga tinggi. Malah mereka juga perlu membayar 'penalti' sekiranya ingin menamatkan kontrak.
Ini tidak akan berlaku pada Yoodo. Anda boleh melanggan dan membatalkan perkhidmatan tanpa dikenakan sebarang caj.
#3 Tiada kedai fizikal, 100% online
Yoodo tidak mempunyai kedai fizikal, sebaliknya semua urusan hanya dilakukan di atas talian iaitu menerusi aplikasi Yoodo. Jadi anda tidak perlu keluar rumah dan beratur untuk berurusan. Malah, ia percuma!
Anda boleh muat turut Yoodo app pada telefon Android dan iOS anda:
- App Store :https://itunes.apple.com/app/yoodo/id1324469029
- Google Play Store: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.celcom.yoodo
#4 Tempah SIM Kad Yoodo secara online
Tadi saya ada sebut yang Yoodo tiada kedai fizikal kan? Jadi kat mana nak beli SIM kad Yoodo? Kalau nak tahu, anda boleh tempah SIM kad Yoodo melalui aplikasi atau di laman web rasmi www.yoodo.com.my/ secara PERCUMA.
Yup! Setelah menempah, mereka akan menghantar SIM kad tersebut dalam masa 3 hari berkerja. Bagi yang tinggal di Lembah Klang, anda boleh memilih 'Express Delivery' di mana SIM kad akan dihantar terus ke rumah anda dalam masa dua jam sahaja. Tetapi Express Delivery mengenakan caj sebanyak RM15.
Ketika pengaktifan SIM kad, anda perlu memasukkan kod tertentuyang telah diberikan bersama dengan nombor kad pengenalan atau passport (untuk non-Malaysians). Semua ini hanya dilakukan pada aplikasi Yoodo.
#5 Roaming / Penggunaan data luar negara serendah RM10/sehari
Ini merupakan satu lagi kelebihan Yoodo berbanding telco lain di Malaysia. Kita sering merungut apabila bil melambung tinggi apabila melancong ke luar negara.
Tetapi Yoodo menawarkan 'Roam Like Home' iaitu perayauan data ketika berada di luar negara pada harga RM10 sehari. Buat masa sekarang negara-negara yang dibenarkan untuk menggunakan Roam Like Home adalah India, Sri Lanka, Nepal, Bangladesh, Myanmar, Cambodia, Singapore, Indonesia, Philippines, Thailand, Laos, and Brunei. Negara lain akan diperkenalkan kelak.
#6 Sistem pembayaran yang mudah
Sama seperti penstriman Spotify, pada masa kini Yoodo hanya menerima kad kredit / debit untuk langganan bulanan. Ini bermakna anda tidak perlu membuat bayaran secara manual setiap bulan untuk kekal menggunakan perkhidmatannya. Caj bulanan akan akan dipotong secara automatik pada kad kredit/debit.
Anda boleh disable fungsi auto-renew ini pada aplikasi Yoodo.
#7 Liputan rangkaian yang luas
Anda tidak perlu risau akan masalah Yoodo coverage 4G/LTE. Ini kerana ia menggunakan rangkaian Celcom, dan anda akan mendapat liputan Yoodo di seluruh Malaysia.
#8 Tidak perlu mengaktifkan VPN
Jika telco lain, anda perlu mengakifkan VPN untuk menggunakan akses tanpa had ke beberapa aplikasi berkenaan.
Itu dia 8 Kelebihan Yoodo Berbanding Telco Lain. Menurut mereka yang telah menggunakannya, so far so great. Kalau lihat pada tawaran mereka, ia lebih memfokus kepada golongan muda yang mahukan lebih data internet berbanding panggilan dan SMS. Untuk lebih detail, layari www.yoodo.com.my/
memang agak mahal ya paket disana dibanding di Indonesia
BalasPadambaru tahu Yoodo nie..
BalasPadamseperti biasa..
agak cuak dengan benda baru..
entah berapa lama boleh bertahan..
kalau setahun dah kira terbaik
sebab itu ramai yang setia dengan jenama yang sudah kukuh biarpun belum terbaik manfaatnya kepada pengguna
untuk dijadikan sim card untuk telefon kedua boleh gak ni, sebab tak kommitment dan harga pun boleh tahan murah jugak
BalasPadamBanyak ya kelebihan Yoodo di bandingkan dengan produk Telco yang lainnya. Yoodo juga kena murah ya?, bisa mendapatkan paket data 5GB hanya harga RM30 sebulan.
BalasPadamKalau utk hp ke 2 ok ni..harga pun x mahal sgt..rasa macam pernah nampak yoodoo ni sblom ni tp x ingat kat mana..
BalasPadamBestnya! Sebab boleh customize plan jugak kan.
BalasPadamPernah baca pasal yoodoo. Murah & boleh buat pelan sendiri. Now, semua org need a very cheap telco but servis terbaik. Phone ni da satu kemestian ada servis telco yg mantap. Now yg lain mahal tapi servis nan hado. Menyusahkan .
BalasPadamfirst time dengar nama telco ni..tapi nampak macam sedikit mahal
BalasPadamTelco baru ye Yodoo ni. Menarik. Boleh ubah suai pelan ikut kita punya kepentingan. Bagus ni
BalasPadamFirst time heard about Yoodo but the call rate and the data rate are quite cheap. It is convenient too to top-up online.
BalasPadamPernah dengar lah pasal YooDoo tapi tak pernah explore lagi. Part yang best pasal yoodoo ni adalah boleh ubahsuai plan internet kita tu. Itu mmg menarik, sebab kadang2 bulan ni pakai lebih, bulan depan pakai kurang. So bila ubahsuai ni takde lah kita rugi kan? Anyway, coverage Yoodoo ni macamana, okay tak seluruh malaysia?
BalasPadamYoodo lak kita pun baru tahu tentang telco ni hehehe tapi mereka guna line apa yer untuk service mereka sebab telco yang sedia ada pun kadang-kadang tak berapa lancar banyak gangguan hehehe just nak tahu jer...
BalasPadamHurmmm baru tahu yoodo ni apa. Hehe. Selalu tau dari adik beradik celcom, maxis dan digi je. Sekarang ada memacam kan. Walau apa pun. Pastikan coverage tip top. Balik kampung OK, travel OK. Hehe
BalasPadamFirst time I heard of yoodo.. looks good.. memang baik kelebihan nya.. Coverage good. price affordable.. boleh grab banyak user d..
BalasPadamWah ada telco baru ya. First time dgr yoodo ni Bagus juga semakin banyak syarikat telco. Hopefully persaingan sihat ni membuatkan byk servis terbaik yang diorg provide.
BalasPadamKalau nak bagi anak bolehlah kot sebab sis baru aje tukar dengan satu telco ni dan sangat puashati dgn yg ni. Kalau nak berpindah nanti bolehlah cuba yg ini..:D
BalasPadamBaru first time dengar tentang Yoodo ni, menarik plan boleh customise sendiri. Baru rasa berbaloi guna dan tak membazir. Lagi satu 5gb RM30 tu memang jimat..murah.
BalasPadam