Dengan bajet bawah RM1000, anda sudah boleh mendapatkan telefon yang padu untuk bermain permainan video. Pada tanda harga sebegini, sejumlah telefon kelas pertengahan menawarkan ciri dan prestasi yang mengagumkan.
Kalau nak main game dengan performance mantap, spesifikasi telefon mestilah tinggi berbanding peranti kelas permulaan. Sekurang-kurangnya disokong dengan saiz RAM 6GB ke atas, cip yang berkuasa, dan paparan skrin yang berkualiti.
Oleh itu, saya senaraikan beberapa telefon gaming bawah RM1000 terbaik yang boleh anda dapatkan pada tahun 2022 ini.
1. Samsung Galaxy A23
Prestasi telefon Samsung tidak pernah mengecewakan. Mereka turut hadir dengan peranti kelas pertengahan seperti Galaxy A23 dengan Snapdragon 680. Cip ini sudah cukup baik dan menjanjikan prestasi gaming yang memuaskan.
Bukan itu sahaja, ia dipadankan dengan 6GB RAM, skrin 6.6 inci FHD+ 90Hz, dan bateri 5,000 mAh. Ia juda hadir dengan 4 kamera belakang dan dilancarkan dengan Android 12.
Spesifikasi: 6.6” FHD+ 90Hz, Snapdragon 680 , 6GB + 128GB, 50+5+2+2 MP (Utama), 8MP (Swafoto), 5000 mAh (25W), Android 12.
Harga: RM859
Beli di sini: https://invol.co/clb1xwl
Artikel berkaitan:
+ 6 Telefon Gaming Bawah RM600 Terbaik
+ 7 Telefon Murah Tapi Berkualiti
2. Redmi Note 11S 5G
Jenama di bawah naungan Xiaomi ini memang terkenal dengan pengeluaran telefon mampu milik dengan penawaran spesifikasi tinggi. Dengan harga bawah RM1000 anda sudah boleh memiliki telefon dengan sokongan 5G.
Telefon ini boleh dikatakan sempurna untuk kelas pertengahan. Memiliki cipset MediaTek Dimensity 810 6nm iaitu sama hebat dengan Snapdragon 730. Ditambah dengan skrin 6.6 inci + 90Hz, dan RAM sebesar 6GB.
Rekaan telefon ini juga segar dan sesuai dengan pengguna muda, menjadikan ia sebagai phone gaming bawah RM1000 2022.
Spesifikasi: 6.6 inci FHD+ 90Hz, MediaTek Dimensity 810 6nm, 6GB RAM, storan 128GB, 50+8+2MP (Utama), 13MP (Swafoto), 5000 mAh (33W), Android 11.
Harga: dari RM939
Beli di sini: https://invol.co/clb1xx6
3. Infinix Zero 5G
Ramai tech Youtuber memuji Infinix Zero 5G. Mana tidaknya, ia memiliki skrin besar. Dikuasakan dengan MediaTek Dimensity 900 yang berkuasa untuk game berat seperti PUBG Mobile, COD, dan lain-lain.
Lengkap dengan RAM 8GB dan storan 8GB berserta camera 48MB. Selain itu anda juga bakal menikmati masa penggunaan yang panjang kerana ia dibekalkan dengan bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 33W.
Oh ya, telefon ini berharga RM1099. Tapi saya selitkan juga dalam artikel ini sebab ia memang berbaloi untuk tujuan gaming.
Spesifikasi: 6.78 inci, LCD FHD+ 120Hz, MediaTek Dimensity 900 6nm , 8GB RAM +
128GB, 48+13+2MP (Utama), 16MP (Swafoto), 5000 mAh (33W), Android 11.
Harga: RM995
Beli di sini: https://invol.co/clb1xxx
4. Redmi 9T
Redmi 9T adalah antara handphone paling laris di Malaysia 2021. Ini kerana penawaran ciri yang menarik dan harga yang amat berpatutan. Dengan cip Snapdragon 662 dan bateri 6000mAh, ia lebih dari cukup buat golongan muda jadikan sebagai peranti hiburan.
Telefon ini lancar dengan memori sehingga 6GB RAM. Kemudia ada speaker stereo Hi-Res. Dengan spesifikasi menarik ini, ia tidak ubah seperti Poco M3.
Spesifikasi: 6.53 inci, LCD FHD, Snapdragon 662 , memori sehingga 6GB RAM + 128GB, 48+8MP+2MP+2MP (Utama), 8MP (Swafoto), 6000 mAh (18W).
Harga: RM669
Beli di sini: https://invol.co/clb1xyd
5. Realme 8 5G
Telefon gaming terbaik bawah RM1000 seterusnya adalah Realme 8 5G. Rangkaian 5G akan diperluaskan ke seluruh Malaysia tidak lama lagi. Jadi, memiliki telefon yang menyokong rangkaian itu is a must.
Apa yang membuatkan ia sesuai untuk gaming adalah cip MediaTek Dimensiti 700 dengan padanan RAM 6GB. Skrin pula 6.5 inci dengan refresh rate 90Hz. Ia sudah cukup padu untuk handle PUBG Mobile tanpa lagging.
