9 Keburukan Long Tv? - Ini yang patut anda tahu!

30

Keburukan Long Tv | Memandangkan ramai dah mula sedar akan betapa syoknya Android box, maka ramailah yang mencari jenama yang sesuai di pasaran. Antara Android box yang menjadi pilihan ramai adalah Long Tv

Is Long Tv legal in Malaysia? Yes! Malah, ia merupakan satu-satunya peranti yang mendapat kelulusan SKMM. Sebelum membeli, banyak perkara yang anda harus ambil kira. Contohnya bajet, kelebihan, dan kekurangan peranti ini.

Keburukan Long Tv

1. Sukar untuk menaip

Long Tv ni tak ada keyboard dan makan masa untuk taip pada ruangan 'search'. Remote control yang disediakan masih boleh diguna pakai. Tapi agak leceh, terutama untuk warga emas nak handle. Boleh boleh dikatakan semua benda nak kena taip. Tapi anda boleh connect dengan bluetooth keyboard atau Air Mouse. 

2. Isu lagging

Antara respon pengguna terhadap Long Tv adalah masalah lagging atau tersekat-sekat sewaktu penstriman. Hal ini berlaku kerana talian internet atau Wifi tidak stabil. Kelajuan internet minimum yang diperlukan cuma 5mbps sahaja.  

Namun, Long Tv menyokong penstriman kualiti 4K, dan ini memerlukan kelajuan internet yang tinggi. Lebih perit sekiranya terdapat beberapa peranti lain yang guna rangkaian wifi yang sama. Maka anda perlu melabur untuk langgan wifi dengan kelajuan yang lebih tinggi. Which means, more money.


Walau bagaimanapun, terdapat cara untuk atasi masalah Long Tv Lagging ni. Anda boleh tengok tutorial dalam video di bawah.

Artikel berkaitan:

+ 8 Tips Memilih Android Box

+ Android Box Terbaik dan Berbaloi

+ Kelebihan dan Kekurangan Android Box Tv Malaysia

+ Cara Tengok Netflix Percuma

 

3. Masalah Subtitle

Memandangkan Long Tv menyediakan saluran, filem, dan siri tv dari pelbagai negara, maka anda amat memerlukan subtitle. Sesetengah filem sediakan subtitle namun ada juga yang perlu dicari. Leceh, dan warga emas yang tidak celik IT akan terkapai-kapai untuk menonton rancangan kegemaran mereka. 

Jika tidak saluran luar negara bakal tersadai begitu sahaja. Teramatlah rugi. 

4. Penggunaan elektrik meningkat

Lebih banyak peralatan elektronik, lebih bil elektrik bulanan anda. Sudahlah router/modem Wifi beroperasi 24jam sehari. Ini perlu tambah satu lagi peranti.

Melainkan anda sedia untuk tutup suis selepas menonton. 

5. Hanya boleh disambungkan di televisyen

Tidak seperti Android box lain dipasaran yang boleh disambungkan ke mana-mana peranti seperti skrin LCD, atau komputer. 

Long Tv hanya boleh disambungkan pada televisyen sahaja. Agak sukar untuk para pelajar atau golongan bujang yang kini rata-rata tidak memiliki televisyen. Mereka tidak ada bajer besar dan hanya memiliki laptop atau skrin LCD sahaja. 

6. Tidak mesra warga emas

Cara guna Long Tv sama seperti menggunakan telefon pintar dan tablet. Long Tv mempunyai beberapa langkah dan memerlukan anda menaip sebelum menonton. Perkara ini sedikit menyukarkan warga emas untuk menonton rancangan kegemaran. 

Tidak sama seperti Astro yang cuma tekan nombor channel yang dihajati. Itu belum masuk bab nak tukar subtitle, tapi subtitle Bahasa Melayu tak available.

7. Resolusi tak konsisten

Kebanyakkan filem dan siri tv di pada aplikasi Lemmovie terpapar '4K' untuk menarik minat anda. Hakikatnya filem tersebut tidak menyokong paparan 4K. Rasa macam kena scam pun ada juga. 

Anda hanya boleh menonton filem 4K yang sebenar di Netflix, Disney Plus, dan Prime Video sahaja. itu pun sekiranya tv anda menyokong resolusi hebat ini. 

