Terdapat pelbagai kategori produk ditawarkan antaranya peralatan elektronik digital, keperluan isi rumah, barangan kelengkapan dapur, aksesori dan fesyen, kesihatan, kosmetik dan penjagaan diri. Anda boleh lihat sendiri senarai barang di Go Shop melalui laman webnya di - http://www.goshop.com.my.
Untuk menonton demonstrasi Go Shop, anda boleh menontonnya di 3 saluran khas Astro yang beroperasi 24 jam iaitu:
- CH118
- CH120
- CH303 HD
Apa yang membuatkan platform ini mendapat sambutan adalah kerana pengguna boleh melihat sendiri keberkesanan dan kualiti produk.
Selepas melihat kualiti produk, bagaimana pula cara untuk membelinya? Nah, dalam artikel ini saya akan tunjukkan cara bagaimana untuk beli barang di Go Shop melalui pengalaman saya tempoh hari.
Terdapat 3 cara untuk membeli di Go Shop iaitu melalui:
- Laman web
- Go Shop App di di Apple App Store atau Google Playstore
- Menerusi talian bebas tol [1800-82-0088]
Cara Beli Barang di Go Shop
Melalui laman web Go Shop
1. Mendaftar akaun baharu dengan melayari https://www.goshop.com.my/biz/cst/member/cstWebMemRegisterIns.do. Masukkan maklumat peribadi seperni nama penuh, alamat, nombor telefon, dan sebagainya.
2. Selesai mendaftar, anda sudah boleh membuat pembelian. Pilih Go Shop product yang anda mahu. Katakan anda nak beli Kissen Multi Blender, klik 'BUY NOW'.
3. Di bahagian 'Check out', pastikan nama, alamat rumah, dan nombor telefon anda tepat. Kemudian klik 'Next'.
4. Semak produk yang ingin anda beli. Pilih cara pembayaran sama ada Credit/debit card, Cash on Delivery, atau Bank Transfer/FPX. Jika anda memilih untuk membayar secara online menggunakan bank CIMB/Maybank atau sebagainya, pilih 'Bank Transfer/FPX'.
In my case, saya guna kaedah 'Cash On Delivery' atau COD, di mana anda cuma perlu order, dan pembayaran akan dibuat semasa anda menerima barang tersebut.
Kemudian pilih 'Place Your Order'.
Melalui Go Shop App
Google Play Store: https://play.google.com/store/apps/details?id=my.com.goshop.app&hl=en
iOS App Store: https://itunes.apple.com/my/app/go-shop/id945250139?mt=8
Beli menggunakan aplikasi pada telfon sebenarnya sama sahaja. Cuma interface atau paparannya sahaja yang berlainan. Anda boleh ikut step di atas.
[Baca] Medical Card Terbaik Untuk Anak
Menerusi talian bebas tol
Anda cuma perlu menghubungi [1800-82-0088], nyatakan produk yang diinginkan. Cara yang lebih mudah adalah dengan memilih kaedah Cash On Delivery.
Cara bayaran ansuran go shop
Go Shop menyediakan cara pembayaran ansuran atau Pelan Pembayaran Mudah (“Easy Payment Plan”) untuk pemegang kad kredit Maybank bagi produk-produk terpilih. Bayaran seumpanya tertakluk kepada terma dan syarat.
Kissen Multi Blender
Tips beli barang di Go Shop
- Beli produk yang sedang didemonstrasi di kaca tv. Ini kerana anda akan menikmati diskaun dan beberapa free gift.
- Gunakan kod kupon. Kod kupon ini biasanya diberikan oleh syarikat seperti iPrice atau Shopback. Go Shop sendiri kadang-kala memberikan kupon diskaun. Masukkan kod dilangkah 4.
- Semak kualiti barang dengan melakukan research di Google. Nasihat saya, jangan sembrono sahaja. Memanglah melalui demonstrasi nampak berkualiti kerana mereka sedang 'menjual' produk. Nak kata Go Shop penipu tu tak adalah, cuma ambil langkah berjaga-jaga.
Memang banyaklah barang yang dijual di Go Shop. Vacuum, perfume, peralatan elektrik, perkakasan dapur, hinggalah mee segera/ramen.
Ini sebenarnya bukan kali pertama saya beli barang dari platform seumpama ini. Saya sudah berkali-kali beli barang di CJ Wow Shop. Anda boleh baca di - Pengalaman Beli Barang di CJ Wow Shop.
Sekarang ni anda dah tahu macam mana cara beli barang di Go Shop bukan? Apa lagi, layarilah laman website mereka. Makcik-makcik pasti rambang mata.
saya selalu nak beli, tapi takut barang yang dibeli tak sama macam yang diharapkan.