Spesifikasi: 6.5 inci LCD HD+, MediaTek Dimensiti 700, 6GB + 128GB, sokongan micro SD card, 48MP (utama), 16MP (swafoto), NFC, 5000mAh (18W).
Harga: RM869
Beli di sini: https://invol.co/clb1xzb
6. OnePlus 7 Pro
OnePlus 7 Pro masih lagi relevan untuk digunakan pada hari ini. Ia dinamakan sebagai peranti kelas pertengahan terbaik untuk tahun 2019 -2020. Untuk tujuan gaming, peranti ini boleh handle game berat dengan setting 'smooth + extreme'.
Skrin Fluid Amoled dengan refresh rate 60Hz. Skrin jenis ini memang padu sesuai untuk gaming dan menonton Netflix. Sebab warna yang dihasilkan sangat tepat dan tajam.
Tidak cukup dengan itu, ia dikuasakan dengan Snapdragon 855. Memori 6GB + 128GB menjanjikan prestasi yang memuaskan. Pada saya, ini adalah handphone gaming terbaik Malaysia.
Spesifikasi: 6.67 inci QHD+ Fluid Amoled, Snapdragon 855, 6GB + 128GB
berasaskan UFS3.0, 48MP + 8 + 16 (utama), 16MP (swafoto), speaker Dolby Atmos,
4000mAh, Oxygen OS.
Harga: RM1083
Beli di sini: https://invol.co/clb1y01
7. Poco X3 NFC
Telefon gaming bawah RM1000 terbaik seterusnya adalah Poco X3 NFC. Reputasi Pocophone amat baik sejak kali pertama diperkenalkan beberapa tahun lepas. Sering hadir dengan penawaran memuaskan pada harga mampu milik.
Bagi Poco X3 NFC, ia dilancarkan dengan Snapdragon 732G. Best untuk kegunaan berat, gaming, dan menonton penstriman video. Skrin pula 120Hz which is great for gaming experience. Tidak lag ketika bermain game dengan setting grafik yang tinggi.
Tambahan pula ia menyertakan dwi stereo untuk bunyi yang labeih kuat dan tajam. Untuk harga bawah RM1000, ia amat berbaloi untuk di miliki.
Spesifikasi:
Harga: Rm949
Beli di sini: https://invol.co/clb1y0v
8. Realme 9i
Realme 9i diperkenalkan pada awal 2022, masih fresh. Apa yang membuatkan ia sesuai untuk gaming adalah cip Snapdragon 680 iaitu peningkatan kuasa 25% lebih pantas berbanding generasi sebelumnya.
Biarpun telefon kelas pertengahan, ia dipadankan dengan hardware padu seperti
skrin LCD FHD+ 90Hz. Manakala kualiti gambar yang dihasilkan adalah amat
memberangsangkan. Ia turut menawarkan bateri 5000mAh cukup untuk heavy users.
Spesifikasi: 6.6 inci (FHD+) 90Hz, Snapdragon 680, cip grafik Adreno
610, memori sehingga 6GB + 128GB, 50MP + 2MP + 2MP (utama), 16MP (swafoto),
5000mAh 33W.
Harga: RM849
Beli di sini: https://invol.co/clb1y19
9. Oppo A76
Dengan penawaran Snapdragon 680, ia adalah cip sama yang hadir pada peranti pertengahan lain seperti realme 9i Redmi Note 11. Lengkap dengan segala yang anda perlukan untuk sebuah telefon hiburan. Lancar, skrin 90Hz, bateri 5000mAh dengan pengecasan pantas 33W.
Prestasi gaming juga memuaskan pada tanda harga ini. Telefon ini amat popular dikalangan remaja dan sesuai untuk anda jadikan sebagai telefon pertama.
Spesifikasi: 6.56 inci, IPS LCD, Snapdragon 680, Adreno 610, 6GB + 128GB, 13MP
+ 2MP (utama), 8MP (swafoto), 5000mAh, 33W, Android 11.
Harga: RM899
Beli di sini: https://invol.co/clb1y1u
10. Redmi Note 11
Peranti terakhir dalam senarai telefon gaming bawah RM1000 adalah Redmi Note 11. Dilancarkan pada Februari 2022 menjadikan ia masih lagi fresh di pasaran. Redmi jarang mengecewakan dari segi penawaran spesifikasi.
Telefon ini sesuai untuk gaming dek keran cip nya yang berkuasa, paparan skrin AMOLED yang terang dan tajam, bateri 5000mAh, dan didatangkan dengan sistem terkini iaitu Android 12. Dengan RAM sehingga 8GB, anda boleh menikmati permainan video dengan lancar tanpat lagging.
Spesifikasi: 6.43 inci, AMOLED 90Hz 1080 x 2400, Snapdragon 680, RAM sehingga
6GB + 128GB, 50MP + 8MP + 2MP + 2MP (utama), 13MP (swafoto), 5000mAh, 33W.
Harga: dari RM759
Beli di sini: https://invol.co/clb1y2e
Semoga artikel telefon gaming bawah RM1000 ini dapat bantu anda mencari
peranti gaming pada harga mampu milik.
Banyak juga ya model yang bagus bawah RM1000. Nice!
BalasPadam