8. Lemmovie bukan platform legal

Benar, Long Tv adalah satu-satunya android box yang mempunyai lesen SKMM untuk menyiarkan saluran tv live. 

Namun, Lemmovie is illegal. Kenapa? Sebab ia menyediakan filem dan tv siri percuma. Lemmovie ni update setiap minggu. Malah, anda juga boleh tonton konten dari Netflix, Disney Plus, dan HBO Go, tanpa perlu melanggan. 

Memang ini satu kelebihan, tetapi ia adalah 'cetak rompak' zaman cyber yang berleluasa beberapa tahun kebelakangan ini. So it is your choice. 

9. Saluran tv hilang

Tidak dinafikan Long Tv menyediakan ratusan saluran tv tempatan termasuk channel Astro, dan banyak lagi saluran luar negara. Akan tetapi ia tidak konsisten. 

Saluran tv boleh dibatal dengan begitu sahaja. Ada yang digantikan dengan saluran lain, namun ia tidak konsisten.

Kelebihan Long Tv

Disebalik kekurangannya, terdapat sejumlah kelebihan yang membuatkan Long Tv ini berbaloi untuk di miliki. Antaranya:
  • Bayar sekali seumur hidup, tiada bayaran bulanan kecuali langgan Netflix, Disney+, Prime, dll. 
  • Diperakui oleh  Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
  • Ada live tv seperti Tv1, Tv2, Tv3, Al-Hijrah, Okey, Hello, Tv9, dan banyak lagi. 
  • Terdapat puluhan channel berita dan sukan yang menyiarkan perlawanan secara langsung. 
  • Memiliki sejumlah channel movies HBO, Cinemax, Fox HD, dan banyak lagi. 
  • Boleh akses live tv dari luar negara seperti USA, Thailand, Korea Selatan, Singapore, China... 
  • Banyak saluran kanak-kanak seperti Disney, Nickelodeon, dan MyKidsTv. 
  • Boleh download app streaming servis seperti Netflix, Flix, Prime, Disney+, IQiyi, dll.. 
  • Boleh download game dan aplikasi dari Google Playstore.
  • Filem dan siri tv sentiasa dikemas kini agar anda sentiasa dapat konten yang terkini.
  • Terdapat fungsi karaoke. 
  • Senang untuk digunakan. Cuma plug and play sahaja. 
  • Menyediakan talian customer servis, di mana anda boleh hubungi nombor WhatsApp yang dipaparkan pada skrin.
  • Mudah alih. Senang untuk dibawa ke hotel atau balik kampung dan sambungkan sahaja pada tv. 

Android box ni dah macam keperluan. All in one entertaiment! Anda boleh beli di Shopee pada harga RM399 - https://invl.io/clkfy5n


Tags

Catat Ulasan

30Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. harga masih berapi juga tetapi kira ok kerana tiada yuran bulanan

    BalasPadam
  2. Ada juga rasa nak beli long tv sebab nak tengok netflix dekat laptop tak puas. Kalau tengok dekat tv boleh duk relex dekat sofa sambil makan biskut dan minum tea petang-petang.

    BalasPadam
  3. Saya memakai longtv, kali ini paling menyesal, memilih longtv,saya guna Unify 300mpbs has untuk longtv, lagging , buffering Macam air,bila masa buka dah lagging,baik guna YouTube tak masalah, longtv betul tak bolah pakai punya system.... complain longtv pun tak guna...

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul. sy guna time 500mbps pun lagging teruk. sgt teruk. Android 7 tak updated.

      Padam
  4. Kalau takde yuran bulanan tu tenang sikit. Bayar sekali ye. Bab lagging tersekat-sekat tu paling tak syok kalau menonton movie. Banyak juga kelebihan Long TV ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cuba reset n storage. Lps sy installed semula dh ok

      Padam
  5. Nie saya takleh pasang kat kampung saya di Sarikei nie sebab sana internet coverage agak teruk. Kalau ok, dah beli untuk my parents dah.

