Menu ini sesuai dihidangkan pada bila-bila masa. Malah. digemari setiap peringkat umur terutamanya anak-anak yang sudah memang gemarkan ayam. Resepi nasi ayam boleh dikatakan antara resepi 'wajib tahu' dikalangan ibu-ibu.
Seperti yang kita tahu, terdapat benyak jenis nasi ayam seperti hainan, madu, roasted, dan lain-lain. Dalam artikel ini saya kongsikan resepi nasi ayam biasa yang sentiasa menjadi pilihan ramai.
Ini adalah resepi asal dari Kak Laily Subang dan gabungan perapan ayam Restoran Steak Me'nate, Ia adalah resepi nasi ayam viral kerana mendapat 60k share di laman Facebook selepas dikongsikan oleh Rafiza Ayu. Jadi hasilnya memang nampak menyelerakan!
Resepi Nasi Ayam Sedap
Bahan-bahan untuk masak nasi
Lemak ayam
Air rebusan ayam
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 ulas bawang putih
1 inci halia
Daun salam (boleh digantikan dengan daun pandan)
Kiub pati ayam
Bahan-bahan untuk perapan ayam
Lada sulah
1 sudu minyak bijan
1 sudu kicap pekat
3 sudu madu
2 sudu sos tiram
3 ulas bawang putih
Bahan-bahan untuk sos / sambal nasi ayam
Air rebusan ayam 3/4 cawan (200ml)
1 sudu kecil garam
4 sudu gula
Halia
1 sudu jus limau nipis
2 ulas bawang putih
6 biji lada merah
Bahan-bahan untuk kicap
Sup ayam
Kicap lemak manis
2 hirisan halia
1 ulas bawang putih (ditumbuk)
Cara rebus ayam
1. Simpan lemak ayam untuk masak nasi. Ini adalah 'ultimate secret' untuk buat nasi ayam sedap!
2. Masak air sehingga mendidih, masukkan ayam yang telah dipotong.
3. Wajib tutup periuk dalam 5 hingga 6 minit bergantung kepada kuantiti ayam.
4. Air rebusan ini akan dibahagikan untuk masak sup, nasi, dan kuah kicap kelak.
Cara masak nasi
1. Rendam beras dengan 1 sudu kecil serbuk kunyit sekitar 15 - 30 minit. Ini adalah untuk menghasilkan warna nasi berwarna kuning.
2. Toskan beras.
3. Sementara itu, panaskan lemak ayam ke dalam periuk nasi. Tutup periuk.
4. Selepas lemak ayam mencair, buang ketulan lemak yang tinggal sahaja.
5. Masukkan bawang putih, halia, daun salam, dan kiub ayam yang telah ditumbuk halus.
6. Masukkan beras, dan air rebusan ayam tadi. *Sukatan air dan beras haruslah sama, kerana beras sudahpun mengembang.
7. Pindahkan periuk nasi ke rice cooker. Tunggu sehingga masak.
Cara masak ayam
1. Campurkan semua bahan-bahan perapan ayam yang disebut di atas.
2. Gaulkan pada ayam dan perap buat seketika.
3. Ayam yang telah diperap ini sedia untuk digoreng/ grill/ bakar.
Cara buat sos / sambal nasi ayam
1. Mesin semua bahan yang diperlukan dalam satu masa.
2. Setelah mesin, masukkan ke dalam periuk. Panaskan pada api kecil.
3. Sesudah mendidih, mendidih, masukkan gula, garam dan perah limau nipis
Maka terhidanglah menu nasi ayam yang sedap. Ibu-ibu di rumah bolehlah mencuba resepi nasi ayam simple untuk anak ini. Punyalah sedap sehingga menjadi viral di media sosial. Untuk artikel akan datang saya akan kongsikan resepi nasi ayam madu, Sheila Rusly, cina, dan crispy pula. Anda boleh semak di label Resepi.
Selamat resepi nasi ayam simple untuk anak-anak!
tengok gambar pun dah terliur dah.. huhuhu... blh la esok cuba resepi ni...
BalasPadam