BalasPadamwow nice to know this, online shopping now is so easy. Now many online shop can try them out, this is new as I no try shopping this site before.
BalasPadamJuju ckp sebelum ni nengok kat tv je. Nk beli tu xpe ah sbb xtau cara. Now dah tau tq utk tops n info
BalasPadamCx pernah beli brg dkt goshop. Masa tu terpengaruh dgn iklan di tv ahahhaaha tengah offer dan siap ada freegift. Brg pula mmg nak guna. Apalagi beli jela. Hahaha tp suami yg byr . Kih³. Kami byr pakai kredit kad. Masa mak cx, buat cash on delivery dan pernah juga beli time tu guna online transfer
BalasPadamDulu pernah tlg mak belikan barang kt go shop.Lama dah tak buat.Tak ingt.Bile tengok posting ni balik baru teringat. Bahaya ni lepas ni nak membeli jer.hahaha
BalasPadamKita mak dan juga ayah kita adalah antara pembeli setia produk kat go shop yer mana ada yang baru keluar dan juga bagus kita mesti akan beli sebab mudah sangat nak beli nya hehehe bestnya.....
BalasPadamsaya selalu gagal membeli barang dekat go shop sebab kadang dah wish list lepas tu lupa nak bayar harga dah balik pada asal. dengan adanya info ni sangat membantu.. terima kasih diatas perkongsian.
BalasPadamDulu pernah juga beli barang kat go shop ni. Senang je cara nak beli kan. Bagus share entry cara nak beli di go shop ni sebab tak semua yang tahu kan cara nak beli online ni
BalasPadamLiez pun dah terjebak dgn go shop.. hari tu beli iron then beli set periuk.. memang mudah sangat order thru online..cepat dan mudah..berhantu sebenarnya go shop ni tapi barangan dia bagus
BalasPadamBelum pernah beli barang dari go shop. Mungkin sebab kita tak de astro. Dan juga kita jenis tak mudah terpengaruh dengan iklan kat tv kot. Hehee... Anyway, good sharing and goos tips. Details untuk newbies macam kita
BalasPadamHAhha kite skrg mmg avoid tengok rancangan go shop dan rancangan yg seangkatan dengannya sebab tau tangan ni gatal mendail hahhah
BalasPadamDulu kan.. Masa go shop baru ada rajin la tengok. Sampai dia punya tahap teruja nak membeli tu, macam macam. Pernah la beli beberapa barang. Now jarang jarang tengok. Sebab bila tengok asik tergoda nak beli.
BalasPadamTu pun dah ada dalam list dah apa yang nak digrabkan.
Bila tgk go shop mesti terasa nak beli sebb harga murah dn banyak freegift. Mak kita dh bnyak beli dekat shop tv ni la.. Hahahha. .Tapi tak pasti mana sati gobshop, ke wow shop.. Hahaha.. Macm-macam swkrg
BalasPadamdah lama tak beli barang kat GoShop, selalu teman mak tengok GoShop. Tak payah scroll tunggu pengacara explain semua detail. kekadang nak beli jugak cuma duit belum ada hehehe
BalasPadampernah juga dua kali beli. tapi untuk rumah nenek.. laju dia tengok tv lepas tu pesan soh order.
BalasPadambahaya gak hahaha..
Saya tak pernah lagi beli barang dekat go shop ni. Kalau mak tgok barang2 dia ni. Mesti mak suka ni
BalasPadamMak kita dah lama dah terjebak shopping kat sini, hehe. Tapi selalunya dia mintak kita tolong order kat website. Sebab katanya kalau call, kadang tak dengar sangat..
BalasPadamGO SHOP mmg terdapat banyak produk2 yg sangat berbaloi, siap dengan promosi yg best gila. Mouse mommy pun terjebak ni. Dah lah senang je nak order produk tu.
BalasPadamThanks for the information, now i know the step by step how to do it. Thanks
BalasPadamKalau tengok Go Shop tu kan mesti rasa tertarik nak beli. DOrang pandai betul marketing sampai pengaruh orang kan. Tapi barang dia berkualiti. Tak salah kan.
BalasPadamPernah dulu beli kat goshop ni kain telekung untuk hantaran...ALhamdulillah puas hati :D
BalasPadamWe're sorry. This address is not within our delivery zone. Please use a different address.
BalasPadamKenapa poscode ada satu je 83000
BalasPadamMcm mne ekk
Poskod saya 83010
Peliklaaa bley terangkan..
Saya nak masuk kan alamat rumah saya
Ke poskod tu takyah tekan ??
Sy dah Oder semalam dekat online goshop tapi tak ada pla detail2 nak jejak barang tu dekat mana dah..boleh tolong bagitau tak apa2 sbb sy pilih bayar melalui cod..sy nak tau jugak barang yg sy Oder tu d mna suda
BalasPadam