    BalasPadam
  6. Seriously, this is the first time I heard of Long TV. I heard of other boxes but not Long TV. And after reading your post, I believe I don't need to find out much about long TV. Thank you.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Klau duduk town, ok je sbb coverage internet full. Takde masalah

      Padam
    2. tipu lah internet full tak sangkut.. aku upgrade speed internet dari 30 mbps ke 100 mbps still sangkut sama saja macam guna 30 mbps.. bila tanya maxis, staff bgtahu penstriman tak perlu speed sampai 30 mbps pun boleh laju, maksudnya bukan speed internet lah masalahnya, tapi server longbox TV tu yang problem.. Lagging 24 jam

      Padam
  7. Kita belum pernah try mana2 TVBox sebab kat umah pakai unifi. Tapinya sekarang unifi TV bOx dah rosak dan dah lama tak tengok TV. Nanti boleh dapatkan Long TV Box la untuk tgk tv kat umah ni sebab kat umah ni bukan Android box.

    BalasPadam
  8. ohh alternatif menarik ni.. nanti nak kaji balik tentang long tv ni....

    BalasPadam
  9. I used to have a TV box but it died a few years ago and I've yet to replace it since I'm renovating my home perhaps adding a new TV box will be a great idea.

    BalasPadam
  10. Macam menarik feature LongTV ni. Ada HBO. syiok layan movie. Okla jugak harganye

    BalasPadam
  11. Hehehhe best bayar sekali je pastu semua siaran dapat. Memang seronok dan berbalou kita guna.

    BalasPadam
  12. Sis ada guna yang lain, tapi macam best pulak yang ini laaa tapi tu laa, nanti fikirkan..

    BalasPadam
  13. Saya blm try lg Long Tv ni, tp anak adalah beli lain, kuta ikut jer sbb dorang lg tau psl benda2 mcm ni

    BalasPadam
  14. I m new to Long Tv. feel interested after read your post as it is really affordable

    BalasPadam
  15. Ohh wow....thanks for sharing this user review about long tv, learnt it now, very useful informative. Cheers Siennylovesdrawing

    BalasPadam
  16. alaa menariik jugak ni nak pasang dekat rumah nanti. bayka channel jugak kan. nanti try recommend dekat husband

    BalasPadam
    Balasan
    1. jangan pakai nanti menyesal.. awal2 beli tu ok, lepas tu lagging macam ape lagi.. pengalaman sendiri

      Padam
  17. Semakin teruk lagging live channel.. rasanya server longtv tak mampu nak tampung pertambahan pengguna barangkali.. dengan lan cable dan line 1gbps pon lagging.. bila guna evpad di bilik lain tiada masaalah pon

    BalasPadam
    Balasan
    1. evpad tu ade live x bang? nk tgk bola,f1 n motogp

      Padam
  18. ada masalah lagging .dah complain pada messenger (thanks for support /complaint channel under maintance pls patient)dah berbulan -bulan channel yang complaint masih under manintance.sya recommend pakai evpad

    BalasPadam
  19. ok saja guna kt umah, jauh lebih jimat dari astrok, xdenya nk tertipu dgn hiddent cost lagi, bab movie mmg tak habis nk tengok, masalah lagging, buffering setakat ni blom ada lagi, sbb guna moderm just beli unlimited intenet rm35 montly..

    BalasPadam
  20. Long tv lagging bila siaran langsung atau live. Terokk. 100mbs logik ka lagging line? Switch line pn sama juga lagging. Ada x android box selain long tv ?

    BalasPadam
  21. Long TV ni indah khabar dari rupa, lagging teruk..kadang tu seharian tak boleh tengok, asyik buffer padahal internet 500mbps..dh bt mcm2.btl la org kata server tak dpt nak tampung demand..complain byk kali pun sama je...

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul, rumah saya upgrade dari 30 mbps ke 100 mbps sama saja lagging. sia2 ja upgrade speed, dah la kontrak 2 tahun.. long tv pun dah reset banyak kali, sama ja lagging, malah lagi teruk lagi.. sekarang saya nak cari android box jenis lain pulak

      Padam
  22. kesimpulanya tak payah beli long tv..menyesal beli long tv..ashik lagging je..sapa beli akan menyesal..nak cuba cuba la..jgn menyesal dh la

    BalasPadam
  23. Klu nak tgk tv live pakai longtv mmg tak payah la, lembab dan lag je manjang..nyesal beli dulu..aduuuu jem.. lagi senang layan online je, sy biasa tgk di website https://www.tvmalaysia.live sbb free je..lagipon stakat nk layan drama tv3 pukul 7 tu je pn..haha

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top